Saturday, May 14, 2011

Rememberance of Nakbah!

PEDULIKAH KITA?
Jika kita ghairah setiap tanggal 31 Ogos dengan meraikan Hari Kemerdekaan, tahukah kita ada apa pula pada setiap tanggal 15 Mei? Pernah dengar pasal peristiwa Nakbah? Saya yakin, masih ada diantara kite yg masih ke'blur'an mengenai perkara ini. Sebenarnya, menjadi satu kewajian kepada insan yg bergelar islam mengambil tahu peristiwa Nakbah ini, kerana disinilah berlakunya kegelapan hidup umat2 islam yg dititipkan ke Bumi palestine. Menjadi satu 'dosa' dan kesalahan, kepada orang yg bergelar islam, apabila mereka tidak mahu mengambil tahu, apatah lagi bertindak dalam menyelesaikan perkara ini. "Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara" (49:10). Justeru, sudahkah kite menjadikan mereka saudara kite?


Imbauan Sejarah
Peristiwa 63 tahun lepas dikenali sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka. Satu malapetaka besar buat penduduk Islam di bumi Palestin  secara amnya dan kepada seluruh umat islam sebenarnya.Jika sebelum itu kita telah dimalukan dengan peristiwa kejatuhan khalifah Islam secara rasminya, sekali lagi pada 1948 kita di hina secara terang-terangan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam sejak dahulu lagi.Tidak bermaksud untuk mengutarakan secara mendalam tentang peristiwa Nakba di sini kerana diri ini yakin dengan kemudahan teknologi dan maklumat, info berkaitan dengan nakba begitu senang untuk diperolehi.



Darah perjuangan mereka
Setiap hari kita digegarkan dengan berita-berita yang gempar di bumi anbiya’ itu. Perjuangan saudara-saudara dalam menegakkan panji-panji Islam tetap diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan yang mereka lalui. Mereka yakin bahawa perjuangan ini adalah resam hidup dalam mencapai nilai janji-janji Allah terhadap orang-orang yang berjuang.
Anak-anak kecil, yang pada kebiasaannya bergelak ketawa bersama rakan-rakan, berlari keriangan dan mewah dalam kehidupan adalah suatu yang mustahil bagi anak-anak di Palestin. Jika anak-anak kita di besarkan penuh dengan kasih sayang dan suasana yang terbaik, maka lain pula untuk mereka di sana. Namun apa yang pasti, nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka amat jauh kasih dan sayangnya jika dibandingkan dengan kita di sini. Pilu hati si ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka menjadi mangsa kepada kezaliman Yahudi, namun mereka redha. Kerena mereka di Palestin yakin bahawa nilai kasih sayang sebenar adalah perjuangan untuk agama ini.
Begitu juga keadaannya untuk nasib para ibu dan bapa Palestin. Setiap hari, langkah keluar mereka tidak dapat menjanjikan yang mereka akan dapat pulang kembali ke rumah bersama-sama dengan keluar mereka semula, dengan anak-anak mereka. Setiap hari mereka melangkah, mereka tidak tahu adakah itu langkah terakhir mereka  meninggalkan keluarga ataupun tidak. Tetapi apa yang mereka tahu, balasan Allah terhadap perjuangan mereka adalah pasti.
Semangat perjuangan kita
Tidak sanggup untuk melihat perjuangan yang mereka lalui. Jika mereka yakin, jika mereka tahu maka kita juga perlu yakin dan tahu. Kerana apa? Kerana kita juga adalah sama seperti mereka, melafazkan satu kalimah agung, mewarisi mukjizat yang mulia dan berusaha untuk mengangkat panji-panji Ilahi.
Jika di Palestin, mereka bertumpahan darah tidak bermakna kita yang selesa disini hanya perlu berdiam diri dan tidak pula bermakna kita semestinya bertumpahan darah. Sumbangan yang dapat kita lakukan untuk saudara-saudara kita, walaupun tidak seberapa, namun ianya besar untuk mereka malahan sesuatu yang mulia disisi Allah.
Mengapa tidak untuk kita turut menitiskan air mata dalam mendoakan perjuangan mereka? Ketahuilah, sebenarnya perjuangan itu adalah perjuangan kita juga. Luluhkan hati ini untuk berdoa kepada yang Maha Esa untuk kemenangan yang nyata, ketabahan hati yang pasti dan kekuatan yang azali untuk kita juga mereka di sana.
Jika kita diserang dengan senjata-senjata berat janganlah berputus asa kerana senjata kita adalah doa. Doa kepada tuhan yang menciptakan segalanya. Kepada yang Maha Kuasa. Jangan berputs asa kerana saudara-saudara di bumi itu tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang ada sebelum kita, mereka juga tidak berputus asa.  Iringilah semangat kita ini dalam meningkatkan kualiti diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.
Ingatlah, Allah adalah matlamat terakhir kita.

No comments: