Friday, December 21, 2012

Pegangan tarbiyah

Dalam buku "Usrah dan Dakwah" yg dinukilkan oleh ISHAB, beliau menggariskan 6 pegangan ynag perlu digenggan erat oleh insan yg ditarbiyah..

1) Agama islam hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam diri
2) Kebahagiaan dan asaadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan itu, kebenaran itu dan keadilan itu.
3) Kemenangan dan keyakinan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela bekorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan
4) kesabaran dan ketahanan dalam perjuangan hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt.
5) Hiduplah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dalam kehidupan hanya terletak pada keyakinan san perjuangan itu
6) belajar bekorban dan menanfaatkan diri demi kepentingan Cita2 dan Agama

Mari kita sama merefleksi diri kita!  Sudah berdiri teguhkan nilai islam dalam diri kite? Sudah bertakhta kah Allah dalam jiwa? Sudah yakinkah anda dgn jalan Dakwah & Tarbiyah ini?

Lantas ini lah perutusan dalam risalah perjuangan ini dengan diisi : keimanan kpd kemuliaan dakwah ini, keimanan kpd kesucian Fikrah ini dan sungguh berazam hendak hidup dan semati dengan Dakwah serta fikrah ini..

Lantas, adakah kita golongan yg "bekerja" itu?

Maka, carilah jgnlah mencari kemuliaan dalam berdakwah!
Ikhlaskan diri, moga Allah memberi yang terbaik buat kita semua..

Wednesday, December 19, 2012

keyakinan itu~

Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya. (HR. Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1st scene: Satu hari, ada sorang adik junior datang.. Ketika berbual, tersembur satu kalimah yang sesekali membuat aku tergamam.. "Bang, sy xsuka lipat carpet lepas solat jemaah. ramai lagi yang boleh buat"- barang kali ini juga yg dirase oleh jemaah2 yg lain.. 

2nd scene: aku seperti biase memanggil org lain utk solat jemaah sekali.. bile sampai seruan ku kpd seorang  adik ni, dia menjawab, "abg g lah dulu, sy x suka lah tunggu org lambat dtg"- barang kali, inilah penyebab ada yang menjadi makmum masbuk or ada yang tidak dtg langsung.

**saat aku mendengar, sesekali tergamam seketika. Sesekali terpacul juga ayat2 ini dalang kalangan mad'u yang qowiyy.. Aku merefleksi diri! Masih kurang lagikah aku mereka ditarbiyah? Masih gagalkah aku menjadi contoh kpd mereka? Adakah mereka men"cermin"kan diri ku sebenarnya.. Astagfirullah! huhu..

Moga Allah mengampunkan dosa2 aku dan dosa2 mereka.. Barangkali masih belum sempurna tarbiyah hati mereka, sehingga masih belum sedia untuk berkorban diri..


Masih terngiang2, kisah hijrah nabi dan para sabahat.. Satu kisah yang amat bermakna, yang menjadi peristiwa penting yang mengangkat ketamadunan islam dalam rentetan sejarahnya. 

Golongan ansar menyambut kaum muhajirin dgn senyum lebar dan tangan terbuka. =) tidak pernah disimpan perasaan iri hati/ sakit hati sesama mereka, sehingga ada yang sanggup menawarkan isterinya sendiri kpd saudara muhajirin mereka. Apatah lagi memberikan keperluan2 asas yang lain.. Cukup sempurna layanan mereka!

Inilah dia ukhuwah! bila setinggi2 ukhuwah (itsar) diamalkan, merendah2 ukhuwah (berlapang dada) dipadukan. Tiada rase melepas tangan dan tidak bertanggungjawab.. Alangkah bagusnya kalo sume saling tolong menolong, tanpa menuding jari sesama sendiri. Yang paling menghampakan, jika ada yang melarikan diri dgn hany berkata, "xper, ada org lain yang buat!"- gurp! Astagfirullah..

