Kenapa aku masih berusrah, padahal aku ni bukannya sempurna.
Kenapa aku masih berusrah, padahal aku bukannya org yg alim2.
Kenapa aku masih berusrah, padahal jasad aku ni masih berlumuran maksiat.
Kenapa aku masih berusrah, padahal nafsu MALAS mengatasi iman dihati.
Kadang2 pun aku terfikir knp aku berusrah yerk? Teringat lagi dulu, semangat betul senior2 approach utk masuk usrah. Entah apa2 tah! So, aku pun ikut2 jerk lah mula2 tu. Tp skrunk lain. Aku dh mula menyedari nikmat nyer berusrah tu dan pentingnya usrah dalam kehidupan. Usrah perlu diletakkan sbg top priority, so sepatutnya kite perlu letakkan sepenuh komited pada usrah pada setiap minggu itu. Maka, sepatutnya jadual kehidupan kite bergantung pada jadual usrah, bukan jadual usrah bergantung pada jadual hidup. Tp, persoalannya, knp usrah tu penting?
Apa itu usrah?
Dari segi bahasa, usrah adalah keluarga
Delegasi usrah abad ke 20 ini, telah di popularkan oleh Imam Hassan Al-Banna sebagai satu unit kecil utk membentuk individu muslim (rujuk marothib amal)
Usrah: tempat top-up iman
Mari kite semak semula lembaran sirah rosulullah. Usrah telah dimulakan di rumah Arqam bin Abi Arqam. Bermula dari situ lah, individu2 muslim yg mantap dan hebat dibentuk sehingga mereka sentiasa bersemangat dalam menyebarkan syiar islam. Bermula dengan aura merekalah, kite mampu merase nikmat islam skrunk ni. Usrah adalah wasilah utk mencipta "core2" tersebut. Melalui usrahlah, ruhi kite diisi. Sekiranya ruh kite tidak diberikan makanan, sampai satu tahap kite akan merase kekosongan yg tidak bersebab.
Dalam usrah lah, dapat menjamin kite utk menatap,mendengar juga melafazkan ayat2 Allah. Kononnya, kehidupan sebagai s2dnt medic ni buzy lah katakan. Bukalah ruang masa utk berusrah kerana disitulah proses tazkiatun- nafs (pembersihan hati) berlaku. Sewaktu usrah lah, kite akan mendengar peringatan demi peringatan utk mengingatkan kite sebagai al-insan yg pelupa. iA, hati kite akan lebih lembut, mudah menerima hidayah, ilmu, dan kehidupan kite dipermudahkan.
Usrah: membentuk FAHAM bukan setakat TAHU
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM”
Ramai manusia skrunk berpengetahuan pasal islam, ttp tidak ramai org yg mampu beramal dengan islam. Amal tidak akan mampu terbentuk tanpa asas kefahaman pada islam. So, usrah adalah wasilah utk mengetuskan rase MAHU utk beramal.
Usrah: adanya tarbiyah
"Usrah bukannya tempat utk menuntu ilmu"
"Usrah bukannya tempat utk berukhwah"
Ape itu tarbiyah yerk. Tarbiyah ialah satu proses iaitu mendidik. So, usrah actually bukan tempat utk mengajar ttp mendidik. Jika ia melibatkan proses, jadi ia melibatkan satu skop masa. Ya, tarbiyah adalah satu proses yg panjang. Sbb itu hati kn sentiasa cekal sbb syaitan tu sentiasa ada.Secara analogy, usrah tu adalah kilang, manakala tarbiyah adalah proses yg ada dalam kilang tersebut.
Contohnya, di kilang kereta. Kt situ, orang tak naik kereta. Di situ tempat kereta diproses. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai. Maka kereta yg tidak berkualiti akan terhasil.
Begitulah usrah. Usrah adalah tempat pembentukan dan hasil ukhuwah dan amal akan dpt dilihat selepas liqo' @ halaqoh. Usrah sebenarnya bermula dengan tasbih kifarah dan berakhir dengan al-fatihah.
**semoga kite lebih komitmen utk berusrah kerana kehidupan kite adalah kehidupan yg ditarbiyah dan mentarbiyah. iA
3 comments:
nak mintak izin ambil input dekat post ni
Bermula dengan al fatihaha n berakhir dengan tasbih kafarah kot..
*Al Fatihah
Post a Comment