Jika dikatakan siapa pemuda yg penuh hamasah. Maka, akan aku katakan pemuda itu adalah AKU!
Mentari spring akhirnya memunculkan dirinya jua. Inilah waktu yg aku sangat ternanti-nantikan. Namun, bumi Nizhny masih lagi sayu dengan lopak2 air dijalanan. Bagai menggambarkan perasaan aku saat ini yg masih lagi sayu dengan lopakan air tangisan yg membasahi hati. Sayu hati ini bile teringatkan umat islam kini. Sayu memikirkan pemuda islam yg masih dilemma dengan maksiat didepan mata. Gagalkah aku dalam mendidik mad'u2 ku... Ketahuilah dunia berteriak memerlukanmu...
Syarat kejayaan sesuatu fikrah
Secara general, ada 4 syarat utama yg menjamin berjayanya sesuatu fikrah apabila adanya keyakinan yg lahir dari hati yg cerdik, keikhlasan yg lahir dari sanubari yg bersih, semangat yg berkobar-kobar yg lahir dari perasaan yg segar, serta kesediaan utk bertindak yg lahir dari keazaman yg gagah dan tabah. Ketahuilah keempat2 sifat ini hanya dimiliki oleh golongan pemuda. Tidak hairan, barisan pemuda sejak dahulu hingga sekarang tetap menjadi tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Ya, mereka adalah agen perubah yg menjadi barisan penjulang panji2 bagi sesuatu fikrah perjuangan. Jadi, tidak semestinya seseorang yg berumur 21-45 tahun boleh dipanggil pemuda. Boleh jadi mereka yg berumur lebih dari 45 tahun itu adalah pemuda.
Perlu jelas FIKRAH kita
Justeru utk pemuda islam perlu jelas terlebih dahulu fikrah yg ingin diperjuangkan. Risalah yg perlu dipegang adalah risalah islam yg perlu dilaksanakan melalui method dakwah melalui rujukan Al-quran dan As-sunnah. Dengan jelasnya matlamat, iA perjuangan dakwah yg dilaksanakan adalah pada manhaj yg benar. Tp, dakwah yg dilaksanakan perlu bersifat haraki- iaitu perlu wujud satu kelompok manusia yg mempunyai fikrah yg same seterusnya bekerja utk merealisasikan fikrah tersebut. Justeru dakwah islami menuntut jam'ie bukan berseorangan.
Fikrah sifatnya merubah. Cube kite lihat Umar Al-khatab. Sebelum beliau memehami fikrah islam, beliau lebih @ hanya berfikir akan kepentingan dan kesenangan hidupnya semata2. Namun, selepas fikrah islam menusuk dalam hatinya keseluruhan hidupnya berubah lantaran berubahnya pemikirannya tentang dunia. Beliau lebih banyak memikirkan masalah umat melebihi dirinya sendiri. Merubah hidupnya dari senang-lenang kepada susah payah utk menyebarkan risalah tersebut. Selagi mana ada manusia yg tidak beriman, selagi itu beliau terus bekerja. Tiada lagi istilah rehat, kerana baginya kerja yang perlu dilakukan melebihi waktu yg ada.
Dakwah pada kurun 15 hijrah
Pada ketika ini, sekularism telah berlaku, dimana pemisahan antara agama dalam kehidupan sudah tidak dpt dibendung. Sinar islam sudah mula pudar. Dunia ketika ini ternanti2 bile akan disinari kembali dengan fitrahnya. Saat ini, dakwah islam semakin susah utk dilaksanakan. Memerlukan jihad, mujahadah yg tinggi. Seakan2 keadaan jahiliah sudah mula kembali seperti zaman jahiliah mekah dulu. Ketika itu, dakwah ertinya membunuh diri. Begitulah hakikat yg perlu dihadapi pada kurun ke 15 hijrah ini.
Penganut2 islam menghadapi zaman cobaan yg begitu perit dan bencana yg tidak pernah malap sudah menjadi sehabagian permainan dalam hidup mereka. Pada ketika ini, musuh2 islam sedaya upaya bekerja memadamkan sinar islam yg ada, dan berusaha menyembunyikan keindahan islam secara halus, bahkan berusaha menyesatkan para pemeluknya. Seterusnya mereka telah memutarkan ajaran islam serta hukumnya dengan menambah-nambahkannya atau mengurang-ngurangkannya dengan taksiran mereka sendiri. Tambahan, kejatuhan sistem khalifah pada 1924 membuka ruang kepada mereka utk bertindak lebih aktif dan akhirnya umat islam telah jatuh dalam genggaman kafirun. Umat islam telah disiat-siat dan dipermainkan oleh mereka.
Apa yg pemuda perlu lakukan?
1. Wahai mereka yg bergelar pemuda. Bukalah mata. Laksanakanlah dakwah. Dakwah bukan satu pilihan, tp kewajipan yg tidak boleh ditolak. Sudah tiba saatnya utk kite ceritakan hakikat islam yg sebenar kepada ummat yg telah disekularkan. Ajak mereka utk bersama2 dalam saf kite utk beramal dengan islam
2. Rujukilah al-quran dan as-sunnah dalam membuat sesuatu penilaian, agar keputusan itu adalah keputusan yg bersifat islami
3.Hidup adalah satu perjuangan yg perlu diteruskan sampai mati. Tiada istilah berhenti atau berehat
4. "Allah adalah matlamat, Rosul adalah ikutan, Al-quran adalah perlembagaan, jihad utk hidup dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi"
5. Bekerjalah dengan keyakinanmu bahawa islam bakal bersinar kembali.
"Kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk memimpin umat manusia, iaitu kamu mengajak kepada kebaikan dan mencengah yg mungkar seta kamu beriman kepada Allah"
(2:143)
No comments:
Post a Comment