Wednesday, February 23, 2011

Happy Men's Day

Alhamdulillah. Bersyukur pada ilahi krn masih lagi dikurniakan nikmat Islam dan Iman. Terima kasih ya Allah atas helas nafas ini. Jantung aku masih lagi berdegup tatkala jasad masih berlumuran dosa. Syukur ya Allah, aku diberikan kekuatan utk menulis lagi.

Russia-bumi bertuah
Tatkala ini, bumi Russia masih lagi diselubungi keputihan salji yg membukit. KEsejukan mencucuk hingga ke tulang sum2. Mana xnye, suhu masih lagi berlegar2 sekitar -20 degree. Inilah namenya cabaran. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Semalam aku meredah kesejukan lagi menuju ke kelas Surgery. Selepas tamat kelas hari tu, tbe2 cikgu tu kata esok xder kelas. Terpinga2 gak aku waktu tu. Aku cube me"recall" balik mengenai perihal cuti ni di kotak fikiran aku. ooowh! baru teringat, cikgu Ruski Izik (russian langguage) aku baru jerk kata semalan yg esok adalah Musyhkoi Den (Men's day). Bertuah sungguh bumi russia ni mempunyai sambutan sebegini, yg membezakan negara ini dgn negara2 lain di dunia ini.

Jom kaji sejarah
Menurut sumber yg boleh dipercayai, Men's Day ni juga dipanggil sebagai Defender of Fatherland. Rusia mmg terkenal sebagai satu kuase yg mempunyai sejarah komunis. Tidak hairanlah umat Rusia ni berperangai agak kasar, bengis dan selfish. Sbb perwatakan mereka ini dibentuk oleh peradaban sejarah lampau. Ini adalah satu sunnatullah alam dimana sejarah juga memainkan satu peranan penting terhadap sesuatu tamadun. Jadi kite, selaku umat islam yg lahir alam kepincangan umat, perlu berusaha utk mencipta satu sejarah ketamadunan supaya generasi seterusnya akan mewarisi peradapan yg cantik dan mulia.

Menurut sejarah, sewaktu Russian Civil War pada tahun 1918, berlaku kelemahan dari segi pentadbiran disebabkan oleh kekacauan. Mereka beranggapan bahawa kawalan terhadap Petrograd (St Petersburg) semakin lemah. Lantas mereka cube me"recrute" angkatan askar yg dikenali sebagai "Red Army" yg dianggotai oleh anak2 muda. Selepas mengalahkan tentera Nazi dalam Wolrd War 2, pasukan ini ditukar namanya kpd "Soviet Army".

So, basically, sambutan ini diwujudkan bagi menghargai pahlawan2 Russia yg dahulunya pernah bekorban nyawa utk mempertahankan negara. Mereka dikenali sebagai pejuang bangsa.

Jom Jadi Pejuang Umat
Kite nilai pula sambutan ini melalui perspektif islam. Sepatutnya sambutan ini merefleksi diri kite supaya bergelar "ar-rijal". Kite sepatutnya mencontohi kepewiraan Sultan Muhammad Al-fateh, Salahuddin al-Ayubi. SiapakaH pengganti mereka hari ini.?

Hari ini kite mengalami fitnah yg cukup besar yg tidak pernah dihadapi oleh generasi umat islam terdahulu. kite lahir tatkala sistem khalifah sudah dibinasakan oleh si durjana. Sampai bile kite mahu mewarisikan keadaan ini kepada generasi selepasnya. 


Jika waktu dulu, generasi mudalah yg mempertahankan kerajaan Soviet melalui tentera "Red Army". Juzteru, kite perlu mengambil ibrah. Relakan diri kite ditentera utk mempertahankan kerajaan islam. Kerajaan islam bukanlah kawasan yg dipisahkan oleh laut, gunung-ganang dan pasir sahara. Ttp, kerajaan islam adalah kawasan yg ada umat islam didalamnya.


Bangkitlah utk perjuangan itu! Jadilah ar-rijal~


Apa itu Ar-rijal
Perkataan asal ar-rijal membawa maksud lelaki. Namun dari konteks istilah nye pula, ar-rijal bermaksud manusia yg bersemangat,cekal, berjiwa muda dan bertenaga dalam mensyiarkan agama islam. Boleh jadi seorang perempuan itu, boleh bergelar ar-rijal. Dan boleh jadi seseorang lelaki itu tidak layak digelar ar-rijal.


Generasi Harapan
Generasi muda adalah generasi harapan. Generasi yg kuat, berkarisma dan berkepimpinan dalam mencipta perubahan. Generasi ini perlu disedarkan dari tidur yg lena supaya mereka tidak terus diselimuti oleh angan-angan yg panjang. Wahai pemuda islam, bangkitlah kerana dunia memerlukan kite!


Leraikanlah belenggu jahiliyah. Merdekakan fikiran dari penjajahan minda dan kebuasan nafsu. Lantas membentuk kesedaran yg membuahkan jati diri. Usah terpengaruh engan keindahan dunia yg sementara yg akhirnya memakan diri, mengotorkan hati serta menghitamkan jiwa. Usah putus asa dengan kepincangan dunia, kebodohan pemimpin serta ajakan nafsu yg mengoda.! kite adalah generasi harapan.


Sedarlah, generasi yg tua bakal meninggalkan kite. Baton itu akan terus, dan terus berjalan. Persoalannya, adakah kite dikalangan umat yg memegang baton itu.? Kalo bukan, rasilah azab Allah:


“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (9:39)


Wahai pemuda!
kite muncul dalam dunia yg penuh kepincangan,
Dunia yg penuh dengan kemaksiatan,
dunia yg diselubungi kenistaan,
Dunia ciptaan si dajal kafirun,
Dunia yg membawa azab kehancuran,

Pada diri kite ada pilihan,
Yg bijak memilih akan menemui kejayaan,
mereka itulah digelar ar-rijal.

Wahai pemuda!
Kita adalah insan yg masih bertatih,
Bertatih utk menjadi pejuang islam,
Yg akan mati sebagai syuhada,
Yg tidak gentar di medan jihad,
Membawa himmah dan hikmah.

Dunia memanggil kite,
utk kembali membumikan islam,
dengan berbekalkan izzah,
kite rempuh kejahiliyahan,
agar teserlah kebenaran!


3 comments:

aku bukan aku said...

paaaaaaaaanjang nyaaaaaaaaaaaa~
haha.malas bace.

wekkkk..
=)

Sambal Belacan Sedap said...

owh panjang nya.. ok2.. next time wat article pendek2 jerk.. =)

aku bukan aku said...

eh x..saje je nk kaco..hehe
tahniah.

sudah ''menulis''

=)