** xmampu nk berkata ape2 lagi **

tidak akan ada ukhuwah,

jika masing2 mementingkan diri sendiri, jika dendam lama masih membara,jika ego masih menguasai diri dan tidak ada sape mengambil peduli..

sudah tibe masanya utk bekorban kepentingan diri,
utk kepentingan bersama~

walau sekecil mane pun usahanya.. ♥








moga bunga2 ukhuwah bisa terus mekar~

Saturday, December 8, 2012

Suramnya mentari Tarbiyah!

Salam wrt..

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi hidup.. Masih lagi belajar, mencari kejelasan utk terus beramal, terus menjalani kehidupan tarbiyah..

Dulu dan sekarang,
Banyak bezanya..
Dulu ditarbiyah, sekarang menjarbiyah,
dulu ditakwin, sekarang mentakwin.
terus dan terus menurusi marhalah dakwah ini. -taarif, takwin, tanfiz-

tp, makin jauh berjalan.. entahlah!
Perasaan yg dulunya berkobar2 berlari mengejar mentari, kini hilang..
"malap"!
Terasa suram dan kaki hanya terus berjalan..

Dulu, masa ditakwin punyalah semangat giler.. Ape yg naqib kata sume wat.. sbb nk kejar syurga! tsiqah abeslah.. tp, tu dulu..
org kata ni syndrome org ikut tarbiyah.. ye ke? (mukngkin)

***

tp bila baca balik seerah para sahabat nabi!
perh! rase kagum giler dgn drg ni~
*malu*

tertanya2, apakah rahsianya.. bepuluh2 tahun still maintain n bersemangat..
xpernah mengeluh!
dpt perintah diharamkan arak, terus xteragak2 buang arak! hingga  banjir kota madinah dgn arak..

Dulu, pun aku gitu gak! (tp xderlah minum arak)
dulu movie, dihad2 kn kalo nk tgk..
tp skrunk rase mcm nk try2 tgk byk2..!

**nasihat kpd kawan2 lain, marilah kite saling memperkuatkan saff kita.. aku akhir2 ni sedar, kerja dakwah ni x leh wat sorang2.. pasti down. xkira lah betepa semangat nyer kite pada awalnya.. sumpah!

salah satu rahsia para sahabat dulu adalah mereka saling menasihati antara satu sama lain.. ukhuwah mereka utuh.. saff mereka kukuh.. bila sorang lemah, sorang lagi bagi semangat!

Jom, cipta kekuatan ukhuwah! iA mentari akan terus bersinar kembali, disaat dia suram!


Sunday, November 11, 2012

Tak Nak Rokok lagi !


-World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31-

Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.
Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :
1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
- Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
1) Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3) Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
4) Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
6) Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
7) Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
8) Meningkatkan deria bau dan rasa
9) Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
10) Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
11) Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
12) Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
13) Meningkatkan kesuburan.
14) Meningkatkan tahap ‘kelakian’
Bagaimana hendak berhenti merokok?
- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok – Tip Berhenti Merokok 12 M :
1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8) Membasuh tangan selalu
9) Mandi dengan kerap
10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11) Meditasi
12) Memohon doa

Saturday, September 1, 2012

Aduhai Malaysiaku yg tercinta..

Adoi, - sambil menepuk kepala..

Dulu sebelum balik bercuti di Malaysia, hati berkobar2 utk mencoretkan/memakmurkan blogku ini.. Tp akhirnya... Astagfirullah.. Sepanjang 2 bulan ini, dalam minggu2 terakhir sebelum pulang ke Russia semula baru aku berpeluang utk menulis.. Ya Allah, maafkan aku.. Hamba-Mu ini masih kurang mujahadah..

Tidak banyak yg aku ingin tuliskan.. Xderlah sgt nak cerita pasal ape2 yg berlaku sepanjang cuti sekolah ni.. Kalo nak cerita mmg panjang lebar lah.. X mampu nak meng'sinopsis'kan nya..

