Kawan2!
Kadang2 waktu kite ditimpa kesusahan, kite mula hilang akal. Seakan2 sudah tiada jalan kluar dari masalah itu. Kite termenung sana sini. Kite serabut x tentu hala. Kite terhegeh2 mencari manusia mengadu nasib. Tahu x, kawan2 yg Allah sentiasa ada dengan kite. Astagfirullah, lemahnya diri ni. Mencari bantuan makhluk terlebih dahulu berbanding mencari bantuan tuhan.
Kawan2!
Kadang2 waktu kite dalam kesusahan, tidak ada sorang manusia pun yg mampu memahami kite. Kawan2 kite kadang2 lari meninggalkan kite. Drg mula rimas dengan rintihan kite. Drg dah x sanggup menanggung beban bersama kite. Kite rase dunia kite ni sempit, gelap. Kite berasa keseorangan. Sedarkah kite, kawan2! yg Allah sentiasa menemani kite, tatkala susah dan senang. Astagfirullah, sombongnya diri ni. Merintih nasib dgn manusia terlebih dahulu dari merintih denganMu. Sedangkan Seluruh kehidupan ni berada dalam gengaman Engkau.
Kawan2,
Dalam kite menyampaikan dakwah, mmg banyak cabarannya. Jalan ini bukan jalan yg ditaburi dan dihiasi bunga, ttp jalan ini bertaburan duri2 tajam. Namun, membawa kite ke destinasi yg betul. Apalah gunanya kite memilih jalan yg berhiaskan bunga, ttp akhirnya membawa kite sesat.. Allah berfirman, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji" (29:2)
Masih ingat lembaran sirah Rosulullah,
Baginda digelar penyihir, si gila, pendusta dam sebagainya di tengah2 khalayak ramai. Baginda tabah, baginda cekal dan baginda masih meneruskan perjuangan. Kawan2, kite pun kn kuat walaupun kite akan digelar si itu dan si ini. Jangan putus asa dari rahmat Allah, krn hidayah itu milikNya. Kita hanya asbab.
Duhai Hati~
Cubalah mengerti. Yg engkau milik Allah. Sandarkanlah keyakinanmu pada tuhanmu yg maha agung. Kesucian hati itu penting dalam mencari redho tuhanmu. Pada redho tuhanmu, engkau pasti menjadi tenang. Allah berfirman, " ingatlah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:28)
ingin sekali bergelar mujahid setia.
"sesungguhnya org2 yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal" (8:2)
No comments:
Post a Comment