Hari ini saya terpanggil untuk menulis satu entry berkaitan kempen boikot yg semakin hilang semangatnya.
*masih ingat peristiwa hitam ke atas gaza yg berlaku pada thn ini juga kire2 julai yg lepas ketika umat islam sedang mempersiapkan diri meluruskan rentak ibadat pada bulan ramadhan?
Mereka penduduk2 Gaza berterusan dibedil oleh si laknat Zionis. Bukan sehari, dua! bahkan lebih dari seminggu. Namunlawan tetap lawan! Subhanallah!
Apa pula pengorbanan kita dari bumi aman- Malaysia?
Alhamdulillah, pada saat tercetusnya peperangan tu, McD mula kosong! Tanda protes kpd tindakan israel. Dek kerana McD penyumbang dana terbesar kpd ekonomi israel
Namun begitu, setelah 2-3 bulan peperangan berhenti, McD mula dipenuhi kembali.. Seolah2 telah hilang semangat boikot yg dahulu dilaksanakan. Adakah boikot ini perlu bermusiam? sedangkan penindasan ke atas penduduk Gaza sentiasa berterusan? Adakah kita hany merasa hny peperangan je yg merupakan penindasan kpd penduduk Gaza? sedangkan sekatan ekonomi, catuan air, elektrik bukan satu bentuk penindasan kpd mereka?
Sudah hilangkah sifat kemanusiaan! Sudah gilakah dunia hari ini! Apabila yg salah dikatakan benar, dan yg benar dikatakan salah! Semua sudah lari dari fitrahnya! Abes rosak semua alam ini!
Allah telah berfirman,
“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” 30:41
ayuh teruskan langkah kite dalam terus memboikot! moga kekuatan tentera2 zionis terus lumpuh dan tewas!
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menewaskan musuh2ku yg sentiasa bergolak dalam hati. Berikanlah kekuatan kpd para2 mujahidin dalam mempertahan agamaMu.
No comments:
Post a Comment