Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Gathering Ikhwah


Jom sama2 semai ukhuwah... semai cinta pada Allah..
=) penyertaan percuma...
santai bersama kami..
kite BBQ same2..

Tuesday, April 26, 2011

HARI KELUARGA


KITE BAKO JER

**tatkala hantu kak limah mengganas di nizhny
-Jom sertai! kite mantapkan ukhuwah kite..

Friday, April 8, 2011

Sanah Helwah Akhie!


Teman yg baik bukanlah mereka yg selalu bertemu dan berjumpe. 
Tetapi teman yg baik adalah mereka yg saling mengingati dan namanya dititipkan dalam setiap bisikan doa..

Sanah helwah akhie atikullah! moga dengan peningkatan umur seiring dengan peningkatan amal kepada Allah.. Moga tsabat di atas jalan ini..


Thursday, March 17, 2011

Sanah Helwah buat Mujahidku

 Engku Muhammad Arif

Ketahuilah perjalanan hidup ini masih lagi jauh.. Perjuangan kite masih lagi belum selesai. harapanku, cume kau mampu tabah dalam meneruskan perjalanan ini.. Lepaskan dirimu dari genggaman belenggu syaitan yg sentiase mencucuk kite ke arah kejahatan. Maanfaatkan masa itu, kerna kerje2 kite sebenarnya melebihi masa yg ada..

semoga umurmu lebih diberkahi..

Wednesday, February 16, 2011

Atas Nama Ukhuwah


Saat ketika bertemu,
Mengimbau lembaran sirah,
Indahnya pertemuan Ansar dan Muhajirin,
Percikan-percikan ukhuwah mereka tersimpul padu,
Kerana disitu juga,
Kekuatan ummah mula dibentuk.

Saat ketika bertemu,
Merimbun kenangan bersama,
Antara engkau dan aku,
Setiap detik begitu bermakna,
Melangkau epilog-epilog perjuangan,
Tertunduk kita mengkoreksi diri.

Saat ketika bertemu,
Untuk terus menongkah bahtera perjuangan itu,
Pada ukhuwah fillah,pada keihklasan, pada kemaafan,
Ada kekuatan dalam ketenangan,
Ada ketegasan dalam kelembutan,
Ada ibrah dalam tindakan.

Saat ketika bertemu,
Bukannya ada agenda peribadi yang dilakonkan,
Tetapi bibit-bibit kepercayaan yang disemai,
Semata-mata mendamba sinar redha dari Ilahi.

Saat ketika bertemu,
Sujud dan syukurku kehadratMu,
Atas nikmat ukhuwah fillah,
Menghayati kalam-kalam rosulullah,
Dalam menagih manisnya erti iman,
Lantas aku dan engkau berkasih sayang kerana-Nya.

Saat ketika bertemu,
Pada muhasabah diri, pada tiap-tiap melodi tuturmu,
Pada riang, pada tiap-tiap gelagat jenakamu,
Pada duka, pada tiap-tiap gundahmu,
Pada tawadhu’,pada tiap-tiap baris kalam Al-quran,
Engkau kenalkanku erti teman yang sebenar.

Saat ketika bertemu,
Sampai juga kita disatu lembah,
Yang digelar perpisahan,
Dipenuhi dengan longkang air mata,
Mengheret bibit-bibit pertemuan,
Yang masih terperangkap dilubuk ingatan,
Moga kita dipertemukan kembali,
Di syurga Firdausi,
Kerana engkau dan aku bersatu,
Atas nama ukhuwah fillah.


hasil karya,
Idea asal:zoosterpen(Penulis)-Saat Ketika Bertemu
Digubah: mujahidmuda (hamasah as-syabab)



Sunday, February 13, 2011

Syukran Jazelan

Terima kasih yg tidak terhingga ingin aku ucapkan kepada insan2 yg sudi menyambut Hari Lahirku.. Dengan kegembiraan aku ini, Allah kurniakan kegembiraan buat kalian juga.. Ameen~

1) Buat rakan2 batch aku

Barisan Ikhwah: Hairi, Gmey, Mukhlis, Hafizuddin, Hakim
Barisan Akhowat: Adzreen, Feeza, Fatin, Azlin, Amal, Hasanah, Anis, Hayati, Nadiah, Yana, Myra, Roeniza, Assila

2) Buat ikhwah2 3rd hostel






Amir Hamzah, Shah, Muizz, Nasir, Azfar, Pong, Pojan, Apo, Azli, A'diyat, Izar, Ash

**moga ukhuwah kite kekal hingga ke syurga.. Ingatiku dalam titipan doamu..