Wednesday, March 9, 2011

Riwayat Seekor Ikan


Duhai ikan, darjatmu lagi tinggi berbanding manusia yg masih tidak bersyukur...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, 
dan penggantian malam dan siang 
terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yg berakal" (3:75)

Iktibar pada ikan
Terlalu byk iktibar yg boleh diambil pada si mempelai ini. Ada hikmah yg perlu diselongkarkan hasil ciptaan ilahi ini. Setiap sudut kehidupan si mempelai ini perlu diteliti dan dihayati. Bukan sekadar meneliti hikmah kejadian si mempelai ini sahaja, bahkan seluruh alam, segal penciptaanNya ada hikmah yg tersembunyi. Hanya yg mampu memahami di gelar  "al-albab"-golongan yg berakal.

Riwayat hidup si ikan
Dikawasan laut yg terbentang luas, si ikan berenang2 ke sana ke mari. Mengjalani kehidupan sebagai makhluk Allah yg taat, dan sentiase bertasbih memujiNya. Firman Allah, "Apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah yg MAha perkasa, Maha bijaksana" (61:1). Sudah dijanjikan syuga bagi si mempelai ini. Alangkah bahagianya. Tidak hairan dulu waktu zaman Rosulullah, ada diantara sahabat ingin skali menjadi tanah dan batu krn makhluk2 ini telah dijamin syuga oleh Allah. TTp kite perlu percaya bahawa penciptaan manusia tidak sia2. "Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main2 (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami" (23:115). Diatas tujuan ini lah, manusia telah dimuliakan oleh Allah berbanding makhluk penciptaanNya yg lain. Namun seandainya, kite gagal menyempurnakan hikmah penciptaan kita, maka kita dari hina dari makhluk Allah yg lain.

Si ikan terus dan terus berenang meredah kemasinan laut. Ttp, tidak sedikit pun kemasinan laut itu memberikan kesan kepada si ikan. Si ikan terus menyelinap masuk ke celah2 batu, rumput-rumpai sambil bertasbih kepada Allah. Tatkala menikmati keindahan lautan, si ikan tidak pernah lalai utk mengingati si pencipta dasar laut itu. Tatkala ini, kemasinan laut masih lagi tidak mampu memberi kesan kepada kesedapan dagingnya jikalau waktu ini si ikan menjadi hidangan kepada manusia.

Suatu hari, si nelayan mulai melakukan kerja2nya utk mencari sekangkang rezeki. Titik peluh nelayan berhasil, kesyukuran dipajatkan kpd ilahi. Si ikan menjadi mangsa. Sudah tiba ajalnya, suara syurga menanggil. Dibawa pulang oleh si nelayan ke rumah. Bangkai2 si ikan dilumurkan garam lalu direndam dalam air. Berlakukan proses osmosis. Kemasinan air mula memberi kesan kepada si ikan. Dan akhirnya, jadilah ikan masih yg di salai utk menjadi tatapan si manusia..

Kisah disebalik kisah
Si Ikan, boleh diibaratkan seperti hati. Jika hati ini hidup, maka hati ini tidak akan mudah ter'effect' dengan persekitaran. Seteruk mana pun persekitaran kite, tidak akan pernah memberi kesan paha kesucian hati. Begitulah si ikan, kemasinan air laut tidak pernah memberi kesan pada kesedapan daging si ikan.

Begitulah juga sekiranya hati ini mati. Mudah sekali terpengarh dengan persekitaran. Tidak kuat bertahan. Tidak mampu mengekalkan kesucian. Begitu juga dgn si ikan yg mati. Mudah sekali tewas dengan persekitaran.Lantas terpengaruh dengan kemasinan air yg merosakkan, mencacatkan serta menghilangkan keaslian dagingnya.

~moga2 hati kite sentiasa hidup~

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



No comments: