Saturday, March 26, 2011

Kenapa Perlu Berusrah? (Part 2)

1)Usrah. Ape yerk?

"Usrah??"
"Boringlah.."
"Asyik2 usrah! tension aku.."

Itulah 'statement' sesetengah orang. Memandang usrah sebagai satu cabang yang sempit, iaitu agama. Basically,konsep usrah itu meluas. Konsep ibadah dlam islam itu juga pun meluas. Tidak sepatutnya disempitkan dengan ibadat2 khusus semata2: solat, puase,zakat dan haji. Jadi tidak hairanlah sekiranya, ada org yg menyatakan dengan solat,puase,zakat dan haji itu sahaja telah melengkapkan dirinya sebagai seorang muslim, seorang yg islam. Hakikatnya tidak! Kerana masih lagi ruang ibadat lain yg tidak disempurnakan. Seperti yg kite ketahui, islam itu syumul. Meliputi kesemua aspek,sistem dan organisasi. Bukan sekadar solat,puase,zakat dan haji jerk. Cube berfikir, “kenapa umat islam zaman ini menjumudkan fikiran mereka iaitu konsep islam itu sekadar ibadat khusus semata2 ?”.

Inilah dia kesan sekularism yg berlaku. Agenda kafirun beratus2 dahulu. Akhirnya menjadi realiti. Gelak tawa kafirun mengilai tatkala melihat umat2 islam. Mereka telah memisahkan roh al-quran dari jiwa2 muslimin. Akhirnya kite jadi lemah. Sekarang, Muslim cume mengikut gerak langkah kafirun. 

Yg kesihannya kite yg tidak tahu ape2. Kite jadi mangsa akibat dari kebodohan nenek moyang kite. Suasana jahiliyah mula terbina sejak berabad2 lamanya. Akhirnya membelenggu kehidupan anak2 muda skrunk, yg lahir setelah wujudnya suasana jahiliyah itu. Yg hanya mengikut keadaan suasana tanpa pernah berfikir bagaimana keadaan itu muncul. Kite telah lari jauh dari fitrah sebenar kehidupan. Yes!. “Kite jadi mangse keadaan!” 

2)Kenapa usrah itu penting?
Untuk meyelesaikan masalah yg membelengu ni, utk menyedarkan anak2 muda yg menjadi mangsa keadaan. Jalan penyelesaian yg terbaik adalah dengan cara ber”usrah”. Perkara yg dibincangkan dalam usrah bukan nye menyentuh tentang rukun2 bagaimana nak melaksanakan haji, bukan utk menjadi ustaz yg mantap ilmu agama. Tp,motif utama usrah adalah utk meletakkan kembali roh al-quran dalam jiwa muslimin. Biar nanti, kite jadi doktor yg sedar akan kepentingan islam, yg mengamalkan cara hidup islam secara menyeluruh.

“Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu” (2:208)

3)Ini Sejarah Kita (ISK)
Ingat lagi ISK.?? Harap2 ingatlah. Umat islam zaman kini sebenarnya mengalamai satu masalah besar. Masalah yg tidak pernah dihadapi oleh umat2 islam zaman lain. Kite ketiadaan sistem khalifah. Ranapnya sistem khalifah pada 1924, menyebabkan umat islam sampai ketika ini memikul satu beban besar, dosa yg begitu berat. Pentingnya pemimpin dpt kite lihat sewaktu wafatnya rosulullah. Sewaktu wafatnya rosulullah, umat islam tidak sibuk utk menguruskan jenazah baginda. Sebaliknya, yg menjadi topik hangat adalah pemilihan pemimpin (khalifah). Umat islam tidak akan terurus tanpa adanya khalifah. Tiadanya khalifah, maka kucar kacirkan umat islam seperti yg kite lihat pada zaman kini. Umat islam bergaduh sesama islam. Muncul kelompok2 pejuang islam yg berpecah2 dan tidak bersatu. Jadi, bagaimana kite nak melantik seornag khalifah yg hebat utk memimpin umat? Khalifah yg ada roh al-quran dalam diri. Maka, usrah adalah jalannya!

4) Zaman Rosulullah
“Mungkin ada yg berfikir, adakah usrah pada zaman rosulullah?”

Masih ingat Arqam bin abi Arqam. Disitulah bermulamnya sistem usrah dalam fasa sirr (senyap2). Realitinya sama, aplikasi yg perlu kite lakukan pasa zaman sekarung. Mereka bermula dengan berusrah. Yes! Bermula dengan fasa 1 (fasa dakwah dan tarbiyah). Akhirnya membentuk insan2 yg hebat seperti Abu Bakar, Umar, Usman , Ali dan lain2. Bermula dengan usrahlah, rom dan parsi akhirnya dapat ditawan. Bermula dengan usrahlah,wujud kerajaan umaiyah kemudian abasiyah yg menjadi keagungan dunia ketika itu. 2/3 dunia telah ditawan. Akhinya kota constantinople ditawan oleh Sultan Muhammad Al-fateh (my favourite HERO) pada zaman uthmaniyah.

Moga kite kekal atas jalan dakwah dan tarbiyah.

Kenapa Perlu Berusrah? (Part 1)

Kenapa aku masih berusrah, padahal aku ni bukannya sempurna.
Kenapa aku masih berusrah, padahal aku bukannya org yg alim2.
Kenapa aku masih berusrah, padahal jasad aku ni masih berlumuran maksiat.
Kenapa aku masih berusrah, padahal nafsu MALAS mengatasi iman dihati.


Kadang2 pun aku terfikir knp aku berusrah yerk? Teringat lagi dulu, semangat betul senior2 approach utk masuk usrah. Entah apa2 tah! So, aku pun ikut2 jerk lah mula2 tu. Tp skrunk lain. Aku dh mula menyedari nikmat nyer berusrah tu dan pentingnya usrah dalam kehidupan. Usrah perlu diletakkan sbg top priority, so sepatutnya kite perlu letakkan sepenuh komited pada usrah pada setiap minggu itu. Maka, sepatutnya jadual kehidupan kite bergantung pada jadual usrah, bukan jadual usrah bergantung pada jadual hidup. Tp, persoalannya, knp usrah tu penting?

Apa itu usrah?
Dari segi bahasa, usrah adalah keluarga
Delegasi usrah abad ke 20 ini, telah di popularkan oleh Imam Hassan Al-Banna sebagai satu unit kecil utk membentuk individu muslim (rujuk marothib amal)

Usrah: tempat top-up iman
Mari kite semak semula lembaran sirah rosulullah. Usrah telah dimulakan di rumah Arqam bin Abi Arqam. Bermula dari situ lah, individu2 muslim yg mantap dan hebat dibentuk sehingga mereka sentiasa bersemangat dalam menyebarkan syiar islam. Bermula dengan aura merekalah, kite mampu merase nikmat islam skrunk ni. Usrah adalah wasilah utk mencipta "core2" tersebut. Melalui usrahlah, ruhi kite diisi. Sekiranya ruh kite tidak diberikan makanan, sampai satu tahap kite akan merase kekosongan yg tidak bersebab.

Dalam usrah lah, dapat menjamin kite utk menatap,mendengar juga melafazkan ayat2 Allah. Kononnya, kehidupan sebagai s2dnt medic ni buzy lah katakan. Bukalah ruang masa utk berusrah kerana disitulah proses tazkiatun- nafs (pembersihan hati) berlaku. Sewaktu usrah lah, kite akan mendengar peringatan demi peringatan utk mengingatkan kite sebagai al-insan yg pelupa. iA, hati kite akan lebih lembut, mudah menerima hidayah, ilmu, dan kehidupan kite dipermudahkan.

Usrah: membentuk FAHAM bukan setakat TAHU
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM”

Ramai manusia skrunk berpengetahuan pasal islam, ttp tidak ramai org yg mampu beramal dengan islam. Amal tidak akan mampu terbentuk tanpa asas kefahaman pada islam. So, usrah adalah wasilah utk mengetuskan rase MAHU utk beramal.

Usrah: adanya tarbiyah
"Usrah bukannya tempat utk menuntu ilmu"
"Usrah bukannya tempat utk berukhwah"

Ape itu tarbiyah yerk. Tarbiyah ialah satu proses iaitu mendidik. So, usrah actually bukan tempat utk mengajar ttp mendidik. Jika ia melibatkan proses, jadi ia melibatkan satu skop masa. Ya, tarbiyah adalah satu proses yg panjang. Sbb itu hati kn sentiasa cekal sbb syaitan tu sentiasa ada.Secara analogy, usrah tu adalah kilang, manakala tarbiyah adalah proses yg ada dalam kilang tersebut.

Contohnya, di kilang kereta. Kt situ, orang tak naik kereta. Di situ tempat kereta diproses. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai. Maka kereta yg tidak berkualiti akan terhasil.

Begitulah usrah. Usrah adalah tempat pembentukan dan hasil ukhuwah dan amal akan dpt dilihat selepas liqo' @ halaqoh. Usrah sebenarnya bermula dengan tasbih kifarah dan berakhir dengan al-fatihah.

**semoga kite lebih komitmen utk berusrah kerana kehidupan kite adalah kehidupan yg ditarbiyah dan mentarbiyah. iA


Wednesday, March 23, 2011

Antara Risalah & Ijazah

DI MANA PILIHAN KITE?

Sebagai intro, aku ingin memulakan dgn sedikit kisah hidupku. Teringat lagi saat di Lagkawi, waktu aku berada di form 5. Selepas keputusan trial SPM diumumkan, sudah ada dalam kalangan pelajar2 sibuk utk apply Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Mara, seterusnya  menyiapkan diri utk menghadapi temu duga utk Skim "track-pantas" tersebut. Menjadi fenomena hangat saat itu, dimana pelajar2 kecoh membincangkan kemana arah tujuan mereka selepas itu: "nak masuk U ape?", "dalam bidang ape?", "tajaan ape?" dan sebagainya. Aku juga tidak terlepas menerima tempias fenomena ini, bahkan aku adalah salah seorang pelajar yg telah berjaya melepasi temu duga SPC tersebut. Alhamdulillah, akhirnya aku dihantar ke Rusia dalam bidang perubatan.

Namun, dalam konteks berjihad mencari ilmu, bukannya pertanyaan "nak masuk U ape?", "dalam bidang ape?", "tajaan ape?" yg ingin aku ketengahkan.. Perkara yg aku ingin ditekan, saat berjihad mencari ilmu Allah itu, "adakah islam itu kite pegang erat2?" atau "adakah kite sekadar berpengetahuan tentang islam sahaja?". Sia-sialah penat lelah kite, seandainya ilmu yg kite pelajari itu tidak dapat membawa kite mengenal tuhan. Benarlah kata pepatah, "ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah". Sia2.

Seandainya antum diketengahkan dengan persoalan utk memilih, "antara risalah dan ijazah?",  apa yg antum akan pilih? Mungkin antara antum akan menghadapi konflik utk menjawab. Saat "s2dy vs dakwah", dimanakah pendirian kite? Utk menjawab berdasarkan fakta reality hidup seharian kite, mungkin hati kite akhirnya nanti dilanda serba salah, hilangnya keyakinan dengan kata2 sendiri. Justeru, hadaf dan ghayah kite perlu jelas dan disitu lah pentingnya tarbiyah dalam membuang segala keraguan dalam mencipta langkah. "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada NIATnya" (HR Bukhari dan Muslim)

Membawa Risalah

"(Aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya"
(72:23)

Apakah risalah yg dimaksudkan disini? Risalah yg datannya dari Allah hanyalah "ISLAM". Justeru, risalah islamlah yg dibawa oleh nabi2 melalui dakwah yg dilaksanakan berdasarkan rujukan qalam Allah (umat nabi Muhammad: Al-quran dan Hadith). Bukannya risalah komunism yg diperjuangkan oleh Lenin, bukan pula risalah kesukuan bangsa yg diperjuangkan oleh Mahatma Ghandi. Tugas membawa risalah yg telah dibawa oleh nabi2 dan rosul2, telah diteruskan oleh golongan2 seterusnya dan akhirnya sampai pada giliran kite pula utk meneruskan perjuangan tersebut. Skrunk pilihan kite, utk merelakan diri kite menjadikan sejarah atau kite yang akan mencipta sejarah seperti org2 terdahulu. Semua pilihan ditangan kite.

"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yg pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yg lain, dan kamu tidak merugikanNya sedikit pun" (9:39)

Seandainya tugas itu tidak langsung kite endahkan, Allah telah menjanjikan azab dan kite akn diganti dengan kamun yg lain, seperti mana kemusnahan yg berlaku pada kaum2 terdahulu seperti kerajaan firaun yg telah dilenyapkan oleh Allah. 

Dulu islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Kite telah kuasai 2/3 dari dunia ini. Kite telah mencapai tahap UA satu ketika dahulu. Tidak ada yg mustahil, asalkan tugas dakwah itu kite laksanakan dengan teguh dan bersungguh2. Tugas dakwah ini bukan satu pilihan, tp ia adalah satu kewajipan. Semoga Allah teguhkan kite dijalan ini.

~justeru dakwah adalah no 1, ttp s2dy bukan no 2. Jadikahlah s2dy itu sebagai wasilah dalam menyampaikan risalah. Bawalah pulang nanti segulung ijazah beserta risalah yg tersemat kukuh dihati~

**asif jidan tulisan agak serabut. ketika ini ana sedang ditarbiyah utk belajar erti syukur atas nikmat sihat

Saturday, March 19, 2011

Dunia: Ibarat Bermain Bola


Bola. Bermain bola. Satu permainan yg mmg famous dan digemari oleh sume peringkat usia. Trend skrunk, bukan lelaki jerk yg main, perempuan pun ada gak yg main. Tidak salah asalkan batas2 sebagai muslimin dan muslimat perlu dijaga. Aku juga penggemar bola, tp bukan fanatik. Nak kata pandai main, xderlah pandai pun. Sekadar bermain suka2 jerk. Kalo nak bercakap pasal bola, aku bukan org yg selayaknya. Mungkin ta'arufku pada permainan ini masih kurang..


Mcm org main bole tu, mcm tu lah kite perlu pandang dunia ni. Footballer berlari dengan se"jihad2"nya utk dapatkan bola. Saat dapatnya bola dikaki, dia tendang dan lepaskan balik bola tu. Mcm tu juga dengan dunia ni. Kite kn bersungguh2 mencari dunia, mengejar kekayaan dan harta bende kemudian kite lepaskan balik. Kite laburkan harta2 itu dijalan Allah utk mencari keredhaanNya. Kite infaqkan utk saham kite disyurga nanti.


Jangan pula anggap dunia ni macam main rugby. Berkejaran bersungguh2 utk dapatkannya kemudian dakap bola tu dengan erat2. Kalo kite cari dunia, kejar kekayaan pastu kite peluk kekayaan tu sekuat2nya, maka raselah azab Allah yg tidak terperi di akhirat.


Justeru, janganlah kite kikir dgn harta kite dan terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Allah berfirman, "syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan dan kurniaanNya kepadamu. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui" (2:268)


JOM BERSEDEKAH
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” 
(2:267)

Friday, March 18, 2011

Aku Punya Untung

PERDAGANGAN YG PELIK

Jom rebut peluang berniaga.. =)

"Wahai org2 beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan 
suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan 
kamu dari azab yg pedih? 
(Iaitu) kamu beriman kpd Allah dan RosulNya
 dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
(61: 10-11)

.....Tatkala bacaan quranku menyinggah ayat diatas, bacaanku terhenti seketika secara tiba2. Lidahku kelu, otak fikiranku ligat memikirkan sesuatu. Mata hatiku mula basah dengan tangisan. Astagfirullah, peringatan demi peringatan Allah ilhamkan dalam hidupku, namun tidak secebis pun yg menusup dalam hidup lantaran kotornya jiwa ini..

Ayat dimulakan dengan "wahai org2 yg beriman". Allah memfokuskan ayat ini hny utk org2 yg beriman. Ya, khusus dan hany terfokus kpd org2 yg beriman, tidak kepada "wahai manusia" dan tidak juga kpd "wahai org2 islam". Secara istilah, berimannya seseorang itu, merujuk kpd keyakinan @ kerpercayaan yg terbit dalam hati terhadap perkara2 ghaib dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk amalan.

Seterusnya Allah meng"offer" kpd org2 yg beriman ini satu perdagangan yg telah diJAMIN keuntungannya, dimana perdagangan ini tidak akan sesekali menemui jalan kagagalan, kemelesetan kewangan mahupun muflis.  Kite kaji sedikit elemen2 penting yg perlu wujud utk menjalan kan perniagaan: 1) modal, 2)peniaga, 3)barang yg diniagakan, 4)pembeli, 5) keuntungan..

Kes 1 (perniagaan laptop)
Modal => kebiasaannya akan dikeluarkan oleh peniaga tidak kire berbentuk hak persendirian @ pinjaman
Peniaga => hany org yg berkeupayaan menjalankan perniagaan laptop
Barang => produk yg dihasilkan oleh peniaga yg ada nilai komersial (laptop)
Pembeli => hany org yg mempunyai kekayaan @ kemampuan utk membeli
Keuntungan => perial faedah yg mendatangkan menfaat kpd peniaga (duit)

** ini merupakan elemen penting yg menjadi kebiasaan dalam perdagangan.

Kes 2 (perniagaan akhirat)
Modal => taufiq dan hidayah dari Allah (kehidupan manusia, tubuh badan yg sihat n dll)
Peniaga => hanya org yg berkeupayaan (org beriman)
Barang => produk iman dan jihad yg dihasilkan (rujuk ayat quran diatas)
Pembeli => Allah
Keuntungan => ganjaran pahala (jaminan ke syurga dan pelepasan dari azab neraka.

Comparitive cases 1 and 2
Melalui penelitian diatas, Allah telah volunteer utk menjadi pemberi modal kpd org2 yg beriman utk menjalankan perniagaan diatas. Secara reality, tidak akan mungkin ada manusia yg sanggup utk menjadi pemberi modal, kecuali wujud satu hubungan yg meyakinkan antara pemodal dan peniaga. Tidak hairanlah selalunya modal dikeluarkan oleh peniaga itu sendiri kebiasaannya. Berbeza dgn Allah, dimana Allah sebenarnya telah meyakini bahawa org2 yg beriman mampu utk menjalankan perniagaan tersebut berdasarkan ciri2 yg terdapat pada org2 yg beriman itu sendiri (rujuk 2 ciri2 org yg beriman kt atas).

Dan yg peliknya, perniagaan yg Allah offer ini, Allah sendiri yg volunteer utk membeli produk yg dihasilkan oleh org2 yg beriman. Dalam erti kata lain, tidak ada penah lelah oleh peniga itu utk mencari modal dan pembeli (sbb mmg dh comfirm ada) melainkan cume berpenat lelah dlm menghasilkan produk iman dan jihad.

Produk yg bermanfaat
Namun, tidak mudah utk menghasilkan produk iman dan jihad krn disitulah perjuangan kite akan diuji sewaktu proses penghasilannya. Juateru, kemantapan hati diperlukan utk meneruskan penghasilan produk tersebut. Secara ringkas, beriman kpd Allah dan rosul, bererti meyakini keEsaan Allah dan risalah yg dibawa rosul serte melaksanakan segala ape yg dituntut melalui rujukan Al-quran dan Hadith. Jihad (dengan harta dan jiwa) pelibatkan pengorbanan dari segi keselesaan hidup dan kepentingan peribadi semata2 kerana Allah. Tidak ada istilah jihad tanpa pengorbanan didalamnya. Jadi janganlah kedekut @ malas utk mengorbankan kekayaan kite, diri kite, nyawa kite, masa kite serta kehisupan kite di jalan Allah.

iA, ganjaran pahala akan derikan oleh Allah atas setiap ibadat kite. Dan ganjaran ini akan menjadi saham kpd kite diakhirat kelak utk memasuki syugaNya dan menghindari nerakaNya.

....Hati ini masih lagi basah. Adakah aku sudah selesai menghasilkan produk itu? Satu persoalan yg masih tidak terjawab dalam diri. Byk lagi jihad yg tidak terlangsai. Hafalanku yg tidak menentu, mutabaah amalku yg tidak konsisten, bacaan ilmiahku yg merundum n dll. Aduh, jiwaku bagai tersusuk duri....

Pena yg tidak akan pernah terhenti. Selagi mana ada lagi manusia yg berdusta dengan risalah ini, selagi itu arus  dakwah akan terus ligat bergerak. Dengan itu, hati ini perlu cekal, tabah dan yg paling penting iman didada perlu sentiasa di top up. Kehidupan aku adalah kehidupan yg mentarbiyah dan ditarbiyah. iA..


Thursday, March 17, 2011

Himmah A'liyah

Di suatu petang yg hening, selepas aku membaca al-quran.. Aku mula termenung seketika. Lamunanku agak panjang, entah kenapa tah waktu tu aku rase down gler. Bagi mereka2 yg ditarbiyah, fenomena ni dipanggil "futur", dimana graf iman mula menjurus jatuh. Aduh! Aku kalah lagi dgn syaitan.. Lamunan ku kini melangkau jauh 1432 tahun yg lalu, pada zaman rosulullah..

Aku mula terfikir, "apakah rahsianya Rosulullah tidak pernah berputus asa dalam menjalankan tugas dakwah. Baginda dilantik menjadi seorang rosul ketika berumur 40 tahun dan wafat ketika berumur 63 tahun. Namun dalam masa 23 tahun itu, baginda mampu mendidik para sahabat begitu mantop dalam meluaskan islam ke seluruh pelusuk alam. Sudah pasti ada rahsia @ formula yg baginda telah amalkan.. Tidak sedikit pun baginda berputus asa, apatah lagi melarikan diri dari jalan ini.. Aku mula mengkagumi baginda.

Tatkala itu, aku mula mengkoreksi diri, membuka mata hati, mula tersedar seakan2 menjumpai jawapannya. Ya, aku dh menjumpai jawapannya.. Semuanya kerana HIMMAH.. Himmah A'liyah.. Dalam mengharungi kehidupan di bumi tarbiyah ini, byk cabarannya tertama kpd aku yg masih lemah ini. Cabaran pada waqi' disini, pada wadah, pada usrah dan tarbiyah, pada teman2, pada mad'u yg byk ragam. Moga Allah kuatkan hati ini.

Apa itu Himmah A'liyah?
Himmah => pendorong kepada sesuatu perkara. Pendorong ini boleh jadi kuat, dan boleh jadi lemah
A'liyah=> tertinggi

Himmah A'liyah pada seorang Daie
Utk memulakan jalan dakwah ini, amat penting proses penanaman himmah a'liyah terlebih dahulu pada seseorang daie. Abu Al-qasim al-junaid pernah berkata, "jagalah himmah kamu, kerana ia adalah permulaan bagi semua perkara". Dengan adanya himmah, ia mengelakkan diri seorang daie dari FUTUR, beralasan, berangan-angan, dan mencari rukhsah.Ia juga menukar yg susah menjadi senang, mendorong kearah kerelaan mengorbanankan diri dan meningkatkan prestasi. Himmah lah yg mampu menukar duri dari bunga, pahit menjadi manis, azab kepada nikmat. Menurut pengalaman mendakwah dari kalangan ikhwan, mereka berkata 

"Sesiapa yang memulakan jalan dakwah dengan serius dan keazaman yang kuat, ia akan kekal di jalan dakwah. Sesiapa yang memulakannya dengan sikap sambil lewa, sikap sambil lewa akan terus menjadi sifatnya. Bahkan mungkin dia tidak akan berjaya untuk mengubahnya walau pun dia mencubanya. Maka, hari-hari permulaanlah yang akan membentuk sikap dan keperibadiannya, bukan yang lain dari itu".

Himmah adalah persoalan bagi seorang daie. Dengan himmah, ia akan mencorak kehidupan seorang daie. Tiada keuzuran bagi kite utk mengelak dari jalan ini. Kita adalah pemuda generasi harapan, kuat lagi fizikal, mata masih celik, lidah masih basah dengan hujah2. Manfaatkanlah kesemuanya. Sedangkan Syeikh Ahmad Yassin, dengan kelumpuhannya mantop berjuang, ini kan lagi kita..

Mereka yg himmah rendah
* mereka yg selalu mengikut hawa nafsu & syaitan

"Dan bacakanlah kepada mereka berita org yg telah kami berikan kepadanya ayat2 kami, kemudian dia melepaskan dirinya drpd ayat2 itu, lalu dia diikuti oleh syaitan maka jadilah dia termasuk org2 yg sesat.

Dan kalau kami mengkehendaki, sesungguhnya kami tinggikan derajatnya dgn ayat2 itu, tetapi dia cenderung kpd dunia dan menurutkan hawa nafsunya yg rendah maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya diulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan org2 yg mendustakan ayat2 kami, maka ceritakanlah kisah2 itu agar mereka berfikir". (7:175-176)


Mereka yg himmah tinggi
*kuat hati

"Maka bersabarlah Engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rosul2 yang memiliki ketegihan hati" (46:35)

Faktor2 himmah lemah
•Wahan
•Futur
•Membuang waktu pada perkara yang harus
•Malas
•Lalai dan Berangan-angan
•Bersahabat dengan manusia lemah himmah
•Berlebihan di dalam menunaikan hak isteri dan anak-anak (Thaghabun: 14)
•Sistem pendidikan yang menghancurkan
•Serangan demi serangan ke atas Islam

Faktor2 himmah tinggi
•Ilmu dan kesedaran
•Azam menuju kebahagiaan akhirat (al-Isra’: 19)
•Banyak memperingati mati
•Mujahadah untuk sentiasa memikirkan perkara hebat
•Doa
•Berpindah dari bi’ah yang melemahkan himmah
•Bersahabat dengan manusia berhimmah tinggi


Generasi Sahabat (3 sifat yg ditanam oleh rosulullah)

"mengimani kehebatan risalah, berasa mulia dengannya dan yakin akan pertolongan Allah;
Rasulullah s.a.w. menghidupkannya di dalam jiwa para sahabat dengan izin Allah dan menggariskan matlamat hidup mereka. Lalu mereka membawa risalahNya di dalam jiwa dan mushaf, dicernakan di dalam akhlak dan perbuatan mereka. Mereka mendapat kemuliaan dari Alah dan mereka yakin dengan pertolongan dan janji kemenangan dariNya.
Dunia menjadi tunduk kepada mereka (menguasai kepimpinan). Lalu mereka bina negeri-negeri yang mempunyai prinsip dan tamadun yang bertunjangkan akhlak dan keadilan. Mereka membuang nilai-nilai material yang rosak dan menukarkannya kepada unsur rabbani yang kekal. Lalu Allah menyempurnakan cahayaNya."



****ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini, supaya cekal membawa risalahMu dengan izzah.. ~lamunan yg terhenti~

Sanah Helwah buat Mujahidku

 Engku Muhammad Arif

Ketahuilah perjalanan hidup ini masih lagi jauh.. Perjuangan kite masih lagi belum selesai. harapanku, cume kau mampu tabah dalam meneruskan perjalanan ini.. Lepaskan dirimu dari genggaman belenggu syaitan yg sentiase mencucuk kite ke arah kejahatan. Maanfaatkan masa itu, kerna kerje2 kite sebenarnya melebihi masa yg ada..

semoga umurmu lebih diberkahi..

Wednesday, March 9, 2011

Happy Akhowat Day


Madah Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga, 

Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini. 
Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya , 
Kemanisan wanita solehah , 
tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu , 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu , 
Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah , 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran , 
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , 
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu , 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu , 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya , 
Bersyukurlah diatas apa yang ada . 
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama. 
Salam perjuangan  Wanita solehah. 

Riwayat Seekor Ikan


Duhai ikan, darjatmu lagi tinggi berbanding manusia yg masih tidak bersyukur...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, 
dan penggantian malam dan siang 
terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yg berakal" (3:75)

Iktibar pada ikan
Terlalu byk iktibar yg boleh diambil pada si mempelai ini. Ada hikmah yg perlu diselongkarkan hasil ciptaan ilahi ini. Setiap sudut kehidupan si mempelai ini perlu diteliti dan dihayati. Bukan sekadar meneliti hikmah kejadian si mempelai ini sahaja, bahkan seluruh alam, segal penciptaanNya ada hikmah yg tersembunyi. Hanya yg mampu memahami di gelar  "al-albab"-golongan yg berakal.

Riwayat hidup si ikan
Dikawasan laut yg terbentang luas, si ikan berenang2 ke sana ke mari. Mengjalani kehidupan sebagai makhluk Allah yg taat, dan sentiase bertasbih memujiNya. Firman Allah, "Apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah yg MAha perkasa, Maha bijaksana" (61:1). Sudah dijanjikan syuga bagi si mempelai ini. Alangkah bahagianya. Tidak hairan dulu waktu zaman Rosulullah, ada diantara sahabat ingin skali menjadi tanah dan batu krn makhluk2 ini telah dijamin syuga oleh Allah. TTp kite perlu percaya bahawa penciptaan manusia tidak sia2. "Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main2 (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami" (23:115). Diatas tujuan ini lah, manusia telah dimuliakan oleh Allah berbanding makhluk penciptaanNya yg lain. Namun seandainya, kite gagal menyempurnakan hikmah penciptaan kita, maka kita dari hina dari makhluk Allah yg lain.

