Sunday, March 3, 2013
Satu Pertemuan
Hari ini 3/3/2013 genaplah 91 thn ulang tahun sejarah jatuhnya satu sistem khalifah yg diperjuangkan setelah sekian lamanya, akhirnya ditumpaskan oleh sang durjana Mustapha Kamal Ar-Tartuk pada thn 1924.
Hari ini malangnya, tidak ramai umat islam yg terkesan dek musibah ini, barangkali kita sendiri tidak merasa betapa peritnya datuk2 n nenek kita bermati-matian memperjuangkan, betapa perlunya seorang pemimpin dalam kehidupan umat islam. Bahkan, barangkali kite sudah terlalu "aman" dalam zon selesa kite sehingga tuntutan sejarah ini telah pergi jauh dari matlamat jalan perjuangan kita.
Pemimpin yg menjadi simbolik, rujukan penyatupaduan umat islam. Hari ini - kita melihat kesan pepecahan yg begitu dasyat berlaku dalam kelompok umat islam yg masing2 mendakwa memperjuangkan agenda islam dalam wasilah/amal masing2. Justeru perkara paling asas dalam perjuangan hari ini, ialah bagaimana kita meng'intima'' kan diri dalam jemaah, dalam konteks penyatupaduan yg lebih besar.!
Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi memberi kekuatan kepada sy utk terus menulis.. Menggunakan wasilah penulisan ini utk memberi peringatan kpd yg sudi membaca. Lantas, hidayah milik Allah. Moga Allah membuka hati kpd sesiapa yg membaca utk terus "mencari-cari" hidayahNya.
.................................................................................................................................................................
Ternyata hidup ini adalah satu pentas pementasan drama. Kita akan melihat, babak2 drama yg pelbagai dari pelbagai ragam/character manusia disekeliling kita. Rupa2nya Allah mengajarkan kpd kita utk melihat, berfikir juga mengambil ibrah dalam setiap babak2 yg berlaku utk kite pula "beraksi" dalam agenda/babak pementasan kita.
Itulah kehidupan!
Itulah perjuangan!
Satu keupayaan yg memerlukan kita "sensitif" kpd persekitaran, lantas membentuk satu amal yg "syari'e" utk kita terus "survive" dibawah payung rahmat Allah.
Namun, ternyata ianya tidak semudah menyebut A-B-C. Hakikatnya ramai yg "keras" hatinya, "pekak" telinganya, juga "buta" matanya utk memberi "respon" yg sepatutnya terhadap babak2 yg dipertontonkan Allah. Gagalnya umat islam hari ini, utk mengambil ibrah atas sejarah2 peradaban yg telah berlalu, lantas gagalnya juga utk membentuk amal yg sepatutnya. Astagfirullah.. Adakah kita termasuk dalam golongan yg dinyatakan Allah dalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka jahanam byk dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat2 Allah), dan mereka memiliki mata, ttp tidak dipergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, ttp tidak dipergunakannya utk mendengar (ayat2 Allah)" (7:179)
Sering kali sy bicarakan perihal kehidupan dan perjuangan, buat memperingati diri sy sendiri juga semua mutarobbi yg dikasihi. Tidak jemu utk sy nyatakan betapa manis kesan, dari pahitnya sebuah perjuangan. Juga peringatan supaya jgn sekali2 menyerah/putus asa dari kepahitan perjuangan itu, sedangkan langkah kita baru sahaja setapak.
Ingatlah firman Allah, "dan org2 yg berjihad utk mencari keridaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan2 Kami" (29:69)
Xkan mungkin kemanisan itu akan dicapai, sedangkan kita sudah berhenti melangkah dari menggapai kemanisan itu. Perlu diingat, pada jalan ini, ramai musuh Allah yg mencemburui kita dari segenap sudut. "Mereka" tidak akan toleransi/belas kasihan utk menenggelamkan kita dalam lumpur maksiat. Tp hakikatnya, ramai yg lebih suka memilih utk bermain lumpur!
Hendak atau tidak, pada jalan makrifatullah ini, kite perlu menggunakan segala wasilah yg ada utk mengenalNya. Perlukah kita berlengah? Sedangkan umur kita, tidak kita tahu hak mutlaknya.
Ya! Pejuangan ini tidak seperti yg kita impikan, krn hakikatnya mmg manusia ni fitrahnya menambakan hal2 yg "manis2". Ternyata dalam kehidupan ini, kdg kala kita hanya memperoleh secebis sahaja dari apa yg kita impikan. *sedih! huh
ttp, inilah dia rempah ratus kehidupan yg bakal mematangkan setiap detik perjuangan kita pada masa akan dtg. Hakikatnya, tidak ramai yg mampu berjuang menuju robbani. Malangnya, lebih ramai yg menghalakan perjuangan mereka pada perkara2 yg tidak langsung menjamin keselamatan pada kehidupan di akhirat. Bahkan, tidak pernah terhenti pun langkahnya, dalam perjuangan duniawi itu. **pelik, keliru!
Inilah masalah umat hari ini.
Justeru, sy menggesa diri sy, juga mutarobbi yg dikasihi akan betapa pentingnya "tarbiyah" dalam pembinaan diri yg utuh. Keterlibatan dalam satu kelompok yg manis dgn ukhuwah, yg subur dgn nasihat! Jgn sesekali korbankn tarbiyah! Tarbiyah itu nyawa. Tarbiyah yg mengkonsistenkan gerakan amal, yg membuahkan erti dalam setiap perjuangan juga mewarnai kehidupan.
Ingin sekali sy ungkapkan, betapa manisnya tarbiyah.. Dan inilah yg ingin sekali sy sampaikan, dan ingin sekali, org lain juga merasa ke"best"an tarbiyah ini.
Asalkan, kita bersedia utk berubah dan menanamkan matlamat serta menggenggamnya seerat2nya. Tidak dapat tidak, sebagai manusia mmg lumrahnya tidak dari dari kesilapan. Justeru, marilah kita sama2 berlapang dada dan menerima kesilapan masing2. Inilah tarbiyah yg Allah ingin ajarkan kpd kita. Krn hakikatnya, bile kite sudah berumah tangga nanti, kite juga perlu belajar menerima kelemahan teman hidup kite. Krn kelemahan itu akan kite terjumpe juga, tanpa kite mencarinya. Jadi, belajarlah menerima kelemahan org lain dari sekarang (maaf, seandainya sy bukan org yg layak utk bercakap pasal hal ini, sbb sy pun masih lagi belum berkeluarga)
Ya! Dalam gerakan amal tubali ini, Allah mentarbiyah kita utk terus belajar, untuk terus berusaha utk menjadi yg terbaik dimataNya. Perlunya kita dalam mengimbangi emosi, fizikal serta mental. Agar kekerasan fizikal dapat diimbangkan dgn lembutnya emosi, Agar kegoncangan emosi dapat diimbangkan dgn kewarasan akal. Perlu sedar, proses intiqo' (penapisan) akan sentiasa berlaku. Justeru, sudahkah kite mempersiapkan diri atas setiap intiqo' itu utk menjadi lebih baik?
Kerana kita beriman dgn satu pertemuan denganNya, lantas dgn alasan apakah lagi ingin kite berikan kpdNya nanti bahawa kita telah beriman?
Moga Allah juga terus mentsabatkan hati ini pada jalan yg diredhoiNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment