Sunday, March 25, 2012

refliksi pada sebuah kematian

 “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 185).

Ramai org yg takut mati, ttp tidak ramai org yg sanggup "bersedia" utk menghadapinya. Nampak sedikit contradic disitu. Seakan2 mereka tidak menyakini hakikat "kematian" sekali pun kes2 kematian byk tercatat diakhbar2. Sungguh memelikkan..


Mati. Dia seperti perompak dan pencuri: dimana dtgnya tanpa kaki serta perampas tanpa tangan. Dtg tanpa "pengetuk pintu" juga secara tiba2. Namun, tiada sesiapa yg mampun menghalangnya. Dia pasti dtg tanpa lewat sesaat atau awal sesaat.


Hari ini aku mendapat berita kematian seorang adik kpd ukhti di sini. Alhamdulillah, sudah selesai kami laksanakan solat jenazah ghaib serta bacaan yasin yg tujuan nya tidak lain, utk peringatan buat jemaah yg hadir terutamanya diri sendiri ini..


Baru berumur 16 tahun. Menunjukkan maut boleh dtg pada bila2 masa, tidak kira tua ataupun muda. Sudahkah kita merefleksi diri, mengambil ibrah atas sebuah kematian itu?


1) sebuah kematian menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Allah. Dari setinggi2 darjat org yg beriman sehingga serendah2 darjat musuh2 Allah. Semua menghadapi kematian. Sepandai2 manusia yg mencipta perlbagai umabt utk mengelak kematian, masih tidak mampu menangani kuasa Allah. Kita kn sedar, kita adalah hambaNya


2)Manusia xperlu ego. Tidak perlu megah dihadapan manusia lain. Tdak boleh beranggapan boleh survive sorang2 kt atas muka bumi Allah. Tidak mahu ber"mua'yasyah" dengan masyarakat. kerana hakikatnya, apabila kite mati, kite akan mengharapkan "belas ihsan" dari masyakarat utk menguruskan jenazah kite. itulah hakikat kite, manusia yg serba-serbi.


3) keinsafan perlu hadir dalam hati, utk menilai sejauh mane amal kite kpd Allah. Sudahkah kite menjadi hamba yg terbaik utkNya.? sudahkah kite "ilah" secara total kpdNya? Kite perlu sedar hakikat kite, yg akhirnya akan pulang kpdNya semula.


Nilai lah semula diri kite same2. Moga Allah pilih hati kite utk sentiase ikhlas utkNya..


ya Allah, bantulah aku. berilah kekuatan kpdku..

Thursday, March 22, 2012

Belum titik noktah lagi

Alhamdulillah, byk sudah aku "guna" kan brg2 kepunyaan Allah ini. Nilah hakikatnya, manusia sekadar "pengguna". tp masih tidak sedar2 diri lagi. Post kali ni, juz nak share kebimbangan dalam hati or barangkali kekusutan dalam hati ni..

Satu hari, datang seorang mad'u kpd aku.

Z: "bang nak jadual solat bulan ni"
aku: "alamak, lupe ambek lah.. xper2 nanti dtglah solat jemaah.. sy bagi kt sane"
Z: "tp sy x g solat jemaah!"

aku dgn terkedu, menelan air liur sambil melontar senyuman..

Mungkin dia xtahu, aku amat kasih n sayang kt dia selaku saudara seislam. aku ingin sekali agar dia juga merase manisnya nikmat solat jemaat itu. Cara solat yg amat2 digalakkan oleh Rosullullah. Sehingga hampir baginda ingin membakar rumah2 org yg tidak pergi utk menunaikan solat jemaah.

Telah aku usahakan memberi tahu kpd si dia atas dasar kasih kpdnya. Barangkali dia masih tidak terbuka hatinya. Barangkali dia masih tidak mampu utk menghargai usaha2 yg telah "kita" lakukan. Benar hidayah itu milik Allah dan kita hanya mampu berusaha.

Tp sampai bile hidayah Allah itu akan sampai kalau kite sendiri tidak berusaha utk membuka pintu hati kite ini. Telah sempurnakah nilai solat kita seharian? Tahukah kamu yg solat adalah amalan pertama yg akan dihisab nanti dihadapan Allah?

Adakah kite telah berusaha utk menyempurnakannya? Kalo surau?masjid didepan rumah pun kite tidak mampu utk singgah, inikan syurga Allah! lagi jauhlah nak sampai..

moga Allah ikhlaskan hati ini..

Thursday, March 15, 2012

Hati yg keras membatu??

Bismillahirrohmanirrohim


Barangkali inilah yg terbaik yg telah Allah aturkan dalam hidup kita. Tiada kebetulan, melainkan semuanya telah diaturkan perjalanannya, semuanya telah tertulis sejak azali, semuanya telah ditakirkan olehNya yg Esa.. Ya tuhan berikanlah kekuatan kpd kami menempuhi segala2nya. Berada pada jalan tarbiyah ini juga bukan suatu kebetulan. Alhamdulillah, terima kasih yg tidak terhingga ya Allah, Engkau telah memilihku utk terus tsabat pada jalan ini. Kekalkanlah hati ini hingga tercapainya UA, hingga akhirnya..