Yang paling terkesan saat balik ke malaysia, adalah masalah politik yang makin meruncing. Ada yang sanggup bertikam lidah kalo nak 'borak2' pasal politik ni. Sedih aku tgk. Ini lah akibatnya bila kezaliman undang2 manusia diagung2kan, sementara keadilan hukum Allah disisihkan..

Dulu, bank2 di malaysia ni x pandang pun langsung sistem perbankan yg berlandaskan islami.. riba/faedah berleluasa.. sampaikan, akhir2 ni baru depa ni yakin dgn sistem perbankan islam yg lebih harmoni..Sampaikan, Hong Liong Bank pun skrunk dg ada Hong Liong Islamic Bank... See, masih butakah hati tu utk terima hidayah yg Allah nak bagi.. Ni baru sistem bank.. Apa kata perundangan negara plak. iA, akan nampak keharmoniannya.. ini x, apalah yg depa ni takut sgt nk tegakkn hukum Allah.. Sampaikan hukum hudud pun ada hukum hudud PAS UMNO.. Adakah undang2 Allah ni terpecah 2?

Tidak cukup dgn tu, media pula memperbodoh2kan rakyat..  Kalo tgk kt tv tu, jgn cerita lah.. hampir sume penuh dgn rancangan realiti.. Dari bintang kecilnya sampailah bintang emasnya.. Disebabkn berkepul2nya rancangan2 hiburan seperti ini lah, yg menyebabkan fikiran rakyat malaysia makin mundur.. Berita2 gosip/kontroversi diangkat menjadi berita utama.. Come on lah! 

Hari in terbaca kt akhbar yg ckp presiden Mesir, Morsi menyokong kezaliman yg berlaku kt Syiria.. Alahai, drg ni kaji betul2 x berita ni sebelum post kt akhbar2.. Aduh Malaysia ku tercinta.. Morsi mintx si Basyar tu tunduk dgn desakan rakyat.. Xusah lagi nak menghentam rakyat.. Ramai sgt dh yg terbunuh.. Turun jerk lah takhta tu, ape susahnya.. kes x nak turun ni sbb nak kuasakan? Yg wartawan plk salah pemahaman.. Dh sah2 rakyat syiria tu tertindas.. Still nak sokong Basyar tu?

Amerika pun satu, xder tindakan pun dia ambik kt Basyar tu atas kezaliman yg dia lakukan kt rakyat dia.. Ingatx waktu zaman Saddam Hussien dulu.. Sibuk2 plak dia, nak berperang ngan Iraq nak mintx dia serah diri atas tuduhan menindas rakyat.. Basyar? ape kes!

Ya Allah, akhir zaman ini byk sgt perkara yg sudah bercampur-baur.. Engkau letakkanlah yg haq pd tempatnya..

Moga islam terus gemilang dimuka bumi.. Ameen

Tuesday, July 3, 2012

KITA & MASA LAPANG


Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan kpd aku untuk terus menulis, walaupun kian tenggelam timbul dalam bidang penulisan ini. Sudah lama rasanya tidak menulis--> mungkin dek kerana disibukkan dgn hal2 lain, or barang kali "perkara2 kecil" yang menyibukkan aku.

Tatkala sdg menulis ini, saat ini aku telah berada di bumi Malaysia. Alhamdulillah sudah 4 hari menghirup udara segar Malaysia ini. Baik @ buruk pun tempat ini, ttp inilah tanah bumi tercintaku. Sedar atau tidak, sudah bermula rupanya tempoh masa "cuti sekolah".. Secara tidak langsung, masa lapang sudah mula memenuhi lingkup kehidupan kita. Sekali pun kite beralasan itu dan ini, kesimpulannya masa lapang itu sedang mengejar kita

Hakikat ini perlu sekali diFAHAMI oleh golongan muda. Atas dasar apa? Kerana golongan muda ini mudah terdorong utk "melepak2" juga "berfoya2" utk menghabiskan masa mereka. Setuju @ tidak, ttp itulah hakikatnya. huhu (nasihat utk diri sendiri juga). Inilah yg dikatakan sebagai futur. Futur => saat apabila kite lemah semangat (utk mengerjakan kebaikan- bermakna kite sedang lari jauh dari Allah). Paling chrinoc apabila syaitan mengiasi futur ini, sehingga kita lalai dgn urusan akhirat. Berlebihan-lebihan dalam urusan dunia juga adalah satu asbab dari futur. Maka berpada-padalah pada setiap urusan kita. Setiap usuran ada haknya, laksanakanlah sebaik2nya.

