Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan kpd aku untuk terus menulis, walaupun kian tenggelam timbul dalam bidang penulisan ini. Sudah lama rasanya tidak menulis--> mungkin dek kerana disibukkan dgn hal2 lain, or barang kali "perkara2 kecil" yang menyibukkan aku.
Tatkala sdg menulis ini, saat ini aku telah berada di bumi Malaysia. Alhamdulillah sudah 4 hari menghirup udara segar Malaysia ini. Baik @ buruk pun tempat ini, ttp inilah tanah bumi tercintaku. Sedar atau tidak, sudah bermula rupanya tempoh masa "cuti sekolah".. Secara tidak langsung, masa lapang sudah mula memenuhi lingkup kehidupan kita. Sekali pun kite beralasan itu dan ini, kesimpulannya masa lapang itu sedang mengejar kita
Hakikat ini perlu sekali diFAHAMI oleh golongan muda. Atas dasar apa? Kerana golongan muda ini mudah terdorong utk "melepak2" juga "berfoya2" utk menghabiskan masa mereka. Setuju @ tidak, ttp itulah hakikatnya. huhu (nasihat utk diri sendiri juga). Inilah yg dikatakan sebagai futur. Futur => saat apabila kite lemah semangat (utk mengerjakan kebaikan- bermakna kite sedang lari jauh dari Allah). Paling chrinoc apabila syaitan mengiasi futur ini, sehingga kita lalai dgn urusan akhirat. Berlebihan-lebihan dalam urusan dunia juga adalah satu asbab dari futur. Maka berpada-padalah pada setiap urusan kita. Setiap usuran ada haknya, laksanakanlah sebaik2nya.
Jgn lah sesekali berfikir utk berehat kerana itu bukanlah ciri2 individu muslim yg ingin dibina. ttp, bukan bermakna kite x boleh berehat seketika "utk mengumpul tenaga utk terus bekerja".. Allah swt mengungkapkan dalam surah asy-syarh 94:7 yang bermaksud, " maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan, bangkitlah untuk terus bekerja (untuk urusan yang lain pula)"
Melalui ayat diatas, jelas kite digesa utk tidak berhenti utk bekerja. Bekerja utk ape? Bekerja utk mengembalikan islam as WORLD ORDER.. Selagi mana niat kita adalah niat kpd itu lillahi taala, iA setiap masa yg kita luangkan itu menjadi manfaat as ibadah.
Makanya, hendaklah kite sentiase menyusun masa kite sebaik mungkin supaya kita tidak menzalimi nikmat masa yg diberikan oleh Allah itu. Sebelum menutup coretan ini dengan satu hadith dari Rosulullah,
“Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.”
[Hadis riwayat Bukhari]
~Selamat bercuti semua~
Waktu adalah SESUATU,
Yang engkau berada di dalam sesuatu tersebut.
Apabila engkau berada di dunia,
waktumu DUNIA.
Apabila engkau berada di akhirat,
maka waktumu AKHIRAT.
Apabila engkau berada dalam kebahagiaan,
waktumu KEBAHAGIAAN.
Dan apabila kamu berada dalam kesedihan, waktumu KESEDIHAN.
(Imam Ibnu Qayyim).
No comments:
Post a Comment