Aku termenung panjang melayan perasaan,
Saat ini, hatiku ingin berbicara,
Dalam kepayahan, dia menyatakan duka,
Katanya sedang dilanda keperitan dalam kepiluan,
“Aduh!”- Rintihan hati yg membawa iman.
Saat ini, mataku terkedu,
Kerdipan kelopak mata, tidak langsung kelihatan,
Jasad menjadi statik,
Tatakala dipertontonkan wajah dunia yg semakin hilang fitrahnya,
Kerosakan jelas terpampang dimana-mana.
Berpunca dari kerakusan manusia,
Hampir hancur segala-galanya,
Dimanakah silapnya?
Inikah akibatnya apabila dunia kiblatnya ke barat?
Babak-babak drama sengaja direka-reka, berepisod-episod lamanya,
Membawa agenda ‘keadilan’ kononnya,
Si kafirun durjanalah menjadi pengarahnya,
Jelas lagi bersuluh kedustaan yg dibawa,
Namun hairan, penonton tetap meng’ia’kannya,
Sang penonton! Sudah hilangkah pedomanmu? Sudah kelirukah pertimbanganmu?
Wahai org yg beriman! Kamu mmg bodoh!
Lupakah kamu akan peringatan dari tuhanmu,
Namun mengapa masih si kafirun menjadi teman setiamu?
Mengapa masih menjadikan mereka amir mu?
Tidak sedarkah kamu yg mereka tidak akan berhenti menghancurkanmu,
Tidak sedarkah kamu, yg mereka tidak akan puas,
Selagi mana masih ada walau secebis jasad insan yg beriman dibumi.
Hari ini islam begitu asing skali,
Umatnya ditindas dan dipijak-pijak,
Kerana sedikitkah bilangan mereka, lantas mereka menjadi lemah?
Tidak! Tetepi mereka sekadar buih2 diwaktu banjir,
Gara2 penyakit ‘wahan’, punah iman didada,
Teruk! Tak tertaksir mereka yg rebah,
Lantaran khayalan yg keterlaluan,
Akhirat dilupai, dunia pula yg dikejar.
Sedih! Bile isu ummah tidak diambil peduli,
Teman2 seaqidah diseberang sana menderita,
Kita disini mengilai ketawa,
Sudah hilangkah nikmat ‘ukuwah fillah’ yang diberi?
“Palestin”- isu basi.
Ingin sekali aku bangkit,
Ingin sekali aku ketuk pintu hati manusia,
Supaya buka mata hati,
Melihat dunia yg sebenarnya,
“Palestin”-bumi berkat.
Bumi ini bumi berkat.dulu, sekarang dan kemudian.
Cuma kini.
Nun di selatan sempadan rafah rapat tertutup.ketat!
Menapak ke tebing barat terhalang dek tembok bangsa terlaknat.
Timur di balik Jordan bukit meninggi ke langit.
Hingga tiada lubang lagi dari langit, darat, dan air.
Gaza terkongkong di tanah sendiri.
Di luar tembok yang melangit tinggi itu.
pemimpin dunia hebah menyingga,
Melaungkan keamanan untuk bumi ini.
Memberi janji-janji yang buntu hakikatnya,
Diskusi-diskusi yang hanya mati di atas kertas,
dan sudah 60 tahun bumi ini terus dibiar begini.
Hanya menjadi puntung api yang dihumban dan dipijak.
Yang meniti bibir-bibir yang penuh dgn lendir
Dan kini.di balik tembok itu.
Masih terpacak batang-batang tubuh jitu.
Membedil balas peluru tanpa henti,
Biarpun kedaifan, biarpun kekurangan,
Kerana bagi mereka hanya 2 pilihan,
Sama ada menang atau mati syahid.
Sang pejuang! Martabatmu tinggi,
Bagimu syurga yg menanti,
Sedangkan aku,masih tidak menentu. Keliru!
Aku cemburu terhadapmu,
Sang pejuang! Mampukah aku merebut syuga dengamu,
Sedangkan engkau mempunyai alasan di depan tuhan,
Sedangkan aku masih tidak jelas dengan perjuanganku,
Saat aku menyemai benih kemanisan iman dihati manusia,
Aku sendiri terlupa, aku masih terleka,
Sudah berkurun2 rupanya benihku sendiri masih lagi tandus,
Tanpa terlihat sebarang kesuburan,
Perjuangan inikah yg akan aku persembahkan nanti dihadapan tuhan?
Bumi berkat,
Engkau adalah percikan api permulaan,
Bakal menghagat baraan obor kegemilangan islam,
Engkaulah sang gemerlapan.
2 comments:
Ayuh bsngkit semula!
mulakan kebangkitan dgn pentarbiyahan.. allahuakbar!
Post a Comment