Salam wrt,
iA, hari ini sy akan cuba utk mencoretkan memori tarbiyah, buat tatapan serta pedoman semua jundi2 dakwah dan tarbiyah.
Dgn keinsafan, bahawa diri ini bukanlah contoh yg terbaik utk menjadi qudwah pada jalan ini. Justeru saya memohon maaf yg sebesar2nya juga memohon agar anda juga mendoakan sy spy tsabat atas jalan ini.
1) perjuangan yg panjang
- sepanjang sy terlibat dalam amal tulabi ini, pada jalan ini, ramai yg sy jumpai sudah tumbang. sedikit demi sedikit. Bukan mereka yang dianggap golongan muslim biasa sahaja, ttp juga yg mempunyi anasir taghyir yg sebelumnya bersama2 dalam saff ini, yg comitment dalam memperjuangkan agenda dakwah.
-hakikatnya, pada jalan ini, mereka tidak mampu meng'konsisten'kan semangat dalam beramal. Semakin hari semakin terhakis semangat itu.
-justeru kite perlu sama2 men'diagnose' apakah penyebab utama berlakunya penghakisan jiwa ini.?
-Ternyata, permulaan robbani memainkan peranan yg utama dalam menentukan hala tuju perjuangan untuk hari2 berikutnya. Ramai yg menyedari jalan ini adalah jalan yg panjang, namun ramai yg tidak mampu mempersiapkan diri utk berhadapan dengannya. Oleh hal yg demikian, ramai yg tersungkur terlebih dahulu sebelum sampai ke destinasi.
-Sebab itu, menjadi kewajiban kpd kader2 dakwah utk sentiasa memuhasabah diri, mentajdid niat spy kita dapat mengekalkan semangat dalam perjuangan ini
2) nafsu & syaitan
- kegelinciran rijal2 dakwah ke lembah kefuturan tidak dapat tidak, krn nafsu yg bergelora serta hasutan syaitan yg tidak terduga. Malangnya, ancaman ini tidak pernah berehat, malahan sentiasa mengecam anak2 adam 24-7
-sungguh begitu, tidak ramai anak2 adam yg mampu mempersiapkan jentera pertahanan diri setiap waktu dan ketika dek kerena lemahnya diri sebagai manusia.
-hatta tok syeikh yg tinggi ilmunya pun, tidak terlepas dari fitnah "futur" ini.
-sungguh, syndrome yg paling nyata apabila melakukan dosa dan maksiat, kita putus asa dari rahmat Allah.
-sedarlah, Allah syg kpd hambaNya yg bertaubat setelah melakukan dosa. Pintu rahmat Allah tidak pernah tertutup buat hamba2Nya.
-Dek nafsu dan syaitan inilah, kewarasan dalam berfikir juga membuat keputusan terbatas. Bukan kerana tiadanya ilmu, ttp krn hasutan kemanisan dunia menutupi kebenaran syar'i
3) tarbiyah robbani vs tarbiyah manusiawi
-kejarlah keredhaan Allah, nescaya ianya tidak akan menyakiti kita. Ttp apabila kita mengejar keredhaan manusia, nescaya bisa saja diri kite disakiti dek krn kekurangan yg ada pada diri manusia
-Pada jalan ini, ada yg tidak sengaja terlibat dek manisnya makanan, budi pekerti juga hormatnya kepada akak2 n abg2 yg menDF. Akibatnya, ada yg mengikuti gerabak ini atas dasar wala' syakhshi (ketaatan kpd individu) yg seterusnya mencacatkan matlamat akhir perjuangan ini. Natijah dari kes ini, setelah abg2 n akak2 tersebut sudah graduate @ sudah tiada, maka terhentilah kerja2 tarbiyah yg dilaksanakan selama. Aduh! Amat rugi sekali rasanya.
-Begitu juga apabila tarbiyah ini didasari oleh manusia, bile timbul salah faham @pertelingkahan maka tecencatlah segala amal yg perlu dilaksanakan.
-Hakikatnya, hendaklah kite sentiasa meluruskan kembali arah/matlamat perjuangan kita supaya tidak dicemari perkara2 yg sepatutnya, kearah menuju robbani.
4) islah nafsak, wad'u ghoirak (memperbaiki diri, dan seru org lain)
-beradanya kita pada jalan ini, bukan beerti telah sempurna akhlak, ilmu serta ruhi kita. Ttp dek krn keinsafan atas byknya dosalah, kite kita laksanakan dakwah, menyahut seruanNya. Semoga dgn ini, Dia memberi peluang utk memaafkan kita
-ya! barangkali yg menyertai gerabak ini lebih rendah ilmu serta akhlaknya berdanding yg tidak menyertai gerabak ini. Tp yg membezakan kita, adalah semangat utk terus berubah dan bersama2 dalam saff org yg rukuk serta sujud dalam menunaikan hak Allah dan manusia sejagat.
-kearah perbaikan diri inilah kita perlu saling menerima kelemahan org lain, atas dasar menyedari bahawa diri kita ini juga mempunyai byk kelemahan. Tidak perlu ego yg melampau sehingga kita merendah2 org lain.
-kita perlu belajar utk menjadi qudwah dalam masyarakat spy risalah Allah tersebar gemilang diatas muka bumi ini.
iA, mungkin setakat ini sahaja beberape point penting yg ingin sy ingatkan buat diri sy dan juga anda yg membaca. Sy menginsafi kelemahan2 yg ada pada diri sy sepanjang gerak kerja pada jalan ini. Buat anak2 mutarobbi sy bermula dgn liqo' Mujahid Muda, kemudian kepada Ghuroba' dan seterusnya Hawariyyun, sy dgn rendah hati memohon ampun andai ada hak2 yg tidak tertunai sepanjang jalan pentarbiyahan ini.
WA
-kerana aku beriman kpdNya, aku berusaha menjadi yg terbaik dimataNya-
No comments:
Post a Comment