Si ikan terus dan terus berenang meredah kemasinan laut. Ttp, tidak sedikit pun kemasinan laut itu memberikan kesan kepada si ikan. Si ikan terus menyelinap masuk ke celah2 batu, rumput-rumpai sambil bertasbih kepada Allah. Tatkala menikmati keindahan lautan, si ikan tidak pernah lalai utk mengingati si pencipta dasar laut itu. Tatkala ini, kemasinan laut masih lagi tidak mampu memberi kesan kepada kesedapan dagingnya jikalau waktu ini si ikan menjadi hidangan kepada manusia.

Suatu hari, si nelayan mulai melakukan kerja2nya utk mencari sekangkang rezeki. Titik peluh nelayan berhasil, kesyukuran dipajatkan kpd ilahi. Si ikan menjadi mangsa. Sudah tiba ajalnya, suara syurga menanggil. Dibawa pulang oleh si nelayan ke rumah. Bangkai2 si ikan dilumurkan garam lalu direndam dalam air. Berlakukan proses osmosis. Kemasinan air mula memberi kesan kepada si ikan. Dan akhirnya, jadilah ikan masih yg di salai utk menjadi tatapan si manusia..

Kisah disebalik kisah
Si Ikan, boleh diibaratkan seperti hati. Jika hati ini hidup, maka hati ini tidak akan mudah ter'effect' dengan persekitaran. Seteruk mana pun persekitaran kite, tidak akan pernah memberi kesan paha kesucian hati. Begitulah si ikan, kemasinan air laut tidak pernah memberi kesan pada kesedapan daging si ikan.

Begitulah juga sekiranya hati ini mati. Mudah sekali terpengarh dengan persekitaran. Tidak kuat bertahan. Tidak mampu mengekalkan kesucian. Begitu juga dgn si ikan yg mati. Mudah sekali tewas dengan persekitaran.Lantas terpengaruh dengan kemasinan air yg merosakkan, mencacatkan serta menghilangkan keaslian dagingnya.

~moga2 hati kite sentiasa hidup~

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Wednesday, March 2, 2011

La Tahzan! Inna Allaha ma'a na

HATI INI MILIK ALLAH

Kawan2!
Kadang2 waktu kite ditimpa kesusahan, kite mula hilang akal. Seakan2 sudah tiada jalan kluar dari masalah itu. Kite termenung sana sini. Kite serabut x tentu hala. Kite terhegeh2 mencari manusia mengadu nasib. Tahu x, kawan2 yg Allah sentiasa ada dengan kite. Astagfirullah, lemahnya diri ni. Mencari bantuan makhluk terlebih dahulu berbanding mencari bantuan tuhan.

Kawan2!
Kadang2 waktu kite dalam kesusahan, tidak ada sorang manusia pun yg mampu memahami kite. Kawan2 kite kadang2 lari meninggalkan kite. Drg mula rimas dengan rintihan kite. Drg dah x sanggup menanggung beban bersama kite. Kite rase dunia kite ni sempit, gelap. Kite berasa keseorangan. Sedarkah kite, kawan2! yg Allah sentiasa menemani kite, tatkala susah dan senang. Astagfirullah, sombongnya diri ni. Merintih nasib dgn manusia terlebih dahulu dari merintih denganMu. Sedangkan Seluruh kehidupan ni berada dalam gengaman Engkau.

Kawan2,
Dalam kite menyampaikan dakwah, mmg banyak cabarannya. Jalan ini bukan jalan yg ditaburi dan dihiasi bunga, ttp jalan ini bertaburan duri2 tajam. Namun, membawa kite ke destinasi yg betul. Apalah gunanya kite memilih jalan yg berhiaskan bunga, ttp akhirnya membawa kite sesat.. Allah berfirman, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji" (29:2)

Masih ingat lembaran sirah Rosulullah,
Baginda digelar penyihir, si gila, pendusta dam sebagainya di tengah2 khalayak ramai. Baginda tabah, baginda cekal dan baginda masih meneruskan perjuangan. Kawan2, kite pun kn kuat walaupun kite akan digelar si itu dan si ini. Jangan putus asa dari rahmat Allah, krn hidayah itu milikNya. Kita hanya asbab.

Duhai Hati~
Cubalah mengerti. Yg engkau milik Allah. Sandarkanlah keyakinanmu pada tuhanmu yg maha agung. Kesucian hati itu penting dalam mencari redho tuhanmu. Pada redho tuhanmu, engkau pasti menjadi tenang. Allah berfirman, " ingatlah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:28)


ingin sekali bergelar mujahid setia.

"sesungguhnya org2 yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal" (8:2)