Tp hati mmg sentiasa berbolak-balik. ada saja yg tidak kena. Barangkali Engkau sedang mendidik hati ini spy lebih istiqomah, spy lebih tawaduk kpd-Mu. Disinilah namanya tarbiyah, spy hati ini sentiasa terdidik kearah kebenaran, cenderung ke arah yg haq. Dan disini lah kite memerlukan teman2 yg saling ingat-memperingati. Saling berpesan2 kpd kebaikan. Alhamdulillah, Allah masih sayang pada kita. Allah titipkan teman2 yg sentiasa mengajak utk "duduk bersama & beriman sejenak". Terima kasih ya ikhwah!


Sekalipun difikiran sarat dgn berjuta2 teori, ttp kalo tiada penghayatan dalam bentuk terjemahan tindak tanduk.. Maka ia sia2.. Benarlah kata pujangga,  ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah. Sudahkan kite serahkan segala urusan kite kpdNya? Sudahkah kite tunduk dgn segala perintahNya? Benar! manusia itu mmg "besar" egonya.. Bukankah kite sedang mencabar kekuasaanNya, andai kite masih mengutamakan perkara lain berbanding dgnNya.. Duhai ikhwah, masih tertautkah dunia dalam diri ini, sehingga merase TARBIYAH itu sebagai bende yg mudah? Percayalah, masa itu hakNya.. Maka kembalikanlah segalanya kpdNya.


"Wahai org2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7)


iA, jika kite memberikan masa kite kpd Allah, nescaya Allah akan memberikan pulangan masa yg terbaik buat kita. sampai bile kite akan terus berdalih2 dgn alasan2 keduniaan.? Ikhwah, jgnlah merasa lemah (futur) pada jalan ini. Barangkali engkau merasa kehadiranmu pada jalan ini tidak memberikan kesan pun pada perkembangan maratib amal. Ingatlah, tarbiyah itu jalannya panjang, lambat dan sukar.. Disitulah mujahadah kite diuji. Acap kali kite melepasi satu cabaran, sebenarnya  kite menjadi org yg lagi hebat dari sebelumnya. Acap kali kite bersama bercerita ttg kebesaranNya, sebenarnya kite semakin kuat. Bahkan kehadiran kitelah yg bakal memperbesarkan jemaah ini.


Ikhwah, kita masing2 punyai cita2. sedar atau tidak, kite nak islam ni dijulang kembali. Tp sampai bile hati kite akan membatu utk menerima hidayah utk bergerak.?


Moga Allah sentiasa memilih hati kite utk sentiasa ikhlas..

Monday, March 12, 2012

Tajarrud

Apakah itu tajarrud??

dari segi bahasa, tajarud boleh dibawa erti:
1) mengosongkan= mengosongkan jiwa dari segala bentuk keagungan selain Allah
2) menyucikan= mensucikan hati dari segala bentuk perhambaan selain Allah
3) menanggalkan= menanggalkan apa yg ada dari hati & akal selain kebenaran
4) melepaskan= melepaskan segala bentuk sembahan selain Allam

dari segi syar'ie:
“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”

Jadi secara umumnya, Tajarud adalah :
“Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan”.

Kehidupan seorang mukmin seperti pendaki bukit. Jika disaratkan begnya dengan prkara2 yg sia2, maka perjalanan mendaki bukit itu akan terencat dan paling menakutkan, pendaki akan tergolek kebawah. Justeru kite perlu sentiasa berhati2 dgn apa yg kite bawa dalam kehidupan ini.

Utk membuang/melepaskan perkara2 batil, amatlah payah krn perkara2 batil inilah yg sentiasa "menenteramkan" jiwa.. Justeru, perlukan "tarbiyah". Proses yg melatih diri utk membersihkan diri dari segala bentuk kebatilan, serta letih diri utk hidup dgn tajarud dgn risalahNya dan membentuk semangat dan kesediaan berkorban di jalanNya.

dalil:
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)

Peng"ilah"an kite kpd Allah, memerlukan proses tajarud. Selagi kite tidak mentajarudkan diri, beerti ilah kite kpd Allah masih belum sempurna. Tajarud yg sempurna adalah tajarud yg bersandarkan pd Al-quran dan Sunnah.

Dalam gerakan dakwah:
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih beralasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih bermalas-malasan dalam melakukan kebaikan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, kite masih gagal mengenal hakikat sebuah keimanan.
Dek kerana tajarud yg tidak sempurna, gerakan dakwah semakin slow.

Moga Allah pelihara hati kita semua..

rujukan lanjut: http://dakwah.info/bekal-dakwah/mengkhususkan-diri-untuk-allah/