Tuesday, April 26, 2011

HARI KELUARGA


KITE BAKO JER

**tatkala hantu kak limah mengganas di nizhny
-Jom sertai! kite mantapkan ukhuwah kite..

Sunday, April 24, 2011

Sang Gemerlapan


Aku termenung panjang melayan perasaan,
Saat ini, hatiku ingin berbicara,
Dalam kepayahan, dia menyatakan duka,
Katanya sedang dilanda keperitan dalam kepiluan,
“Aduh!”- Rintihan hati yg membawa iman.

Saat ini, mataku terkedu,
Kerdipan kelopak mata, tidak langsung kelihatan,
Jasad menjadi statik,
Tatakala dipertontonkan wajah dunia yg semakin hilang fitrahnya,
Kerosakan jelas terpampang dimana-mana.

Berpunca dari kerakusan manusia,
Hampir hancur segala-galanya,
Dimanakah silapnya?
Inikah akibatnya apabila dunia kiblatnya ke barat?

Babak-babak drama sengaja direka-reka, berepisod-episod lamanya,
Membawa agenda ‘keadilan’ kononnya,
Si kafirun durjanalah menjadi pengarahnya,
Jelas lagi bersuluh kedustaan yg dibawa,
Namun hairan, penonton tetap meng’ia’kannya,
Sang penonton! Sudah hilangkah pedomanmu? Sudah kelirukah pertimbanganmu?

Wahai org yg beriman! Kamu mmg bodoh!
Lupakah kamu akan peringatan dari tuhanmu,
Namun mengapa masih si kafirun menjadi teman setiamu?
Mengapa masih menjadikan mereka amir mu?
Tidak sedarkah kamu yg mereka tidak akan berhenti menghancurkanmu,
Tidak sedarkah kamu, yg mereka tidak akan puas,
Selagi mana masih ada walau secebis jasad insan yg beriman dibumi.

Hari ini islam begitu asing skali,
Umatnya ditindas dan dipijak-pijak,
Kerana sedikitkah bilangan mereka, lantas mereka menjadi lemah?
Tidak! Tetepi mereka sekadar buih2 diwaktu banjir,
Gara2 penyakit ‘wahan’, punah iman didada,
Teruk! Tak tertaksir mereka yg rebah,
Lantaran khayalan yg keterlaluan,
Akhirat dilupai, dunia pula yg dikejar.

Sedih! Bile isu ummah tidak diambil peduli,
Teman2 seaqidah diseberang sana menderita,
Kita disini mengilai ketawa,
Sudah hilangkah nikmat ‘ukuwah fillah’ yang diberi?
“Palestin”- isu basi.

Ingin sekali aku bangkit,
Ingin sekali aku ketuk pintu hati manusia,
Supaya buka mata hati,
Melihat dunia yg sebenarnya,
“Palestin”-bumi berkat.

Bumi ini bumi berkat.dulu, sekarang dan kemudian.
Cuma kini.
Nun di selatan sempadan rafah rapat tertutup.ketat!
Menapak ke tebing barat terhalang dek tembok bangsa terlaknat.
Timur di balik Jordan bukit meninggi ke langit.
Hingga tiada lubang lagi dari langit, darat, dan air.
Gaza terkongkong di tanah sendiri.

Di luar tembok yang melangit tinggi itu.
pemimpin dunia hebah menyingga,
Melaungkan keamanan untuk bumi ini.
Memberi janji-janji yang buntu hakikatnya,
Diskusi-diskusi yang hanya mati di atas kertas,
dan sudah 60 tahun bumi ini terus dibiar begini.
Hanya menjadi puntung api yang dihumban dan dipijak.
Yang meniti bibir-bibir yang penuh dgn lendir

Dan kini.di balik tembok itu.
Masih terpacak batang-batang tubuh  jitu.
Membedil balas peluru tanpa henti,
Biarpun kedaifan, biarpun kekurangan,
Kerana bagi mereka hanya 2 pilihan,
Sama ada menang atau mati syahid.