Jgn lah sesekali berfikir utk berehat kerana itu bukanlah ciri2 individu muslim yg ingin dibina. ttp, bukan bermakna kite x boleh berehat seketika "utk mengumpul tenaga utk terus bekerja".. Allah swt mengungkapkan dalam surah asy-syarh 94:7 yang bermaksud, " maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan, bangkitlah untuk terus bekerja (untuk urusan yang lain pula)"

Melalui ayat diatas, jelas kite digesa utk tidak berhenti utk bekerja. Bekerja utk ape? Bekerja utk mengembalikan islam as WORLD ORDER.. Selagi mana niat kita adalah niat kpd itu lillahi taala, iA setiap masa yg kita luangkan itu menjadi manfaat as ibadah.


Makanya, hendaklah kite sentiase menyusun masa kite sebaik mungkin supaya kita tidak menzalimi nikmat masa yg diberikan oleh Allah itu. Sebelum menutup coretan ini dengan satu hadith dari Rosulullah,

“Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” 
[Hadis riwayat Bukhari]

Oleh itu, bersama2lah kite memanfaatkan masa terluang ini dengan sebaik-baiknya.. iA

~Selamat bercuti semua~

Waktu adalah SESUATU,
Yang engkau berada di dalam sesuatu tersebut.
Apabila engkau berada di dunia,
waktumu DUNIA.
Apabila engkau berada di akhirat,
maka waktumu AKHIRAT.
Apabila engkau berada dalam kebahagiaan,
waktumu KEBAHAGIAAN.
Dan apabila kamu berada dalam kesedihan, waktumu KESEDIHAN.
(Imam Ibnu Qayyim).

Sunday, April 22, 2012

Antara Manfaat & Mudharat

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Sudah sekian lama, sy terlarut dalam kesibukan penguruskan GIG (Gorky intervasity Games) dan alhamdulillah Allah masih lagi memberi nyawa utk menulis. Akhir2 ini byk sgt perkara yang berlaku, melibatkan "kompromi" dgn perkara batil. Astagfirullah, amatlah terhimpit n tersepit dalam suasana masyarakat "majmuk" yang majoritynya masih tidak sedar "cahaya" islam itu. Dek kerana itu, sy beranggapan inilah (kehidupan masyarakat majmuk) menjadi punca mengapa haraki dakwi n tarbawi di Malaysia agak mandom (slow) jika dibandingkan di Indonesia yg kini sudah mencapai ke peringkat politik negara. Sekali pun, Malaysia telah menerima tempias DnT yang lagi awal berbanding dgn indonesia. Byk perkara yang perlu dimuhasabahkan bersama2..

Ada satu kaedah fiqih yg berbunyi:

إَنَّ دَفْعَ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
"Sesungguhnya, menghindari kerusakan, harus didahulukan dibanding mengambil manfaat.”

Kaedah ini diguna pakai seandainya kite terhimpit diantara 2 pilihan sama ada memilih antara manfaat atau mudharat. Perkara ini juga turut dibahaskan dalah fiqh muazzanat (fiqh pemilihan). Ye, manusia mmg slalu berada dalam keadaan yg memerlukan kite utk membuat pilihan. Dalam keadaan ini, kite perlu meminbang balik, adakah mudharat lebih byk dari manfaat atau pun sebaliknya. Disinilah letaknya keperluan rasional manusia (akal). Islam itu indah, kekuatan wahyu n rasional akal digunakan dalam menentukan keputusan.
Contoh mudah yg boleh diambil menerusi kaedah ini, adalah perihal rokok.. Rokok mempunyai mudharat yang lebih besar berbanding manfaat yang diberi. Justeru, menerusi kaedah ini kite diwajibkan untuk mengelakkan mudharat tersebut.

