Thursday, March 17, 2011

Himmah A'liyah

Di suatu petang yg hening, selepas aku membaca al-quran.. Aku mula termenung seketika. Lamunanku agak panjang, entah kenapa tah waktu tu aku rase down gler. Bagi mereka2 yg ditarbiyah, fenomena ni dipanggil "futur", dimana graf iman mula menjurus jatuh. Aduh! Aku kalah lagi dgn syaitan.. Lamunan ku kini melangkau jauh 1432 tahun yg lalu, pada zaman rosulullah..

Aku mula terfikir, "apakah rahsianya Rosulullah tidak pernah berputus asa dalam menjalankan tugas dakwah. Baginda dilantik menjadi seorang rosul ketika berumur 40 tahun dan wafat ketika berumur 63 tahun. Namun dalam masa 23 tahun itu, baginda mampu mendidik para sahabat begitu mantop dalam meluaskan islam ke seluruh pelusuk alam. Sudah pasti ada rahsia @ formula yg baginda telah amalkan.. Tidak sedikit pun baginda berputus asa, apatah lagi melarikan diri dari jalan ini.. Aku mula mengkagumi baginda.

Tatkala itu, aku mula mengkoreksi diri, membuka mata hati, mula tersedar seakan2 menjumpai jawapannya. Ya, aku dh menjumpai jawapannya.. Semuanya kerana HIMMAH.. Himmah A'liyah.. Dalam mengharungi kehidupan di bumi tarbiyah ini, byk cabarannya tertama kpd aku yg masih lemah ini. Cabaran pada waqi' disini, pada wadah, pada usrah dan tarbiyah, pada teman2, pada mad'u yg byk ragam. Moga Allah kuatkan hati ini.

Apa itu Himmah A'liyah?
Himmah => pendorong kepada sesuatu perkara. Pendorong ini boleh jadi kuat, dan boleh jadi lemah
A'liyah=> tertinggi

Himmah A'liyah pada seorang Daie
Utk memulakan jalan dakwah ini, amat penting proses penanaman himmah a'liyah terlebih dahulu pada seseorang daie. Abu Al-qasim al-junaid pernah berkata, "jagalah himmah kamu, kerana ia adalah permulaan bagi semua perkara". Dengan adanya himmah, ia mengelakkan diri seorang daie dari FUTUR, beralasan, berangan-angan, dan mencari rukhsah.Ia juga menukar yg susah menjadi senang, mendorong kearah kerelaan mengorbanankan diri dan meningkatkan prestasi. Himmah lah yg mampu menukar duri dari bunga, pahit menjadi manis, azab kepada nikmat. Menurut pengalaman mendakwah dari kalangan ikhwan, mereka berkata 

"Sesiapa yang memulakan jalan dakwah dengan serius dan keazaman yang kuat, ia akan kekal di jalan dakwah. Sesiapa yang memulakannya dengan sikap sambil lewa, sikap sambil lewa akan terus menjadi sifatnya. Bahkan mungkin dia tidak akan berjaya untuk mengubahnya walau pun dia mencubanya. Maka, hari-hari permulaanlah yang akan membentuk sikap dan keperibadiannya, bukan yang lain dari itu".

Himmah adalah persoalan bagi seorang daie. Dengan himmah, ia akan mencorak kehidupan seorang daie. Tiada keuzuran bagi kite utk mengelak dari jalan ini. Kita adalah pemuda generasi harapan, kuat lagi fizikal, mata masih celik, lidah masih basah dengan hujah2. Manfaatkanlah kesemuanya. Sedangkan Syeikh Ahmad Yassin, dengan kelumpuhannya mantop berjuang, ini kan lagi kita..

Mereka yg himmah rendah
* mereka yg selalu mengikut hawa nafsu & syaitan

"Dan bacakanlah kepada mereka berita org yg telah kami berikan kepadanya ayat2 kami, kemudian dia melepaskan dirinya drpd ayat2 itu, lalu dia diikuti oleh syaitan maka jadilah dia termasuk org2 yg sesat.

Dan kalau kami mengkehendaki, sesungguhnya kami tinggikan derajatnya dgn ayat2 itu, tetapi dia cenderung kpd dunia dan menurutkan hawa nafsunya yg rendah maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya diulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan org2 yg mendustakan ayat2 kami, maka ceritakanlah kisah2 itu agar mereka berfikir". (7:175-176)


Mereka yg himmah tinggi
*kuat hati

"Maka bersabarlah Engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rosul2 yang memiliki ketegihan hati" (46:35)

Faktor2 himmah lemah
•Wahan
•Futur
•Membuang waktu pada perkara yang harus
•Malas
•Lalai dan Berangan-angan
•Bersahabat dengan manusia lemah himmah
•Berlebihan di dalam menunaikan hak isteri dan anak-anak (Thaghabun: 14)
•Sistem pendidikan yang menghancurkan
•Serangan demi serangan ke atas Islam

Faktor2 himmah tinggi
•Ilmu dan kesedaran
•Azam menuju kebahagiaan akhirat (al-Isra’: 19)
•Banyak memperingati mati
•Mujahadah untuk sentiasa memikirkan perkara hebat
•Doa
•Berpindah dari bi’ah yang melemahkan himmah
•Bersahabat dengan manusia berhimmah tinggi


Generasi Sahabat (3 sifat yg ditanam oleh rosulullah)

"mengimani kehebatan risalah, berasa mulia dengannya dan yakin akan pertolongan Allah;
Rasulullah s.a.w. menghidupkannya di dalam jiwa para sahabat dengan izin Allah dan menggariskan matlamat hidup mereka. Lalu mereka membawa risalahNya di dalam jiwa dan mushaf, dicernakan di dalam akhlak dan perbuatan mereka. Mereka mendapat kemuliaan dari Alah dan mereka yakin dengan pertolongan dan janji kemenangan dariNya.
Dunia menjadi tunduk kepada mereka (menguasai kepimpinan). Lalu mereka bina negeri-negeri yang mempunyai prinsip dan tamadun yang bertunjangkan akhlak dan keadilan. Mereka membuang nilai-nilai material yang rosak dan menukarkannya kepada unsur rabbani yang kekal. Lalu Allah menyempurnakan cahayaNya."



****ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini, supaya cekal membawa risalahMu dengan izzah.. ~lamunan yg terhenti~

2 comments:

Anonymous said...

salam,

jzkk ats tulisan y menyegarkan hati.

btw, boleh quote x mana2 tulisan kat sini, so that pembaca boleh tw source y diambil.

e.g : kata2 ni sapa y ckp ye? kt buku mana

"Sesiapa yang memulakan jalan dakwah dengan serius dan keazaman yang kuat, ia akan kekal di jalan dakwah. Sesiapa yang memulakannya dengan sikap sambil lewa, sikap sambil lewa akan terus menjadi sifatnya. Bahkan mungkin dia tidak akan berjaya untuk mengubahnya walau pun dia mencubanya. Maka, hari-hari permulaanlah yang akan membentuk sikap dan keperibadiannya, bukan yang lain dari itu".



jzkk

Sambal Belacan Sedap said...

salam..
afwan, ana sisipkan kata2 tu melalui note ana time daurah.. yg hanya tercatat dalam note tu cume kenyataan berdasarkan pengalaman IM melakukan dakwah.. iA, ana akan cube cari rujukan buku @ source quotation tu..

syukran jazeelan atas nasihat n teguran..