Sunday, February 13, 2011

Pencemaran Cinta


"I Love U"

Istilah Love @ Cinta adalah perkataan yg tidak asing bagi manusia kerana perasaan cinta merupakan fitrah bagi setiap insan. Persoalan yg ingin ditimbulkan, sejauh mane manusia mampu mengamalkan konsep Cinta dalam erti kata yg sebenarnya? Adakah cinta mengikut perspektif pemikiran kita sekarang ini adalah konsep cinta yg hakiki yg memenuhi piawaian @ peraturan @ regulation yg dinyatakan oleh Allah dan rosulnya (al-quran dan As-sunnah)?

**Maka berhati-hatilah wahai as-syabab supaya cinta yg antum fikirkan dan laksanakan itu tidak menjadi fitnah buat antum apabila berhadapan dengan hari penentuanNya..

Valentine Day
Sedar atau tidak esok merupakan 14 februari. Tarikh keramat ini sering diagung2kan oleh manusia sebagai hari kekasih, hari utk berkasih sayang. Berkasih sayang itu tidak salah, cume kemana kite menghalakan kasih sayang itulah yg perlu ditelitikan..

Valentine day seakan2 sudah menjadi satu perayaan yg ruji, kebiasaan bagi rakyat malaysia khususnya dan masyarakat dunia umumnya. Pada waktu itu kedai yg menjual bunga dan choclate akan laku abes penjualannya. Namun, adakah perayaan ini dibenarkan menurut perspektif islam?

Jom kaji sejarah
Berikut merupakan beberape versi yg mengisahkan asal usul Valentine day:\
1. Versi pertama adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II yg dibunuh kerana menentang perintah Raja Romawi. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine kerana melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani.
2. Versi Kedua menceritakan bahawa Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah surat yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.”
3. Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan: “Dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu surat ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “dengan nama tuhan Ibu” dengan kalimat “dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.”
Perspektif Islam
Berdasaekan sejarah, perayaan Valentine Day, kita dapat lihat bahawa perayaan ini bukannya datang dari islam. Justeru, patutkah kite sebagai seorang muslim merayakannya?
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (3:85)
Cinta Dia vs Cinta dia
Cinta merupakan satu kalimat indah yg merubah duka jadi suka, sedih jadi gembira. Cinta menjadikan hati lebih tenang, kekusutan berubah menjadi kelegaan.

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rata-rata manusia selalu mendahului cinta kepada si dia melebihi cinta kepada si Dia. Apabila perkara ini berlaku, maka konsep cinta dalam erti kata yg sebenar telah dirosakkan. This is the basic rule. Maka, kejarlah cinta hakiki bukan cinta duniawi. 
Hari ini kite melihat konsep cinta telah dimurahkan dan dikotorkan oleh budaya luar yg diterbitkan dari bisikan hawa nafsu. Perkara ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat dan budaya ini telah diwarisi dari satu zaman ke satu zaman sehingga pada masa kini, budaya ini telah menjadi adat dlm masyarakt. Anak2 muda terutamanya sudah melupakan dosa kerana bagi mereka perkara itu adalah biase. Dalam erti kata lain, anak2 muda ini adalah mangsa keadaan kesan daripada jahiliah yg diwarisi dari generasi terdahulu. Penjahiliyahan yg berlaku ini, bukan kerana mereka tidak mahu utk membuang jahiliyah itu, ttp kerana kesukaran utk membuang jahiliyah itu, lantaran sifat jahiliyah yg telah sebati dalam kehidupan mereka yg diwarisi dari satu zaman ke satu zaman. Juzteru, utk ke arah merelisasikan kembali sistem khalifah, fenomena ini perlu di sekat dan dihentikan. Tidak hairanlah umat islam masih lagi tidak mampu memegang tampuk pemerintahan dunia lantaran sifat2 umat islam yg sebenar masih lagi tersembunyi dan tidak disedari oleh orang islam. ~singa yg dikijangkan perlu disedarkan taringnya!~
Cinta yg asalnya murni kini, acap kali dikaitkan dengan kepuasan jasad semata2. Anak muda kini ramai yg memperalatkan nafsu atas nama cinta. Ingatlah, cinta yg dibina atas dasar kecantikan, maka cinta itu akan luput bila kecantikan itu pudar. Cinta yg dibina atas dasar kekayaan, cinta itu akan hilang bile kemiskinan. Maka, binalah cinta atas dasar agama, juteru cinta itu akan kekal hingga kesyurga. Berkasih sayang tidak bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
Renungkanlah! Hubungan bebas itu cinta? berdua-duaan ditempat sunyi dan bersentuhan sebelum halal itu cinta? Adakah itu dinamakan cinta walhal perkara tersebut hanya menempah tiket ke neraka..
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(17: ayat: 32).
Doaku
Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.
Kesimpulan
Jelas disini bahawa perayaan ini tidak boleh sama sekali dirayakan oleh umat islam. Tiada haq walaupun sebesar zahrah sekalipun kpd seseorang muslim utk merayakannya.
Kejarlah cinta Dia, krn dengan cinta Dia sahaja akan membawa kite ke syurga.
Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak. [Sahih Muslim – no: 2675]

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

2 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Marilah kita utamakan cinta kepada DIA . Dan jgn cemari cinta itu.

Unknown said...

uhibbullah =)