Thursday, October 6, 2011

Kenapa kita sedikit?

Kadang2 bila aku termenung sendirian memandang luar jendela bilik, hati ni kadang2 rasa sayu jerk.. "Kenapa ya, kita ni sikit jerk?", terlontar jugak akhirnya persolan yg terbuku dalam hati. Suasana sekeliling membawa diri ini kembali muhasabah dan me'recall' balik sirah nabawiyah. Betul, byk sungguh ibrah yg masih perlu diungkap dalam sejarah itu. Teringat kata2 Dr. Hafidzi Mohd Noor, "sejarah itu bukan sekadar kata2 yg ditulis dalam lembaram kertas, ttp sejarah adalah perkara yg perlu diungkapkan ibrah kerana sejarah tidak akan pernah penipu".. Sejak awal gerakan dakwah baginda, juga tidak ramai yg bersama dalam 'saf' baginda utk memperjuangkan syariat utk menegakkan yg hak diatas muka bumi Allah. Mereka juga sedikit, bahkan merupakan kelompok yg minority dalam masyarakt jahiliyah ketika itu. Persoalannya, adakah bermaksud mereka ini lemah @ kelompok yg gagal?

Dalam sejarah islam juga, byk peperangan dimenangi oleh tentera islam sekalipun kelompok tentera islam adalah sedikit berbanding kafirun. Lihat saja ketika Badar berlaku, tentera islam cume 313 manakala, kafirun mempunyai kekuatan sebanyak 1000 iaitu 3 kali ganda berbanding tentera islam. Secara logik akal, memperlihatkan tidak ada ruang utk tentera islam menang. Ttp tidak! Kejayaan menerpa mereka hanya dalam masa 2 jam sahaja. Apakah formula mereka?

Berbalik pada masa awal2 rosulullah menyampaikan dakwah baginda, walaupun mereka merupakan kelompok minority pada ketika itu, tidak bermaksud mereka lemah. Buktinya, islam telah tersebar meluas hingga ke hari ini. Dalam kekuatan yg sedikit itu, mereka akhirnya telah berjaya melepasi saat2 getir menghadapi jahiliyahnya masyarakat lantas mengembangkan sayap islam al-Haq di atas muka bumi ini. Apakah formula kemenangan mereka pula?

Allah telah berfirman dalam surah al-anfal (8:64), " Wahai nabi (Muhammad) Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 org yg bersabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan  200 org musuh. Dan jika ada 100 org (yg sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 1000 org kafir, kerana org kafir itu kaum yg tidak mengerti."

See, formulanya mudah.. iaitu kite kn berSABAR.

Walaupun secara zahirnya kite kelihatan sedikit, ttp kite perlu yakin yg kite ada kekuatan yg terselindung. Yes, kite ada kekuatan dari Allah. Cume catu bende yg prlu kite lakukan. Iaitu bersabar. Persoalannya berapa ramai org islam yg mampu bersabar dan istiqomah atas jalan dakwah dan tarbiyah ini? Kerana EGO, BOSAN, NAFSU dan SYAITAN, akhirnya mereka HILANG SABAR dalam mentarbiyah diri dan akhirnya jatuh ke lumpur jahiliyah. Jalan dakwah dan tarbiyah ini, adalah jalan yg bukan ditaburi bunga, ttp jalan yg ditaburi duri dimana perhentiannya amatlah jauh. Justeru kesabaranlah perkara utama yg dituntut.




Yakinlah wahai daie, para qiyadah, barisan qaedah sulbah. Biarpun kite sedikit, ttp sebenarnya kite kuat. Cekalkanlah hati kerana satu hari nanti pasti yg haq itu akan mengalahkan yg batil. Laksanakanlah tugas biarpun berhadapan beribu tentangan. Syurga itu mahal tiketnya, dan tidak semua yg mampu utk membeli. Maka beruntunglah kpd mereka yg diberikan peluang oleh Allah utk membelinya.

# "Ya Allah, Engkau redhoilah umat islam dibumi Nizhny ini. Hindarkanlah ia dari segala musibah dan murka dari Mu. Bukaknlah pintu hati manusia2 disini utk menerima hidayahMu dan kekalkanlah sifat SABAR dalam diri utk terus istiqomah. Engkau hapuskanlah dustannya jahiliyah yg ada disini."- doaku buat bumi Nizhny yg ku cintai~

4 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Nizhnhy lagi ramai ikhwah dari sini :'(

Bersabar bukanlah bererti duduk diam diam. Tapi terus istiqamah dalam kerja dan usaha.

Sambal Belacan Sedap said...

fathi, iA.. tulisan ana ni umum, applicable uk kt mane2..nizhny, st pete, volgo,malaysia n dll..

tul2..kite kn sabar dgn perjuangan & istiqomah dgnnya..

Syed Ahmad Fathi said...

Susah tu nak istiqamah.Doakan ana.

Sambal Belacan Sedap said...

aha.. mmg susah nak istiqomah.. iA, doakan ana juga disini.. moga2 kite same2 cekal hati...