PERDAGANGAN YG PELIK
Jom rebut peluang berniaga.. =)
"Wahai org2 beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan
suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan
kamu dari azab yg pedih?
(Iaitu) kamu beriman kpd Allah dan RosulNya
dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
(61: 10-11)
.....Tatkala bacaan quranku menyinggah ayat diatas, bacaanku terhenti seketika secara tiba2. Lidahku kelu, otak fikiranku ligat memikirkan sesuatu. Mata hatiku mula basah dengan tangisan. Astagfirullah, peringatan demi peringatan Allah ilhamkan dalam hidupku, namun tidak secebis pun yg menusup dalam hidup lantaran kotornya jiwa ini..
Ayat dimulakan dengan "wahai org2 yg beriman". Allah memfokuskan ayat ini hny utk org2 yg beriman. Ya, khusus dan hany terfokus kpd org2 yg beriman, tidak kepada "wahai manusia" dan tidak juga kpd "wahai org2 islam". Secara istilah, berimannya seseorang itu, merujuk kpd keyakinan @ kerpercayaan yg terbit dalam hati terhadap perkara2 ghaib dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk amalan.
Seterusnya Allah meng"offer" kpd org2 yg beriman ini satu perdagangan yg telah diJAMIN keuntungannya, dimana perdagangan ini tidak akan sesekali menemui jalan kagagalan, kemelesetan kewangan mahupun muflis. Kite kaji sedikit elemen2 penting yg perlu wujud utk menjalan kan perniagaan: 1) modal, 2)peniaga, 3)barang yg diniagakan, 4)pembeli, 5) keuntungan..
Kes 1 (perniagaan laptop)
Modal => kebiasaannya akan dikeluarkan oleh peniaga tidak kire berbentuk hak persendirian @ pinjaman
Peniaga => hany org yg berkeupayaan menjalankan perniagaan laptop
Barang => produk yg dihasilkan oleh peniaga yg ada nilai komersial (laptop)
Pembeli => hany org yg mempunyai kekayaan @ kemampuan utk membeli
Keuntungan => perial faedah yg mendatangkan menfaat kpd peniaga (duit)
** ini merupakan elemen penting yg menjadi kebiasaan dalam perdagangan.
Kes 2 (perniagaan akhirat)
Modal => taufiq dan hidayah dari Allah (kehidupan manusia, tubuh badan yg sihat n dll)
Peniaga => hanya org yg berkeupayaan (org beriman)
Barang => produk iman dan jihad yg dihasilkan (rujuk ayat quran diatas)
Pembeli => Allah
Keuntungan => ganjaran pahala (jaminan ke syurga dan pelepasan dari azab neraka.
Comparitive cases 1 and 2
Melalui penelitian diatas, Allah telah volunteer utk menjadi pemberi modal kpd org2 yg beriman utk menjalankan perniagaan diatas. Secara reality, tidak akan mungkin ada manusia yg sanggup utk menjadi pemberi modal, kecuali wujud satu hubungan yg meyakinkan antara pemodal dan peniaga. Tidak hairanlah selalunya modal dikeluarkan oleh peniaga itu sendiri kebiasaannya. Berbeza dgn Allah, dimana Allah sebenarnya telah meyakini bahawa org2 yg beriman mampu utk menjalankan perniagaan tersebut berdasarkan ciri2 yg terdapat pada org2 yg beriman itu sendiri (rujuk 2 ciri2 org yg beriman kt atas).
Dan yg peliknya, perniagaan yg Allah offer ini, Allah sendiri yg volunteer utk membeli produk yg dihasilkan oleh org2 yg beriman. Dalam erti kata lain, tidak ada penah lelah oleh peniga itu utk mencari modal dan pembeli (sbb mmg dh comfirm ada) melainkan cume berpenat lelah dlm menghasilkan produk iman dan jihad.
Produk yg bermanfaat
Namun, tidak mudah utk menghasilkan produk iman dan jihad krn disitulah perjuangan kite akan diuji sewaktu proses penghasilannya. Juateru, kemantapan hati diperlukan utk meneruskan penghasilan produk tersebut. Secara ringkas, beriman kpd Allah dan rosul, bererti meyakini keEsaan Allah dan risalah yg dibawa rosul serte melaksanakan segala ape yg dituntut melalui rujukan Al-quran dan Hadith. Jihad (dengan harta dan jiwa) pelibatkan pengorbanan dari segi keselesaan hidup dan kepentingan peribadi semata2 kerana Allah. Tidak ada istilah jihad tanpa pengorbanan didalamnya. Jadi janganlah kedekut @ malas utk mengorbankan kekayaan kite, diri kite, nyawa kite, masa kite serta kehisupan kite di jalan Allah.
iA, ganjaran pahala akan derikan oleh Allah atas setiap ibadat kite. Dan ganjaran ini akan menjadi saham kpd kite diakhirat kelak utk memasuki syugaNya dan menghindari nerakaNya.
....Hati ini masih lagi basah. Adakah aku sudah selesai menghasilkan produk itu? Satu persoalan yg masih tidak terjawab dalam diri. Byk lagi jihad yg tidak terlangsai. Hafalanku yg tidak menentu, mutabaah amalku yg tidak konsisten, bacaan ilmiahku yg merundum n dll. Aduh, jiwaku bagai tersusuk duri....
Pena yg tidak akan pernah terhenti. Selagi mana ada lagi manusia yg berdusta dengan risalah ini, selagi itu arus dakwah akan terus ligat bergerak. Dengan itu, hati ini perlu cekal, tabah dan yg paling penting iman didada perlu sentiasa di top up. Kehidupan aku adalah kehidupan yg mentarbiyah dan ditarbiyah. iA..
No comments:
Post a Comment