Sang pejuang! Martabatmu tinggi,
Bagimu syurga yg menanti,
Sedangkan aku,masih tidak menentu. Keliru!
Aku cemburu terhadapmu,
Sang pejuang! Mampukah aku merebut syuga dengamu,
Sedangkan engkau mempunyai alasan di depan tuhan,
Sedangkan aku masih tidak jelas dengan perjuanganku,
Saat aku menyemai benih kemanisan iman dihati manusia,
Aku sendiri terlupa, aku masih terleka,
Sudah berkurun2 rupanya benihku sendiri masih lagi tandus,
Tanpa terlihat sebarang kesuburan,
Perjuangan inikah yg akan aku persembahkan nanti dihadapan tuhan?

Bumi berkat,
Engkau adalah percikan api permulaan,
Bakal menghagat baraan obor kegemilangan islam,
Engkaulah sang gemerlapan.

Wednesday, April 20, 2011

Allah Sudah Tidak Sayang Kite?

Sekali-sekala tatkala terpandang alam yg terbentang luas ini, hati aku tergamat seketika. Indah sungguh ciptaan Allah. Tidak akan mungkin ada satu makhluk pun yg mampu mencipta tema alam yg sedemikian. Di nizhny, salji rintik2 turun kembali, ttp cume seketika. Aku perhalusi reka bentuk salji itu. SubhanaAllah. Sungguh halus, indah seperti kelopak2 bunga yg bercantum 5. Ini lah dia alam ciptaan Allah. Milik hak mutlak Allah swt.


Namun, sesekali aku terfikir. Kenape bumi hak mutlak Allah ini, dikuasai oleh kerajaan kafirun, Amerika? Kenape Allah memberi hak berkerajaan kepada mereka walaupun mereka ini yg confirm2 memusuhi agama Allah sedangkan org2 islam yg mendukung agama Allah merempat, ditindas di bumi milik hak mutlak Allah ini. Sudah tidak sayangkah Allah kepada umat islam?


Relek, jgn penik.Utk menjawab soalan diatas, ana akan menggunakan analogi yg mudah. iA, kekusutan soalan diatas akan terjawab. Ana namakan analogi ini sbg analogi "HOSPITAL"



Andai kata, ana adalah pengarah hospital (amin). Yg menjadi pekerja2 ana adalah ketua surgeon dan surgeon2 lain,head doctors dan others doctor, head nurse dan others nurse, mak cik2 dobi, pakcik or mak cik cleaners, pak guard2, ada gak org yg jaga bahagian informasi dan lain2 yg sepatutnya. Ana ada seorang anak yg paling ana sayangai. (Meskipun realitinya ana masih belum berkahwin dan mempunyai anak- doa2kan lah yerk semoga dipercepatkan.. hehe). Setiap kata2nya pasti ana akan turutkan. Dialah intan emas belian bagi ana. Tp anak ana ni gagal dalam SPM (adoi, bapak xpandai jaga anak). Anak ana itu sudah bertahun2 menganggur.

Suatu hari, anak ana itu meminta pada ana utk bekerja dlam hospital tersebut. Dia demand lagi nak jadi ketua surgeon lagi tu. (ada hati nak jadi head surgeon padahal SPM pun xlepas). Apa yg ana akan lakukan ya? Sudah pasti ana terpaksa menolak permintaannya sebab ilmu pasal medik pun dia xder. Basic anatomi pun xtahu, xkan ana nak lantik dia sbg head surgeon.

******
Cube berfikir, apa yg akan terjadi kalo ana still lantik dia sbg head surgeon? Confrm bankrup hospital itu, huru hara dan hancurlah jadinya. Justeru, yg sepatutnya ana lakukan, adalah menempat dia dalam level yg sepatutnya dia berada. Kalo setakat SPM tu, boleh lah kot utk jadi pak cik cleaner utk sapu2 sampah, buang sampah, lap tingkap n dll. Maka waktu tu, ana dah menyelamatkan hospital itu dari bencana yg besar. (Alhamdulillah). Sekali pun, ana begitu syg denganya, ttp still ana tidak boleh meletakkannya pada jawatan yg tinggi utk mengelakkan huru hara dan bencana. Cukup lah dia sebagai pak cik cleaner dulu.

