Apakah itu tajarrud??
dari segi bahasa, tajarud boleh dibawa erti:
1) mengosongkan= mengosongkan jiwa dari segala bentuk keagungan selain Allah
2) menyucikan= mensucikan hati dari segala bentuk perhambaan selain Allah
3) menanggalkan= menanggalkan apa yg ada dari hati & akal selain kebenaran
4) melepaskan= melepaskan segala bentuk sembahan selain Allam
dari segi syar'ie:
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”
Jadi secara umumnya, Tajarud adalah :
“Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan”.
Kehidupan seorang mukmin seperti pendaki bukit. Jika disaratkan begnya dengan prkara2 yg sia2, maka perjalanan mendaki bukit itu akan terencat dan paling menakutkan, pendaki akan tergolek kebawah. Justeru kite perlu sentiasa berhati2 dgn apa yg kite bawa dalam kehidupan ini.
Utk membuang/melepaskan perkara2 batil, amatlah payah krn perkara2 batil inilah yg sentiasa "menenteramkan" jiwa.. Justeru, perlukan "tarbiyah". Proses yg melatih diri utk membersihkan diri dari segala bentuk kebatilan, serta letih diri utk hidup dgn tajarud dgn risalahNya dan membentuk semangat dan kesediaan berkorban di jalanNya.
dalil:
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)
Peng"ilah"an kite kpd Allah, memerlukan proses tajarud. Selagi kite tidak mentajarudkan diri, beerti ilah kite kpd Allah masih belum sempurna. Tajarud yg sempurna adalah tajarud yg bersandarkan pd Al-quran dan Sunnah.
Dalam gerakan dakwah:
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih beralasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih bermalas-malasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih gagal mengenal hakikat sebuah keimanan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, gerakan dakwah semakin slow.
Moga Allah pelihara hati kita semua..
rujukan lanjut: http://dakwah.info/bekal-dakwah/mengkhususkan-diri-untuk-allah/
No comments:
Post a Comment