Meneliti sejarah kebangkitan dan pembangunan sesuatu negara, tidak dapat dinafikan ianya bermula dengan hamasah as-syabab (semangat pemuda). Pemuda memainkan peranan dalam mencetus kepada apa2 perubahan. Jadi perubahan yg berlaku itu adalah bergantung kepada modal insan kelompok pemuda tersebut. Jika jahiliah mendasari modal insan pemuda tersebut, maka revolusi kepada jahiliah akan berlaku. Jika nilai2 islam menjadi asa kepada modal insan pemuda tersebut, maka revolusi kepada biah islami akan berlaku.
“Manusia ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilihnya mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.”
Role Model
Kita selalu mendengar kisah Umar Al-khatab dan Khalid Al-Walid. Insan yg begitu hebat dalam sejarah kebangkitan umat islam. Ada satu kisah dimana satu ketika Khalid Al-walid pernah menbanting Umar Al-khatab sewaktu bergusti sehingga menyebabkan kaki Umar tercedera. Pada ketika itu umur Khalid Al-walid berusia 10 tahun dan umur Umar juga tidak jauh bezanya dengan Khalid.
Lihat, sejak kecil lagi mereka telah dididik menjadi seorang ar-rijal. Kekuatan fizikal dan kemahiran dalam pengendalian perang menjadi permainan mereka pada usia itu. Mereka adalah role model terbaik mempunyai hamasah as-syabab yg sepatutnya ada pada pemuda pada masa kini. Islam bukan mengutamakan kekuatan dan keganasan, ttp kekuatan dan keganasan tu diperlukan dalam usaha menegakkan perkara yg haq.
Sejarah Nusantara
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
Role Model
Kita selalu mendengar kisah Umar Al-khatab dan Khalid Al-Walid. Insan yg begitu hebat dalam sejarah kebangkitan umat islam. Ada satu kisah dimana satu ketika Khalid Al-walid pernah menbanting Umar Al-khatab sewaktu bergusti sehingga menyebabkan kaki Umar tercedera. Pada ketika itu umur Khalid Al-walid berusia 10 tahun dan umur Umar juga tidak jauh bezanya dengan Khalid.
Lihat, sejak kecil lagi mereka telah dididik menjadi seorang ar-rijal. Kekuatan fizikal dan kemahiran dalam pengendalian perang menjadi permainan mereka pada usia itu. Mereka adalah role model terbaik mempunyai hamasah as-syabab yg sepatutnya ada pada pemuda pada masa kini. Islam bukan mengutamakan kekuatan dan keganasan, ttp kekuatan dan keganasan tu diperlukan dalam usaha menegakkan perkara yg haq.
Sejarah Nusantara
- Dalam sejarah bangsa, pemuda sentiasa mengambil peranan sebagai agen perubah. Pada era penjajahan, generasi muda dari pelbagai daerah di Nusantara telah menyemai bibit persatuan dan kesatuan dalam bingkai “Sumpah Pemuda” (1928 – Indonesia). Para pemuda tampil sebagai generasi pembebas dan menolak penjajahan pada era kemerdekaan.
- Nama-nama seperti Syeikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah para pemuda yang telah mempelopori gerakan pembebasan dan pencerahan minda umat Islam di rantau Melayu. Maka lahirlah tulisan-tulisan mereka di akhbar dan majalah yang terkenal seperti al-Imam, Neracha dan Pengasuh sebagai agenda reformasi dan transformasi minda. Mereka menyaran idea-idea pembaharuan, menyematkan sikap anti-kolonial, menyemai bibit-bibit patriotisme, mengkritik raja dan pemerintah yang gagal memajukan dan mengangkat harakat bangsa sendiri
Kaitan Hamasah as-syabab dan Hikmah as-Syuyukh
Hamasah as-syabab= merujuk kepada individu yg jiwanya sentiasa muda. Kenapa Muda? Krn insan yg berjiwa muda akan sentiasa bersemangat dalam perjuangan. Pemuda harus dimanfaatkan semaksimumnya kerana mempunyai kekuatan dan tenaga yg cukup melebihi golongan yg tua.
Hikmah as-Syuyukh= merujuk kepada individu yg mempunyai pengalaman yg bayak dan rasional dalam membuat keputusan. Golongan yg tua amat penting kepada golongan yg muda dalam pencetusan idea yg bernas serta releven kerana golongan ini telah "makan garam" terlebih dahulu.
As-syabab dan As-syuyukh perlu disatukan dalam menghasilkan sinergi sekali gus mewujudkan satu tenaga yg mantap ke arah dalam mewujudkan perubahan.
Pemuda harus memiliki hamasah. Dan dengan hamasah para pemuda, harakah (gerakan) menjadi lebih berani dan lebih anjakan paradigma. Namun harakah juga memerlukan kunci kedua. Justeru, kita amat memerlukan hikmatusy syuyukh, kebijaksanaan kaum tua utk memastikan anjakan yg dilakukan adalah muntij.
Peristiwa dibumi Andalusia
Sewaktu islam menguasai Bumi Andalus, Raja France telah menghantar perisik utk memerhati kekuatan bumi Andalus. Kemudian dia bertemu dengan seorang remaja yg sedang menangis. Lalu ditanyakan asbab remaja itu menangis. lalu dijawab oleh remaja tersebut bahawa dia tidak dibenarkan oleh ibunya utk menyertai jihad kerana masih tidak menghafal Al-quran.
30 tahun selepas peristiwa itu. Raja France menghantar kemballi perisik. Dilihat kembali seorang remaja menagis. Kali ini sebabnya berbeza kerana ibunya tidak membelikannya seorag pelacur. Lantaran peristiwa itu, Raja France mengumumkan perang terhadap bumi Andalusia..
Lihatlah, kafirun juga tahu dimana kelemahan umat islam. Dan dalam peristiwa diatas, remaja dijadikan subjek utama. Lemah asas aqidah kelompok remaja, maka lemahlah pertahanan sesebuah negara islam.
Teringat kata Umar Al-khatab sewaktu pembukaan baitul maqdis. "kami adalah kaum yg dikuatkan oleh Allah kerana islam. Seandainya kami mencari kekuatan selain dari islam, necaya Allah akan menghinakan kami dan membiarkan kami dengan kekuatan kami".
**Maka sedarlah wahai para pemuda.. Dunia memerlukan kite.. Usahlah kite terlena dengan dakyah2 kafirun.. Jadilaj seperti pemuda Al-kahfi yg diceritakan dalam al-quran yg berusaha utk mencari kebenaran..
4 comments:
Alhamdulillah.Teruskan bersemangat ikhwah ikhwah niznhi :)
biiznillah.. moga Allah kurniakan kekuatan!
Kalau berpeluang boleh la baca buku Aku Hamasah As-Syabab oleh Afiq Sazlan..Buku yang sangat menarik untuk membuka mata anak2 muda sekarang yang majoritynya dah terlalu lama tidur dan terlalu selesa dalam comfort zone masing2.
Tabarakallah
Post a Comment