*****
Soal wang, sudah pasti yg menjadi head surgeon akan dpat duit lagi byk berganda2 lagi tu berbanding  pak cik cleaner. Tp, sebab ana syg sangat2 kt anak ana ini, maka bile kt rumah ana akan bagi 'pocket money' kt dia lagi byk dari head surgeon dpt. Ye lah, dh namenye anak kesayangan. Bapaknya confirm akan rela bekorban demi anak yg tercinta.

Ana pun tidak akan membiarkan anak ana selama2nya menjadi pak cik cleaner. Malu lah ana nanti, bapak pengarah syarikat, tp anak cleaner jerk. Xpatut2. Justeru ana akan provide kt dia ilmu medik sedikit demi sedikit. Cume nye anak ana ni perlulah berusaha keras sedikit, perlu bersungguh2 dan bermujahadah utk belajar ilmu tersebut. Apabila sudah berjaya, ana tidak teragak2 utk lantiknya sebagai head surgeon sbb jawatan yg diminta tu setimpal dengan potensi yg ada pada dirinya. Walaupun ana terpakse menunggu lama utk dia sampai pada tahap ini.

IBRAH PADA CERITA
  • begitulah juga fenomena yg berlaku pada saat ini. Bukan Allah tidak syg pada umat islam. Ttp, umat islam masih lagi tidak ada potensi untuk memerintah dunia. Belum tiba lagi masanya umat islam utk memerintah dunia. Justeru, kite perlu berusaha keras, bersungguh2 dan bermujahadah utk memperbaiki keadaan kite menggunakan prinsip a-quran dan as-sunnah. Percayalah, janji Allah itu pasti akan berlaku, diaman kemenangan umat islam pasti akan tiba. Kalo ingin mempercepatkannya, berusahalah lagi gigih.
  • seandainya sekarang ini, Allah memberi kekuasaan dunia pada umat islam. Maka, akan hancurlah dunia ini. Makin byk peperangan yg akan berlaku berbanding kafirun sendiri yg memegang dunia. Masakan umat islam yg mundur ini boleh memerintah dunia? Makin hancurlah dunia ini. Kite ambil model Mesir contohnya sbg simbol negara islam. Tahukah yg org2 mesir tu suka kencing merata2 tempat secara 'public'. Seandainya Mesir yg memerintah dunia, maka akan hancinglah dunia ini.
  • Juateru, tindakan Allah menempatkan kite pada tempat tertindas, tertekan adalah tempat yg sepatutnya kite berada. Kerana dari situlah kite akan mula belajar utk memperbaiki diri utk mencapai UA
  • Percayalah yg Allah sgt10x sayang kpd umat islam. Sekali pun kite ditindas didunia ini, percayalah syurga (rumah kite) akan menanti kite diakhirat. Disitu dijanjikan nikmat yg begitu byk. Sungai2 yg mengalir, bidadari syurga yg jelita (iA mereka sedang menungguku) serta nikmat2 lain

Kerehatan Sebenar Hanya Disyurga

IKTIBAR PADA SURAH AL-ASR


CIRI2 SURAH
  • merupakan surah makkiyyah= menekankan aspek aqidah
  • mind set yg ingin di install dalam surah ini.
    • kewajipan berdakwah 247 (24 hours 7 days)
    • tanggungjawab dlm menyampaikan Syahadatul Haq (SH)
    • Yakin KITE adalah penyelamat umat
    • CINTA akan dakwah. Terikat hati dengan dakwah kerana ia adalah satu-satunya cara utk menyelamatkan umat dari kegelapan. Untuk melihat perubahan tersebut, KITA wajib berdakwah
TERJEMAHAN AYAT
(1) Demi masa : 
  • Di sini Allah bersumpah demi masa. Dlm al-quran Allah hanya akan melafazkan sumpahNya pada sesuatu yg sesuatu yg amat penting dan signifikant. Ape pentingnya masa? Masa selalu dikaitkan dengan ajal manusia. Tanpa kite sedar saat demi saat kite menuju detik kematian kite, sedangkan kehidupan dunia semakin menjahui kite. 
  • Kelalaian kite pada masa, menyebabkan kite alpa. Kite leka dengan keindahan dunia sehingga kite lupe pasal mati. Mmg tul sebenarnya org yg paling pandai ialah org yg ingat akan mati.Apabila kite ingat akan mati, kite akan sentiasa meletakkan yg prioriti pada tempatnya. Dan kehidupan kite akan lebih tersusun.Astagfirullah! Masa utk kite berdakwah sudah makin sikit.. 
  • Ape kite tunggu lagi. JOM DAKWAH!

(2) Sesungguhnya manusia dalam kerugian:
  • Kite rugi bile kite berdakwah sorang2. Sbb dakwah perlu bersifat jam'ie. Kite akan rugi bile kite wat sorang2. Sbb ape? Sbb kalo wat kerje secara berjemaah, kerje lagi efficient. Lagi pun, kerje secara berjemaah ni Allah lagi suka, fadhilat lagi besar
  • Sbb tu kalo nak solat, kite digalakkan solat secara berjemaah. Besar ganjaran pahalanya. Kalo kite solat sorang2 kitelah yg rugi.

(3) kecuali mereka yg beriman dan beramal solah, yg berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran:
  • Perkataan "aamanu" menunjukkan kata jamak. dimana ayat ini memperkuatkan hujah utk kite bekerja secara berjemaah bukan berseorangan utk mengelakkan kerugian.
  • Disini terdapat 4 rantaian ayat. Perkataan yg digunakan adalah "wa" iaitu 'dan' atau 'and'. Allah tidak menggunakan perkataan "au" iaitu 'atau' atau 'or'. justeru, jika hilang salah satu condition, maka terputuslah rantaian tersebut, menyebabkan seseorang itu akan berada dlm kerugian.
  • 4 rataian yg diceritakan adalah: beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran. Keempat2 perkara ini merangkumi 3 kelompok besar yg dituntut:
  • FARDI: kaitan iman dan amal
  • DAKWI: berdakwah dlm menyampaikan yg HAQ
  • TARBAWI: pentarbiyahan diri dgn sabar
PENGAJARAN
  • Fardi,dakwi dan terbawi adalah wasiat yg perlu kite perturunkan kepada org lain
  • 3 kelompok besar ini perlu kite lakukan agar kite tidak tergolong dalam golongan yg rugi
JOM BERDAKWAH! 
Kite sudah kesuntukan masa sebenarnya. Kerje2 yg ada melebihi waktu yg diperuntukkan. Sudah tiada masa utk kite berlengah2,berangan2 mat jenin dan masih berandiwara dengan keindahan dunia. Sedangkan tugas utama yg diberikan kpd kite sebagai khalifah diatas muka bumi ini, masih lagi tidak dapat disempurnakan. Sudah tidak ada masa lagi utk kite berehat. Dipentas dunia ini, hny menuntut kite berpenat lelah utk bekerja. Tiada istilah rehat digunakan disini. Kerana, kerehatan yg sebenar hanya disyurga!
Masa ibarat sebilah pedang yg tajam..
bisa menghunus diri andai terleka dgn nya..

Tuesday, April 12, 2011

Aiyuha Syabab (Wahai Pemuda) - Part 2

PEMUDA TENTERA ALLAH


Aiyuha Syabab, fahamilah yg ketika ini tentera kafirun juga sedang "bekerja". Mereka tidak akan berhenti selagi mana masih terdapat walaupun secebis jasad org islam diatas muka bumi ini. Lantaran itu, apakah yg harus kite lakukan? Sudah kalahkah kite, sebelum kite mencube utk melangkah! Ayuh bekerja!

"Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata-mata." 
(2:193)

Sesungguhnya Allah telah memuliakan kite dengan menamakan kite sebagai angkatanNya. Justeru yakinlah bahawa yg haq itu akan menag jua akhirnya. Dan bekerjalah ke arah kemenangan itu dengan segenap kekuatan kite. Aspek utama yg memangkin ke arah tercetusnya semangat dan kekuatan itu adalah IMAN. Dengan adanya iman, maka akan terhasilnya PERPADUAN yg lahir dari ukhuwah yg mentap dalam menjalankan kerja secara amal jam'ie. Dengan tercapainya perpaduan, maka nantikanlah saat KEMENANGAN yg gemilang itu. Seandainya salah satu dari rantaian ini tiada, justeru kemenangan itu tidak akan muncul. Tidak hairanlah, hingga saat ini, kemenangan islam masih tidak menjelma lantaran sikap umat islam itu sendiri yg bercerai-berai, hatta berlaku pergaduh antara satu sama lain sehinggakan melibatkan pertumpahan darah diatas bumi negara islam sendiri.

Sehingga ke saat ini, kite masih menantikan ketibaan seorang penyelamat dunia yg membawa ubat utk merawat system dunia sekarang ini yg kian parah. Ayuhlah pemuda! Tunaikanlah tanggungjawab dakwah. Bangkitlah dan syiarkanlah risalah Allah hingga ke seluruh alam.

Tujuan kita

Atas tujuan utk membebaskan perhambahan manusia kepada makhluk lain, kepada perhambaan kepada Allah, perkara yg perlu kite cita2kan ialah utk mencapai ustaziyatul alam (UA). Pada saati ini, risalah Allah akan meresap keseluruh pelusuk bumi dan sehingga tertunduklah setiap makhluk yg angkuh kepada seruan yg satu itu. Dan bergembiralah org2 mukmin atas kemenagan itu dengan kehendak dan pertolongan Allah. UA tidak akan terbentu tanpa adanya Empayar Islam (EI). EI tidak akan terbentuk tanpa adanya Daulah Islam (DI). DI tidak akan terbentuk tanpa adanya Kerajaan Islam (KI). KI tidak akan terbentuk tanpa adanya Masyarakat Muslim (MM). MM tidak akanterbentuk tanpa adanya Baitul Muslim (BM). Dan BM tidak akan terbentuk tanpa adanya Individu Muslim (IM). Justeru individu Muslim yg mantop perlu diwujudkan dahulu kerana IM lah yg akan menjadi tunjang dalam perjuangan. Ayuh pemuda kite jadi IM.

Singkirkan kelemahan
1) wahai pemuda, kite bukanlah lemah sebenarnya. Kite bukannya kaum yg sentiase mengalah dan ditindas sekali pun oleh dunia. Kerana sebenarnya, cume kite jerk yg tidak sedar yg kite adalah singa yg bertaring.
2)Sistem islam adalah sistem yg terbaik dimana sistem islam tidak pernah sedikit pun memisahkan agama dalam aspek kehidupan seperti politik, ketenteraan, kehakiman dan dll. Yes! sistem islam bukanlah seperti ape yg ditunjukkan oleh negara2 yg mengaku islam sekarang seperti Malaysia contohnya. Islam itu adalah syumul. Bukan terletak di tikar sejadah semata.
3)Org islam tidak mundur, malas dan bodoh. Kerana dulu org islamlah yg sebenarnya yg menjadi pencetus kemajuan sehingga terjadinya zaman Renaissance dimana ketika itu eropah telah mencetuk segala keilmuan islam. Justeru, dimanakah silapnya? Bangkitlah pemuda! sedarlah demi umat..
4) Org islam adalah pendita dimalam hari dan satria disiangnya
5) Lepaskanlah fahaman jahiliahdari fikiran, kerana dengan fahaman itulah kite jadi mundur. Sbb kite islam luaran, tp dalaman sebenarnya kafir. Dengan itu, mana mungkin kite akan menjadi IM selagi kite tidak membersihkan diri dari kejahiliyahan
6)perjuangan kite sama ada menang atau syahid


Friday, April 8, 2011

Sanah Helwah Akhie!


Teman yg baik bukanlah mereka yg selalu bertemu dan berjumpe. 
Tetapi teman yg baik adalah mereka yg saling mengingati dan namanya dititipkan dalam setiap bisikan doa..

Sanah helwah akhie atikullah! moga dengan peningkatan umur seiring dengan peningkatan amal kepada Allah.. Moga tsabat di atas jalan ini..


Monday, April 4, 2011

Aiyuha Syabab (Wahai Pemuda) - Part 1

Jika dikatakan siapa pemuda yg penuh hamasah. Maka, akan aku katakan pemuda itu adalah AKU!

Mentari spring akhirnya memunculkan dirinya jua. Inilah waktu yg aku sangat ternanti-nantikan. Namun, bumi Nizhny masih lagi sayu dengan lopak2 air dijalanan. Bagai menggambarkan perasaan aku saat ini yg masih lagi sayu dengan lopakan air tangisan yg membasahi hati. Sayu hati ini bile teringatkan umat islam kini. Sayu memikirkan pemuda islam yg masih dilemma dengan maksiat didepan mata. Gagalkah aku dalam mendidik mad'u2 ku... Ketahuilah dunia berteriak memerlukanmu...

Syarat kejayaan sesuatu fikrah
Secara general, ada 4 syarat utama yg menjamin berjayanya sesuatu fikrah apabila adanya keyakinan yg lahir dari hati yg cerdik, keikhlasan yg lahir dari sanubari yg bersih, semangat yg berkobar-kobar yg lahir dari perasaan yg segar, serta kesediaan utk bertindak yg lahir dari keazaman yg gagah dan tabah. Ketahuilah keempat2 sifat ini hanya dimiliki oleh golongan pemuda. Tidak hairan, barisan pemuda sejak dahulu hingga sekarang tetap menjadi tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Ya, mereka adalah agen perubah yg menjadi barisan penjulang panji2 bagi sesuatu fikrah perjuangan. Jadi, tidak semestinya seseorang yg berumur 21-45 tahun boleh dipanggil pemuda. Boleh jadi mereka yg berumur lebih dari 45 tahun itu adalah pemuda.

Perlu jelas FIKRAH kita
Justeru utk pemuda islam perlu jelas terlebih dahulu fikrah yg ingin diperjuangkan. Risalah yg perlu dipegang adalah risalah islam yg perlu dilaksanakan melalui method dakwah melalui rujukan Al-quran dan As-sunnah. Dengan jelasnya matlamat, iA perjuangan dakwah yg dilaksanakan adalah pada manhaj yg benar. Tp, dakwah yg dilaksanakan perlu bersifat haraki- iaitu perlu wujud  satu kelompok manusia yg mempunyai fikrah yg same seterusnya bekerja utk merealisasikan fikrah tersebut. Justeru dakwah islami menuntut jam'ie bukan berseorangan.

Fikrah sifatnya merubah. Cube kite lihat Umar Al-khatab. Sebelum beliau memehami fikrah islam, beliau lebih @ hanya berfikir akan kepentingan dan kesenangan hidupnya semata2. Namun, selepas fikrah islam menusuk dalam hatinya keseluruhan hidupnya berubah lantaran berubahnya pemikirannya tentang dunia. Beliau lebih banyak memikirkan masalah umat melebihi dirinya sendiri. Merubah hidupnya dari senang-lenang kepada susah payah utk menyebarkan risalah tersebut. Selagi mana ada manusia yg tidak beriman, selagi itu beliau terus bekerja. Tiada lagi istilah rehat, kerana baginya kerja yang perlu dilakukan melebihi waktu yg ada. 

Dakwah pada kurun 15 hijrah
Pada ketika ini, sekularism telah berlaku, dimana pemisahan antara agama dalam kehidupan sudah tidak dpt dibendung. Sinar islam sudah mula pudar. Dunia ketika ini ternanti2 bile akan disinari kembali dengan fitrahnya. Saat ini, dakwah islam semakin susah utk dilaksanakan. Memerlukan jihad, mujahadah yg tinggi. Seakan2 keadaan jahiliah sudah mula kembali seperti zaman jahiliah mekah dulu. Ketika itu, dakwah ertinya membunuh diri. Begitulah hakikat yg perlu dihadapi pada kurun ke 15 hijrah ini. 