Bumi Nizhny baru sahaja melepasi satu mehnah suasana. Bermacam2 perkara yg telah berlaku sewaktu berlangsungnya "Gorky Intervasity Games (GIG)". Namun, sy juga mengakui memori itu juga sarat dgn perkara2 manis.. Alhamdulillah, berakhirnya temasya ini sy sudah mampu menarik nafas lega. Byk perkara tarbiyah yg tertangguh. Tarbiyah terhadap diri sendiri pun kadangkala terabai.. astagfirulah..

Alhamdulillah, sy diberikan kesempatan utk ber"muayasyah" bersama ikhwah2. Itu sudah cukup menyuntik himmah dalam diri utk terus menurusi jalan tarbiyah ini. Moga Allah berikan kekuatan utk meneruskan kehidupan bergelar daie.

Sunday, March 25, 2012

refliksi pada sebuah kematian

 “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 185).

Ramai org yg takut mati, ttp tidak ramai org yg sanggup "bersedia" utk menghadapinya. Nampak sedikit contradic disitu. Seakan2 mereka tidak menyakini hakikat "kematian" sekali pun kes2 kematian byk tercatat diakhbar2. Sungguh memelikkan..


Mati. Dia seperti perompak dan pencuri: dimana dtgnya tanpa kaki serta perampas tanpa tangan. Dtg tanpa "pengetuk pintu" juga secara tiba2. Namun, tiada sesiapa yg mampun menghalangnya. Dia pasti dtg tanpa lewat sesaat atau awal sesaat.


Hari ini aku mendapat berita kematian seorang adik kpd ukhti di sini. Alhamdulillah, sudah selesai kami laksanakan solat jenazah ghaib serta bacaan yasin yg tujuan nya tidak lain, utk peringatan buat jemaah yg hadir terutamanya diri sendiri ini..


Baru berumur 16 tahun. Menunjukkan maut boleh dtg pada bila2 masa, tidak kira tua ataupun muda. Sudahkah kita merefleksi diri, mengambil ibrah atas sebuah kematian itu?


1) sebuah kematian menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Allah. Dari setinggi2 darjat org yg beriman sehingga serendah2 darjat musuh2 Allah. Semua menghadapi kematian. Sepandai2 manusia yg mencipta perlbagai umabt utk mengelak kematian, masih tidak mampu menangani kuasa Allah. Kita kn sedar, kita adalah hambaNya


2)Manusia xperlu ego. Tidak perlu megah dihadapan manusia lain. Tdak boleh beranggapan boleh survive sorang2 kt atas muka bumi Allah. Tidak mahu ber"mua'yasyah" dengan masyarakat. kerana hakikatnya, apabila kite mati, kite akan mengharapkan "belas ihsan" dari masyakarat utk menguruskan jenazah kite. itulah hakikat kite, manusia yg serba-serbi.


3) keinsafan perlu hadir dalam hati, utk menilai sejauh mane amal kite kpd Allah. Sudahkah kite menjadi hamba yg terbaik utkNya.? sudahkah kite "ilah" secara total kpdNya? Kite perlu sedar hakikat kite, yg akhirnya akan pulang kpdNya semula.


Nilai lah semula diri kite same2. Moga Allah pilih hati kite utk sentiase ikhlas utkNya..


ya Allah, bantulah aku. berilah kekuatan kpdku..

Thursday, March 22, 2012

Belum titik noktah lagi

Alhamdulillah, byk sudah aku "guna" kan brg2 kepunyaan Allah ini. Nilah hakikatnya, manusia sekadar "pengguna". tp masih tidak sedar2 diri lagi. Post kali ni, juz nak share kebimbangan dalam hati or barangkali kekusutan dalam hati ni..

Satu hari, datang seorang mad'u kpd aku.

Z: "bang nak jadual solat bulan ni"
aku: "alamak, lupe ambek lah.. xper2 nanti dtglah solat jemaah.. sy bagi kt sane"
Z: "tp sy x g solat jemaah!"

aku dgn terkedu, menelan air liur sambil melontar senyuman..

Mungkin dia xtahu, aku amat kasih n sayang kt dia selaku saudara seislam. aku ingin sekali agar dia juga merase manisnya nikmat solat jemaat itu. Cara solat yg amat2 digalakkan oleh Rosullullah. Sehingga hampir baginda ingin membakar rumah2 org yg tidak pergi utk menunaikan solat jemaah.

Telah aku usahakan memberi tahu kpd si dia atas dasar kasih kpdnya. Barangkali dia masih tidak terbuka hatinya. Barangkali dia masih tidak mampu utk menghargai usaha2 yg telah "kita" lakukan. Benar hidayah itu milik Allah dan kita hanya mampu berusaha.

Tp sampai bile hidayah Allah itu akan sampai kalau kite sendiri tidak berusaha utk membuka pintu hati kite ini. Telah sempurnakah nilai solat kita seharian? Tahukah kamu yg solat adalah amalan pertama yg akan dihisab nanti dihadapan Allah?

Adakah kite telah berusaha utk menyempurnakannya? Kalo surau?masjid didepan rumah pun kite tidak mampu utk singgah, inikan syurga Allah! lagi jauhlah nak sampai..

moga Allah ikhlaskan hati ini..

Thursday, March 15, 2012

Hati yg keras membatu??

Bismillahirrohmanirrohim


Barangkali inilah yg terbaik yg telah Allah aturkan dalam hidup kita. Tiada kebetulan, melainkan semuanya telah diaturkan perjalanannya, semuanya telah tertulis sejak azali, semuanya telah ditakirkan olehNya yg Esa.. Ya tuhan berikanlah kekuatan kpd kami menempuhi segala2nya. Berada pada jalan tarbiyah ini juga bukan suatu kebetulan. Alhamdulillah, terima kasih yg tidak terhingga ya Allah, Engkau telah memilihku utk terus tsabat pada jalan ini. Kekalkanlah hati ini hingga tercapainya UA, hingga akhirnya..


Tp hati mmg sentiasa berbolak-balik. ada saja yg tidak kena. Barangkali Engkau sedang mendidik hati ini spy lebih istiqomah, spy lebih tawaduk kpd-Mu. Disinilah namanya tarbiyah, spy hati ini sentiasa terdidik kearah kebenaran, cenderung ke arah yg haq. Dan disini lah kite memerlukan teman2 yg saling ingat-memperingati. Saling berpesan2 kpd kebaikan. Alhamdulillah, Allah masih sayang pada kita. Allah titipkan teman2 yg sentiasa mengajak utk "duduk bersama & beriman sejenak". Terima kasih ya ikhwah!


Sekalipun difikiran sarat dgn berjuta2 teori, ttp kalo tiada penghayatan dalam bentuk terjemahan tindak tanduk.. Maka ia sia2.. Benarlah kata pujangga,  ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah. Sudahkan kite serahkan segala urusan kite kpdNya? Sudahkah kite tunduk dgn segala perintahNya? Benar! manusia itu mmg "besar" egonya.. Bukankah kite sedang mencabar kekuasaanNya, andai kite masih mengutamakan perkara lain berbanding dgnNya.. Duhai ikhwah, masih tertautkah dunia dalam diri ini, sehingga merase TARBIYAH itu sebagai bende yg mudah? Percayalah, masa itu hakNya.. Maka kembalikanlah segalanya kpdNya.


"Wahai org2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7)


iA, jika kite memberikan masa kite kpd Allah, nescaya Allah akan memberikan pulangan masa yg terbaik buat kita. sampai bile kite akan terus berdalih2 dgn alasan2 keduniaan.? Ikhwah, jgnlah merasa lemah (futur) pada jalan ini. Barangkali engkau merasa kehadiranmu pada jalan ini tidak memberikan kesan pun pada perkembangan maratib amal. Ingatlah, tarbiyah itu jalannya panjang, lambat dan sukar.. Disitulah mujahadah kite diuji. Acap kali kite melepasi satu cabaran, sebenarnya  kite menjadi org yg lagi hebat dari sebelumnya. Acap kali kite bersama bercerita ttg kebesaranNya, sebenarnya kite semakin kuat. Bahkan kehadiran kitelah yg bakal memperbesarkan jemaah ini.


Ikhwah, kita masing2 punyai cita2. sedar atau tidak, kite nak islam ni dijulang kembali. Tp sampai bile hati kite akan membatu utk menerima hidayah utk bergerak.?


Moga Allah sentiasa memilih hati kite utk sentiasa ikhlas..

Monday, March 12, 2012

Tajarrud

Apakah itu tajarrud??

dari segi bahasa, tajarud boleh dibawa erti:
1) mengosongkan= mengosongkan jiwa dari segala bentuk keagungan selain Allah
2) menyucikan= mensucikan hati dari segala bentuk perhambaan selain Allah
3) menanggalkan= menanggalkan apa yg ada dari hati & akal selain kebenaran
4) melepaskan= melepaskan segala bentuk sembahan selain Allam

dari segi syar'ie:
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”

Jadi secara umumnya, Tajarud adalah :
“Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan”.

Kehidupan seorang mukmin seperti pendaki bukit. Jika disaratkan begnya dengan prkara2 yg sia2, maka perjalanan mendaki bukit itu akan terencat dan paling menakutkan, pendaki akan tergolek kebawah. Justeru kite perlu sentiasa berhati2 dgn apa yg kite bawa dalam kehidupan ini.

Utk membuang/melepaskan perkara2 batil, amatlah payah krn perkara2 batil inilah yg sentiasa "menenteramkan" jiwa.. Justeru, perlukan "tarbiyah". Proses yg melatih diri utk membersihkan diri dari segala bentuk kebatilan, serta letih diri utk hidup dgn tajarud dgn risalahNya dan membentuk semangat dan kesediaan berkorban di jalanNya.

dalil:
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)

Peng"ilah"an kite kpd Allah, memerlukan proses tajarud. Selagi kite tidak mentajarudkan diri, beerti ilah kite kpd Allah masih belum sempurna. Tajarud yg sempurna adalah tajarud yg bersandarkan pd Al-quran dan Sunnah.

Dalam gerakan dakwah:
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih beralasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih bermalas-malasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih gagal mengenal hakikat sebuah keimanan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, gerakan dakwah semakin slow.

Moga Allah pelihara hati kita semua..

rujukan lanjut: http://dakwah.info/bekal-dakwah/mengkhususkan-diri-untuk-allah/

Tuesday, January 10, 2012

siape lagi kuat..

" Maka adapun kaum 'Ad, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa mengendahkan kebenaran dan mereka berkata, "siapakah  lebih hebat kekuatannya dari kami?" Tidakkah mereka memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yg menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatanNya dari mereka. Dan mereka telah mengingkari tanda2 (kebesaran) Kami" (41:15)

Pada ayat ini, Allah menemplak golongan2 yg derhaka yg sentiasa tunjuk hebat. Sedangkan manusia itu terlalulah kerdil berbanding kekuasaan Allah. Disebabkan sifat manusia yg sentiase kufur akan nikmatNya, manusia sentiase terlupa siapakah yg memberi nikmat tersebut kpd mereka? Kealpaan manusia membawa mereka terhuyung-hayang dgn nikmt yg diperolehnya. Manusia itu keliru!

Melalui ayat ini, Allah memberi peringatan kpd kite, supaya tidak lupe akan asal usul diri kite yg diciptakan olehNya. Dengan mengenali Hakikat Penciptaan Manusia ini, manusia iA akan sedar diri dan merendah diri dgn kekuasaan Allah.

Sesungguhnya Allah sumber kekuatan diri kita..

Ayuh bermujahadah.. =)