Tuesday, February 15, 2011

Rosulullah-Qudwah Hasanah



“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat qudwah hasanah (contoh ikutan) yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa 
susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)




Kehidupan dibumi Russia sunguh mencabar. Hampir tidak sedar esok dalam kalender Hijriah merupakan 12 Rabiulawal. Maklumlah hidup kt oversealah katakan. Syukran kepada kawan2 yg mengingatkan. Ada ape dengan 12 Rabiulawal? Rata2 dari kite mungkin sudah mengetahui. Maklumlah, dulu kecik2 rajin menghafal lagu nasyid, "Junjungan Mulia"-Al-Mizan. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan tarikh keramat bagi umat islam dimana pada ketika itu, junjungan besar kite, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.


Justeru tidak hairanlah, umat islam di Malaysia khususnya membuat persiapan rapi utk menyambur Maulidur Rasul. Teringat lagi saat muda2 dahulu, kami membuat perarakan sambil melaungkan salawat kepada Nabi. Maka ketika ini, selain perarakan, banyak jugalah marhaban dan ceramah disampaikan.

Ini Sunnah or Bid'ah
 Perkara ini sering  dijadikan polemik dalam masyarakat kerana Rosulullah tidak pernah meminta utk diraikan tarikh lahirnya. Tidak pula dilaksanakan pada zaman sahabat dan zaman salafussoleh. Tetapi dilaksanakan pada zaman sekarang. Sehingga ada sesetengah pihak menyatakan ini perupakan bid'ah hasanah. Sesetengah pihak yg tidak menyetujuinya pula menyatakan ini sambutan ini adalah satu bid'ah

Namun bagi pendapat saya, tarikh ini prlu dimanfaatkan sepenuhnya dan ini merupakan peluang keemasan yg tidak patut dilepaskan. Maulid bukan bermaksud kite mengingati kelahiran Rosulullah semata-mata, tetapi utk mengenang perjuanangan Rosulullah yg pahit getir pada satu ketika dahulu dalam menyebarkan agama islam supaya perjuangan Baginda akan sentiasa dikenang. Seterusnya mencetuskan semangat utk terus menyambung tugas Baginda yg kini diletakkan dibahu kite.

" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rosul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (2:143)

Tambahan, masa kini kite terlalu dengan urusan duniawi, sehingga kite kadang2 kite terlupe utk warning diri kite mengikuti sunnahnya supaya kite tidak tersesat dalam melaksanakan tugasan dalam kehidupan kite. Seterusnya memperingati diri kite tidak lalai dalam melaksanakan tugas dakwah.

"Aku tinggalkan dua bekal yang berharga (tsaqalain). Pertama adalah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Laksanakanlah Kitabullah itu dan berpegang teguhlah kepadanya. (Dan berpegang pula) pada sunahku" (HR Bukhari)


Kita patut berterima kasih kepada Baginda, kerana dengan auraNyalah kite dapat merasa islam yg sekarung kite anuti. Islam-satu-satunya agama yg Allah redhoi yg iA, membawa kite ke dalam syurga. Berterima kasih juga, kepada para sahabat, tabi', tabi'in, serta mereka2 yg berada di sof berjalanan Rosulullah. Baton perjuangan tidak pernah berhenti, dan kini kitalah yg memegang baton itu utk meneruskan pecutan perjuangan Baginda. 


Bagaimana nak mencintai Rosulullah?
Cukupkah dengan menyayangi Rosulullah menunjukkan kecintaan kite terhadapNya? Jikalau benar, jadilah kite seperti Abu Talib, pak cik Nabi yg begitu menyayangi Nabi sehingga sanggup utk membela nabi tatkala masyarakat mekah membencinya. Mengikut sejarah, Abu Talib masih menyebelahi Nabi biarpun berlaku pemulauan yg begitu hebat terhadap nabi dan pengikutnya pada ketika itu. Namun akhirnya, Abu Talib tetap dimasukkan kedalam neraka. Sebab ape? huhu


Cukupkah dengan mengikuti perintah Rosulullah menunjukkan kecintaan kite terhadapNya? Jikalau begitu, jadilah kite seperti Abdullah bin Ubai- ketua munafiq yg hidup pada zaman Rosulullah. Munafiq adalah golongan yg bermuka dua. Abdulllah bin Ubai mengikuti mengikuti perintah Rosulullah ttp atas dasar utk kepentingan diri (utk keselamatan diri dan darjatnya). Namun di belakang Rosulullah, dia tetap mengkritik dan mencela Rosulullah. Akhirnya dia juga dimasukkan kedalam neraka. Kenapa? huhu


Oleh itu, dalam usaha mencintai Rosulullah, perasaan cinta dan mengamalkan sunnahnya adalah elemen penting utk menunjukkan rase cinta kite kpdNya. Hilang salah satu elemen, maka kite sebenarnya masih gagal dalam mewujudkan cinta kepadaNya.


Maka, renung-renungkanlah!. Sudah sempurnakah cinta kite terhadapNya. Mampukah air mata kite mengalir utkNya?~


"Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Nabi), maka Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" (3:31)


Jom bersolawat
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat bershalawat kepada Nabi . Wahai orang-orang beriman, bershalawatlah kepadanya dan ucapkanlah salam"




**Jadikahlah Rosulullah sbg role model hidup...


2 comments:

atikullah ismail™ said...

satu pringtan yg sgguh bermkna..=)

Sambal Belacan Sedap said...

peringatan utk diri sendiri terutamanya.. =) yg menulis ni lemah org nya..