Namun, sesekali aku terfikir. Kenape bumi hak mutlak Allah ini, dikuasai oleh kerajaan kafirun, Amerika? Kenape Allah memberi hak berkerajaan kepada mereka walaupun mereka ini yg confirm2 memusuhi agama Allah sedangkan org2 islam yg mendukung agama Allah merempat, ditindas di bumi milik hak mutlak Allah ini. Sudah tidak sayangkah Allah kepada umat islam?
Relek, jgn penik.Utk menjawab soalan diatas, ana akan menggunakan analogi yg mudah. iA, kekusutan soalan diatas akan terjawab. Ana namakan analogi ini sbg analogi "HOSPITAL"
Andai kata, ana adalah pengarah hospital (amin). Yg menjadi pekerja2 ana adalah ketua surgeon dan surgeon2 lain,head doctors dan others doctor, head nurse dan others nurse, mak cik2 dobi, pakcik or mak cik cleaners, pak guard2, ada gak org yg jaga bahagian informasi dan lain2 yg sepatutnya. Ana ada seorang anak yg paling ana sayangai. (Meskipun realitinya ana masih belum berkahwin dan mempunyai anak- doa2kan lah yerk semoga dipercepatkan.. hehe). Setiap kata2nya pasti ana akan turutkan. Dialah intan emas belian bagi ana. Tp anak ana ni gagal dalam SPM (adoi, bapak xpandai jaga anak). Anak ana itu sudah bertahun2 menganggur.
Suatu hari, anak ana itu meminta pada ana utk bekerja dlam hospital tersebut. Dia demand lagi nak jadi ketua surgeon lagi tu. (ada hati nak jadi head surgeon padahal SPM pun xlepas). Apa yg ana akan lakukan ya? Sudah pasti ana terpaksa menolak permintaannya sebab ilmu pasal medik pun dia xder. Basic anatomi pun xtahu, xkan ana nak lantik dia sbg head surgeon.
******
Cube berfikir, apa yg akan terjadi kalo ana still lantik dia sbg head surgeon? Confrm bankrup hospital itu, huru hara dan hancurlah jadinya. Justeru, yg sepatutnya ana lakukan, adalah menempat dia dalam level yg sepatutnya dia berada. Kalo setakat SPM tu, boleh lah kot utk jadi pak cik cleaner utk sapu2 sampah, buang sampah, lap tingkap n dll. Maka waktu tu, ana dah menyelamatkan hospital itu dari bencana yg besar. (Alhamdulillah). Sekali pun, ana begitu syg denganya, ttp still ana tidak boleh meletakkannya pada jawatan yg tinggi utk mengelakkan huru hara dan bencana. Cukup lah dia sebagai pak cik cleaner dulu.
*****
Soal wang, sudah pasti yg menjadi head surgeon akan dpat duit lagi byk berganda2 lagi tu berbanding pak cik cleaner. Tp, sebab ana syg sangat2 kt anak ana ini, maka bile kt rumah ana akan bagi 'pocket money' kt dia lagi byk dari head surgeon dpt. Ye lah, dh namenye anak kesayangan. Bapaknya confirm akan rela bekorban demi anak yg tercinta.
Ana pun tidak akan membiarkan anak ana selama2nya menjadi pak cik cleaner. Malu lah ana nanti, bapak pengarah syarikat, tp anak cleaner jerk. Xpatut2. Justeru ana akan provide kt dia ilmu medik sedikit demi sedikit. Cume nye anak ana ni perlulah berusaha keras sedikit, perlu bersungguh2 dan bermujahadah utk belajar ilmu tersebut. Apabila sudah berjaya, ana tidak teragak2 utk lantiknya sebagai head surgeon sbb jawatan yg diminta tu setimpal dengan potensi yg ada pada dirinya. Walaupun ana terpakse menunggu lama utk dia sampai pada tahap ini.
IBRAH PADA CERITA
- begitulah juga fenomena yg berlaku pada saat ini. Bukan Allah tidak syg pada umat islam. Ttp, umat islam masih lagi tidak ada potensi untuk memerintah dunia. Belum tiba lagi masanya umat islam utk memerintah dunia. Justeru, kite perlu berusaha keras, bersungguh2 dan bermujahadah utk memperbaiki keadaan kite menggunakan prinsip a-quran dan as-sunnah. Percayalah, janji Allah itu pasti akan berlaku, diaman kemenangan umat islam pasti akan tiba. Kalo ingin mempercepatkannya, berusahalah lagi gigih.
- seandainya sekarang ini, Allah memberi kekuasaan dunia pada umat islam. Maka, akan hancurlah dunia ini. Makin byk peperangan yg akan berlaku berbanding kafirun sendiri yg memegang dunia. Masakan umat islam yg mundur ini boleh memerintah dunia? Makin hancurlah dunia ini. Kite ambil model Mesir contohnya sbg simbol negara islam. Tahukah yg org2 mesir tu suka kencing merata2 tempat secara 'public'. Seandainya Mesir yg memerintah dunia, maka akan hancinglah dunia ini.
- Juateru, tindakan Allah menempatkan kite pada tempat tertindas, tertekan adalah tempat yg sepatutnya kite berada. Kerana dari situlah kite akan mula belajar utk memperbaiki diri utk mencapai UA
- Percayalah yg Allah sgt10x sayang kpd umat islam. Sekali pun kite ditindas didunia ini, percayalah syurga (rumah kite) akan menanti kite diakhirat. Disitu dijanjikan nikmat yg begitu byk. Sungai2 yg mengalir, bidadari syurga yg jelita (iA mereka sedang menungguku) serta nikmat2 lain
No comments:
Post a Comment