Monday, January 26, 2015

Perihal 3T

3T

T - ta'rif(pengenalan)
T - Takwin(pembinaan)
T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan)

Konsep yang mudah pada penulisan. Namun susah pada perlaksanaan.

Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T terletak proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim.

Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama( taarif) dan T yang terakhir(tanfiz).

Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.

Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah2 tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.

Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas2 dakwah, qawaid dakwah, kitab2 fikrah, seolah tiada yang pernah didengari.

Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangunan jemaah. Jika adaptasi tarbiyah dalam diri mutarabbi sangat pincang, maka penerus jalan dakwah ini akan terdiri daripada mereka yang langsung tak memahami kepentingan tarbiyah mahupun asas2 islam.

Maka, lahirlah pemimpin2 yang tidak membawa halaqah, tidak boleh menceritakan fikrah, tidak bijak membahaskan isu tarbiyah, namun hanya aktif utk amal am sahaja.

Lahirlahlah juga jemaah yang mengatakan "penerimaan rakyat" sebagai tanda sesuatu tindakan itu benar.

Dan jelas, ini lari daripada fikrah ikhwan mahupun Islam. Islam datang untuk membetulkan, bukannya membenarkan. Dan ikhwan lahir mentarbiyah masyarakat, bukannya popular dalam kalangan masyarakat.

Jelas.

Segalanya bermula dengan 3T. Dan proses Takwin yang baik, akan melahirkan mutarobbi yang memahami kepentingan tarbiyah dalam masyarakat, bukannya kepentingan masyarakat dalam mentarbiyah.

Wallahualam.
-Insan kerdil perlu ditarbiyah-

#copypaste

Saturday, January 10, 2015

IMAN senipis kulit bawang!

Sifat IMAN- menaik & menurun! itulah fitrah iman yg telah Allah tetapkn sebagai satu sunatullah kpd manusia.

IMAN itu MENAIK saat kite byk melakukan amal kebaikan, sedangkan IMAN itu MENURUN bile kite dekat dgn maksiat. it is very simple right. Yes, secara theorinye. But in reality it is very difficult to do it.

Saat iman itu menaik lah, kite begitu teruja utk membaca quran, qiamulail, melakukan solat sunat dan pelbagai lagi sehingga seakan2 dunia hilang dari pandangan kite, sehingga berlapar pun kite sanggup.

Namun, apabila kite diuji dgn perkara2 maksiat.. waktu itu kite leka dan hilang pertimbangan antara wahyu dan nafsu. disinilah kite benar2 diuji, bile kite berlebih2an dalam bermuka buku, berlebih2an dalam bermain games dan sebagainye. itulah nafsu yg selalu membolak balikkn hati kite.

kite kadang2 hairan, knp masih ada manusia yg melakukan perbuatan sumbang (berzina, hubungan sejenis dan sebagainya). Tidak ada otakkan mereka ni? sehinggakan yg menjadi magsa adalah nenek2 bongkok tiga.. "manusia2 tu" tak ada taste ke?

itu lah kepelikan yg ada pada nafsu.! everuthing can happen bile ia melibatkan nafsu. perkara2 luar norma/tabii manusia boleh berlaku sekiranya nfsu itu dijadikan ikutan. jAdi, kite sepatutnya perlu berusaha menundukkan nafsu kite supaya patuh kpd syariat. Kite buat sesuatu perlara bukan kerana kehendak, ttp kite buat apa yg Allah nak.

Sungguh syurga itu tiket untuk masuk kedalamnya tidak murah. hny yg istimewa sahaja yg mampu utk masuk ke dalamnya dgn izinNya. maka batu asas untuk untuk permulaan dgn cara kite melepaskan kepentingan peribadi dgn menundukkan tipu daya nafsu spy tidak bermaharaja lela dalam diri kite.

"katakanlah (wahai Muhammad): "wahai hamba2Ku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia juga yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

39:53

Melalui ayat diatas, Allah sentiasa memberikn harapan utk hamba2nya yg selalu terlupa n terleka dgn dunia. krn Allah itu bersifat pemaaf, Dia lebih mengetahui perihal manusia yg kerap melakukan dosa. Justeru jgn lah kite cepat down dan lari dari melakukan kerja2 kebaikan setelah melakukan dosa dgn mengatakan "aku tidak layak!". Sedangkn Allah telah membuka pintu rahmat yg seluas2 kpd hambanya utk kembali taat kepadaNya

Mmg! tatkala melakukan dosa, kite tidak akan mengingati Allah. Kalo ingat Allah pasti kite x melakukan dosa ye kn?

jadi Allah berfirman, setelah melakukan dosa maka kembalilah kepada Allah dgn segera dgn memohon ampun dh maaf kpdNya. Namun bukan bermaksud kite boleh melakukan maksiat dgn sengaja, then kite kembali kpd Allah. 

Tp, disaat2 kite mula tergelincir tanpa disedari pada kadar kite berusaha berjaga2. pada saat itu kite perlu kembali segera kpd Allah. Berhati2 lah krn syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkn manusia!


**best juga tadabur ayat surah az-zumar disini: http://hakimhalim.blogspot.com/2012/07/janganlah-kamu-berputus-asa-dengan.html