Monday, January 26, 2015

Perihal 3T

3T

T - ta'rif(pengenalan)
T - Takwin(pembinaan)
T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan)

Konsep yang mudah pada penulisan. Namun susah pada perlaksanaan.

Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T terletak proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim.

Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama( taarif) dan T yang terakhir(tanfiz).

Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.

Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah2 tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.

Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas2 dakwah, qawaid dakwah, kitab2 fikrah, seolah tiada yang pernah didengari.

Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangunan jemaah. Jika adaptasi tarbiyah dalam diri mutarabbi sangat pincang, maka penerus jalan dakwah ini akan terdiri daripada mereka yang langsung tak memahami kepentingan tarbiyah mahupun asas2 islam.

Maka, lahirlah pemimpin2 yang tidak membawa halaqah, tidak boleh menceritakan fikrah, tidak bijak membahaskan isu tarbiyah, namun hanya aktif utk amal am sahaja.

Lahirlahlah juga jemaah yang mengatakan "penerimaan rakyat" sebagai tanda sesuatu tindakan itu benar.

Dan jelas, ini lari daripada fikrah ikhwan mahupun Islam. Islam datang untuk membetulkan, bukannya membenarkan. Dan ikhwan lahir mentarbiyah masyarakat, bukannya popular dalam kalangan masyarakat.

Jelas.

Segalanya bermula dengan 3T. Dan proses Takwin yang baik, akan melahirkan mutarobbi yang memahami kepentingan tarbiyah dalam masyarakat, bukannya kepentingan masyarakat dalam mentarbiyah.

Wallahualam.
-Insan kerdil perlu ditarbiyah-

#copypaste

No comments: