1)Usrah. Ape yerk?
"Usrah??"
"Boringlah.."
"Asyik2 usrah! tension aku.."
Itulah 'statement' sesetengah orang. Memandang usrah sebagai satu cabang yang sempit, iaitu agama. Basically,konsep usrah itu meluas. Konsep ibadah dlam islam itu juga pun meluas. Tidak sepatutnya disempitkan dengan ibadat2 khusus semata2: solat, puase,zakat dan haji. Jadi tidak hairanlah sekiranya, ada org yg menyatakan dengan solat,puase,zakat dan haji itu sahaja telah melengkapkan dirinya sebagai seorang muslim, seorang yg islam. Hakikatnya tidak! Kerana masih lagi ruang ibadat lain yg tidak disempurnakan. Seperti yg kite ketahui, islam itu syumul. Meliputi kesemua aspek,sistem dan organisasi. Bukan sekadar solat,puase,zakat dan haji jerk. Cube berfikir, “kenapa umat islam zaman ini menjumudkan fikiran mereka iaitu konsep islam itu sekadar ibadat khusus semata2 ?”.
Inilah dia kesan sekularism yg berlaku. Agenda kafirun beratus2 dahulu. Akhirnya menjadi realiti. Gelak tawa kafirun mengilai tatkala melihat umat2 islam. Mereka telah memisahkan roh al-quran dari jiwa2 muslimin. Akhirnya kite jadi lemah. Sekarang, Muslim cume mengikut gerak langkah kafirun.
Yg kesihannya kite yg tidak tahu ape2. Kite jadi mangsa akibat dari kebodohan nenek moyang kite. Suasana jahiliyah mula terbina sejak berabad2 lamanya. Akhirnya membelenggu kehidupan anak2 muda skrunk, yg lahir setelah wujudnya suasana jahiliyah itu. Yg hanya mengikut keadaan suasana tanpa pernah berfikir bagaimana keadaan itu muncul. Kite telah lari jauh dari fitrah sebenar kehidupan. Yes!. “Kite jadi mangse keadaan!”
2)Kenapa usrah itu penting?
Untuk meyelesaikan masalah yg membelengu ni, utk menyedarkan anak2 muda yg menjadi mangsa keadaan. Jalan penyelesaian yg terbaik adalah dengan cara ber”usrah”. Perkara yg dibincangkan dalam usrah bukan nye menyentuh tentang rukun2 bagaimana nak melaksanakan haji, bukan utk menjadi ustaz yg mantap ilmu agama. Tp,motif utama usrah adalah utk meletakkan kembali roh al-quran dalam jiwa muslimin. Biar nanti, kite jadi doktor yg sedar akan kepentingan islam, yg mengamalkan cara hidup islam secara menyeluruh.
“Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu” (2:208)
3)Ini Sejarah Kita (ISK)
Ingat lagi ISK.?? Harap2 ingatlah. Umat islam zaman kini sebenarnya mengalamai satu masalah besar. Masalah yg tidak pernah dihadapi oleh umat2 islam zaman lain. Kite ketiadaan sistem khalifah. Ranapnya sistem khalifah pada 1924, menyebabkan umat islam sampai ketika ini memikul satu beban besar, dosa yg begitu berat. Pentingnya pemimpin dpt kite lihat sewaktu wafatnya rosulullah. Sewaktu wafatnya rosulullah, umat islam tidak sibuk utk menguruskan jenazah baginda. Sebaliknya, yg menjadi topik hangat adalah pemilihan pemimpin (khalifah). Umat islam tidak akan terurus tanpa adanya khalifah. Tiadanya khalifah, maka kucar kacirkan umat islam seperti yg kite lihat pada zaman kini. Umat islam bergaduh sesama islam. Muncul kelompok2 pejuang islam yg berpecah2 dan tidak bersatu. Jadi, bagaimana kite nak melantik seornag khalifah yg hebat utk memimpin umat? Khalifah yg ada roh al-quran dalam diri. Maka, usrah adalah jalannya!
4) Zaman Rosulullah
“Mungkin ada yg berfikir, adakah usrah pada zaman rosulullah?”
Masih ingat Arqam bin abi Arqam. Disitulah bermulamnya sistem usrah dalam fasa sirr (senyap2). Realitinya sama, aplikasi yg perlu kite lakukan pasa zaman sekarung. Mereka bermula dengan berusrah. Yes! Bermula dengan fasa 1 (fasa dakwah dan tarbiyah). Akhirnya membentuk insan2 yg hebat seperti Abu Bakar, Umar, Usman , Ali dan lain2. Bermula dengan usrahlah, rom dan parsi akhirnya dapat ditawan. Bermula dengan usrahlah,wujud kerajaan umaiyah kemudian abasiyah yg menjadi keagungan dunia ketika itu. 2/3 dunia telah ditawan. Akhinya kota constantinople ditawan oleh Sultan Muhammad Al-fateh (my favourite HERO) pada zaman uthmaniyah.
Moga kite kekal atas jalan dakwah dan tarbiyah.
No comments:
Post a Comment