Penganut2 islam menghadapi zaman cobaan yg begitu perit dan bencana yg tidak pernah malap sudah menjadi sehabagian permainan dalam hidup mereka. Pada ketika ini, musuh2 islam sedaya upaya bekerja memadamkan sinar islam yg ada, dan berusaha menyembunyikan keindahan islam secara halus, bahkan berusaha menyesatkan para pemeluknya. Seterusnya mereka telah memutarkan ajaran islam serta hukumnya dengan  menambah-nambahkannya atau mengurang-ngurangkannya dengan taksiran mereka sendiri. Tambahan, kejatuhan sistem khalifah pada 1924 membuka ruang kepada mereka utk bertindak lebih aktif dan akhirnya umat islam telah jatuh dalam genggaman kafirun. Umat islam telah disiat-siat dan dipermainkan oleh mereka.

Apa yg pemuda perlu lakukan?
1. Wahai mereka yg bergelar pemuda. Bukalah mata. Laksanakanlah dakwah. Dakwah bukan satu pilihan, tp kewajipan yg tidak boleh ditolak. Sudah tiba saatnya utk kite ceritakan hakikat islam yg sebenar kepada ummat yg telah disekularkan. Ajak mereka utk bersama2 dalam saf kite utk beramal dengan islam
2. Rujukilah al-quran dan as-sunnah dalam membuat sesuatu penilaian, agar keputusan itu adalah keputusan yg bersifat islami
3.Hidup adalah satu perjuangan yg perlu diteruskan sampai mati. Tiada istilah berhenti atau berehat
4. "Allah adalah matlamat, Rosul adalah ikutan, Al-quran adalah perlembagaan, jihad utk hidup dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi"
5. Bekerjalah dengan keyakinanmu bahawa islam bakal bersinar kembali.


"Kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk memimpin umat manusia, iaitu kamu mengajak kepada kebaikan dan mencengah yg mungkar seta kamu beriman kepada Allah" 
(2:143)






Saturday, April 2, 2011

Aku Lawak, Aku Mahu Tergelak

Kite ni islam atas name jerk ke? ish ish ish..
kite ngaku yg kite ni islam kan?,
Marah betul kite time org cakap kite bukan org islam,
Melenting sakan! Mmglah, ada ke patut drg kata kite org kafir?
Xpatut2x..


Tp, dah sempurnakah solat kite?
dah sempurnakah aurat kite?
Dah sempurnakah iktilah kite?
sudah tertaut ke hati ini dengan Allah?
huih! pening.. Mmg islam atas name jerk..


Aku lawak, aku mahu tergelak..
tgk org2 yg mengaku islam dan beriman,
sanggup menghabiskan masa membaca komek 2 jam,
berbanding menghabiskan masa cume 2 minit utk membaca Al-quran.


Aku lawak, aku mahu tergelak,
melihat org yg kata dah mengucap kalimah shahadah,
merelakan diri menonton tv 1-2 jam,
tp, x boleh meluangkan masa menonton berita umat palestine.


Aku lawak, aku mahu tergelak,
tgk gelagat org yg mengaku islam.
sanggup mendisiplinkan diri utk bgn tgh malam utk tonton perlawanan bola sepak,
tp xmampu utk berdisiplin utk solat tahajud.


Marah sungguh kite bile masjid2 dan surau2 dirosakkan atau diruntuhkan,
confirm hebah abes kt akhbar nak kata yg kesucian umat islam dh dicemar,
kite mencaruh sungguh kt sape yg wat kt masjid mcm tu.
tp, cume tgk berape ramai jerk yg mengimarahkan solat kt masjid?
satu saf pun  kadang2 x sampai kan..
tu ke namenye islam..


Serius! byk lagi gelagat org yg mengaku islam tp tidak berperangai spt org islam pun..
aku lawak.. aku mahu tergelak melihat mereka..
dimanakah mereka meletakkah 'izzah' pada islam itu..
sudah lari jauhkah kite dari landasan yg betul?
kemapa masih ikut jejak langkah kafirun kalo kite kata kite islam!
~itulah perihal yg berlaku, andai syaitan itu dijadikan tuhan~