Friday, September 23, 2011

Al-isti'aab (Penguasaan)

1.0 Muqodimah
Penguasaan=> kemampuan peribadi, akhlak, sifat iman dan anugerah yg menjadi paksi kepada seorang daie yg membantunya utk menarik mad'u. Al-isti'aab seseorang daie tidak sama kerana mnusia juga diciptakan oleh Allah dalam sifat2 yg berbeza. Tanpa al-isti'aab, tidak akan dinamakan seorang daie, sekiranya tiada daie maka tiadalah dakwah.

Al-isti'aab bersifat abstrct. Justeru perlu ada kriteria minimum yg perlu ada pada seorang daie. Kadar minima ini ditentukan berdasarkan waqi' seseatu tempat. Tanpanya buruklah dakwah dan ramai mad'u akan lari dari dakwah seterusnya hanya akan membantutkan perkembangan dakwah. Kejayaan dakwah bergantung kpd keupayaan penguasaan seseorang daie dan ini merupakan sunatullah alam. Justeru, kite perlu kayakan dakwah dgn org yg mempunyai penguasaan

2.0 Jenis penguasaan:
1) Al-isti'aab khariji (pengiasaan luaran) => sebelum intima. Iaitu kerja2 menarik org kedalam islam & dakwah (tajmi')
2) Al-isti'aab dakhili (penguasaan dalaman) => selepas intima. Iaitu memanfaatkan dan memproses mereka utk digunakan dalam kerja2 dakwah & gerakan (takwin)

Bandingan al-isti'aab khariji dan al-isti'ab dakhili:
khariji: mendapatkan bahan mentah dari luar- dakhili:memproses bahan mentahutk menghasilkan produk yg sesuai dgn pasaran pelanggan. Kedua2nya mempunyai hubungan yg erat antara satu sama lain

3.0 Al-isti'aab khariji (penguasaan luaran)
Penguasaan luaran diperlukan utk membawa org kepada keyakinan dan mengabungkan diri dgn tanzim. Dalam AQ Allah berfirman, "Katakanlah (MUhammad) "ini jalanku, aku dan org2 yg mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dgn yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk org2 yg musyrik" .Kerja2 ini amat sukar kerana utk  meng"approach" mad'u ni memerlukan skill DF yg mantap. Mad'u perlu ada garam yg berbeza. Justeru kesabaran perlu tinggi

"seseorang muslim apabila dia mengauli manusia & bersabar dgn kerenah @ ragam mereka adalah lebih baik dari seorang muslim yg tidak mengauli manusia & tidak bersabar dgn kerenah mereka" (HR Tarmizi)

Cara mendekati masyarakat
1)mendatangi masyarakat dgn fikrah (aqidah) supaya mereka mendokong fikrah. Namun method ini hanya akan 20% akan berjaya
2)sekiranya masyarakat sukar didekati dgn fikrah, maka daie perlu bermain pula dgn isu semasa yg dihadapi oleh mad'u. Cara ini iA 100% berjaya. Namun kelemahannya, apabila telah selesai isu itu, mereka akan tinggalkan kite.
3)merujuki individu dgn menggunakan kekuatan peribadi daie itu sendiri

Merujuk prkara ke-3 dgn menggunakan kekuatan peribadi. Beberapa syarat yg perlu ada utk penguasaan
1)faham islam
2)Qudwah
3)sabar
4)lemah lembut
5)memudahkan
6)tawadu'
7)manis muka
8)pemurah dan pemaaf
9)berkhidmat utk org lain

4.0 Al-isti'aab dakhili (penguasaan dalaman)
Utk merubah manusia spy bisa menjadi tenaga muwajih yg terkesan dalam masyarakat, justeru perlu melalui peringkat2 tertentu. Samalah seperti memproses bahan mentah di kilang.

Proses tersebut terbahagi kepada 2
1)penguasaan aqidah (fikrah)\
2)penguasaan harakah (organisasi)-tanzim

Penguasaan aqidah=> membentuk mereka hingga menjadi anasir yg berkualiti. Bersih minda, aqidah, cara hidup, akhlak, sensitiviti perasaan juga cita2 dan keinginan mereka. Dalam melahirkan aqidah yg betul, justeru mereka perlu cukup ilmu dan tsaqofah (istiaab fikri & tarbawi) utk membezakan yg haq & yg batil.

Kesan sekiranya mengabaikan istiaab fikri & tarbawi
1) produk tidak cukup matang
2)produk tidak berkualiti
3)produk tidak tajarrud

5.0 Kriteria penguasaan tarbawi
1)teguh & kuat hati berasaakan syariat dalam menentukan halal & haran serta beriltizam dgnnya
2)tidak terbatas dalam satu fasa, ttp berterusan dan istiqomah dalam semua fasa
3)tarbawi menyeluruh meliputi fikri, ruhi dan jasadi
4)menilai sesuatu berasaskan nerace syara' bukan suasana dan peribadi

6.0 Tanggungjawab kepimpinan
1)menyediakan semua asbab, prasarana, manhaj tarbiyah yg diperlukan utk penguasaan ini
2)membuat pemantauan berterusan
3)sedar bahawa kegagalan dalam gerakan dakwah berpunca dari kegagalan dalam istiaab fikri dan tarbawi

7.0 Kaedah asa takwin perspektif sunnah
1)utamakan yg +ve dari -ve
2)utamakan sederhana dari melampau
3)sedikit tp berterusan
4)utamakan yg terutama
5)takwin melalui qudwah
6)takwin menyeluruh
7)takwin dalam persekitaran yg sihat

8.0 Penutup
Justeru daie perlu menangani fenomena pengasingan diri kerana keyajaan dakwah berasaskan pengalaman, perlaksanaan dan percubaan. Daie perlu jelas penguasaan terhadap matlamat sasaran & wasilah serta kawan2 & lawan.

wallahualam..

No comments: