Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul, Baginda telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Makkah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda, yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda dan pengikut-pengikutnya. Di antara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda SAW termasuklah Abu Talib, bapa saudara Baginda sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
Berikutan kematian Abu Talib, pihak Quraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda SAW. Pada tahun yg same juga, isteri Baginda Saidatina Khadijah juga telah meninggalkan alam dunia. Baginda begitu sedih. Dan bulan itu dikenali sebagai bulan kesedihan @ dukacita. Disebabkan ancaman dari musyrikin, Baginda mengambil keputusan utk berhujrah ke Taif. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq, suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad SAW berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mengajak kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Quraish. Baginda juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda.
Sebaik-baik sahaja Rasulullah SAW tiba di sana, Baginda telah mengunjungi tiga orang pemimpin Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah SWT. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah SWT, bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda SAW kepada mereka. Baginda telah dilayani secara kasar dan biadap. Kekasaran mereka amat bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati tetamu yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda SAW tinggal di tempat mereka. Rasulullah SAW berharap yang kedatangan Baginda akan disambut dengan baik. Sebaliknya Baginda telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
Berikutan kematian Abu Talib, pihak Quraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda SAW. Pada tahun yg same juga, isteri Baginda Saidatina Khadijah juga telah meninggalkan alam dunia. Baginda begitu sedih. Dan bulan itu dikenali sebagai bulan kesedihan @ dukacita. Disebabkan ancaman dari musyrikin, Baginda mengambil keputusan utk berhujrah ke Taif. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq, suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad SAW berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mengajak kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Quraish. Baginda juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda.
Sebaik-baik sahaja Rasulullah SAW tiba di sana, Baginda telah mengunjungi tiga orang pemimpin Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah SWT. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah SWT, bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda SAW kepada mereka. Baginda telah dilayani secara kasar dan biadap. Kekasaran mereka amat bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati tetamu yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda SAW tinggal di tempat mereka. Rasulullah SAW berharap yang kedatangan Baginda akan disambut dengan baik. Sebaliknya Baginda telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris di sepanjang jalan keluar ke Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang menyahut seruan dakwahnya.
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنترب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بكغضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرضوأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبىحتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك
“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”
Apabila Nabi saw dipulau oleh masyarakat di Taif, dalam keadaan hendak melarikan diri daripada dibaling batu, Baginda telah menghampiri dua buah kebun yang merupakan kebun Utbah Bin Rabiah dan Syaibah Bin Rabiah. Utbah dan Syaibah walaupun mereka ini merupakan musuh ketat kaum muslimin tetapi apabila melihat Nabi saw dalam keadaan luka yang teruk, simpati mereka terkesan sehingga menyelubungi jiwa mereka. Diberikan pelindungan tempat berteduh dan makanan merupa buah anggur. Sezalim mana pun musuh pasti ada sekecil simpati terhadap insan lain apabila terdapat kesusahan pada diri seseorang itu.
Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabi’ah enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca ‘Bismillah!’ Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.
‘Siapa namamu?’ tanya Nabi SAW ‘Addas!’ ‘Dari mana engkau?’ tanya beliau lagi. ‘Dari negeri Niniva!’ jawab Addas. ‘Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!’ Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. ‘Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!’ Addas keheranan. ‘Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,’ jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.
Ibrah
1) Melalui peristiwa ini kite dapat lihat betapa tabahnya hati Baginda dalam melaksanakan tugas sebagai utusan Allah utk memberitahu manusia perkara yg haq. Kecekalan dan kemahuan Baginda tidak pernah luntur dari hati sanubari sehingga akhirnya agama islam tersebar luas hingga hari ini. Dan dengan aura bagindalah kite memiliki islam yg kite anuti hari ini. Juzteru, kite sebagai daie tidak boleh menyerah kalah, berputus asa dalam melaksanakan dakwah walaupun kite akan dihina, dicerca dan ditomah. iA, Allah akan memberikan kite hadiah yg terbaik kelak.
2) Sebagai daie juga kite perlu berhikmah dalam berdakwah. Dalam kepayahan dan kesakitan sewaktu di kebun anggur tersebut, Rosulullah masih lagi mengambil kesempatan utk berdakwah kepada Addas dengan penuh hikmah. Baginda mendahului name Yunus bin Matta berbanding diri Baginda utk meyakinkan Addas. Lantas, bibit keyakinan terus tersemat di hati Addas terhadap Nabi.
3) Sokongan ahli keluarga dan sabahat handai juga penting dalam menjalankan dakwah secara efficient. Selepas kematian Khadijah dan Abu Talib, ancaman kepada baginda semakin menumcak daripada sebelumnya. Sewaktu berhadapan dengan masyarakat Taif, baginda masih lagi disokong oleh Zaid bin Harithah untuk berhadapan dengan kekejaman org2 di Taif. Justeru, para daie hendaklah sentiasa menyokong antara satu sama lain utk melengkapi segala yg kurang supaya tidak diancam oleh musuh. Rosulullah pernah bersabda, Orang mukmin sesama mukmin itu umpama sebuah bangunan atau binaan yang saling kuat menguatkan. Jadi kuat memperkuatkanlah antara kite yerk.
4) Kunci utama utk berdakwah adalah bersabar. Untuk memancing hati2 manusia bukan satu kerja yg mudah. Justeru, hendaklah kite sentiasa berdoa kpd Allah agar dibuka pintu hati pada mad’u utk menerima hidayah Allah. Tugas daie hanyalah utk menyampaikan perkara yg haq. Selebihnya kite pulangkan kepada Allah. Jadi, janganlah bersedih dan putus asa sekiranya apa yg kite dakwahkan itu menemui jalan kegagalan.
No comments:
Post a Comment