Deru angin yang bertiup sejuk menghantar kiriman berita mencengkam tulang hitam. Musim luruh sedikit masa kian berlalu. Bakal diganti dengan bekunya musim dingin. Namun, di sebalik suhu yang makin hari makin merendah, ada sesuatu yang terus menggelegak, ada something yang sedang mendidih dan menghangat. Tahukah kalian? Ya, AUTUMN CUP 2011/2012!
Wah, sungguh tidak sabar rasanya mahu menunjukkan kehandalan batch masing-masing. Tambah tidak sabar lagi untuk bertarung habis-habisan setelah penat berlatih dan mengikuti klinik-klinik sukan yang diadakan khas untuk mengasah bakat dalam games yang dianjurkan.wah-wah seronok, teruja, best, cool, hebat!
But stop kejap!
Jangan sia-siakan penat lelah kita bersukan seperti keringnya peluh yang hilang teruap di udara tak terkesan. Jom jadikan sukan kita ini agen penambah pahala. Sambil bersukan, sambil beribadah. Bagaimana nak buat ye?
Caranya senang je. Pertamanya tengok dekat diri kita dulu. Apa yang ada? Ya, PAKAIAN. Pastikan menutup aurat. Alah, aurat yang sikit tu kalau dijaga, barulah nampak macho. Apa salahnya dipanjangkan sikit seluar itu kan. Untuk lelaki, pakai tight untuk tutup lutut, kan bagus. Berkat kita tutup aurat, Allah bagi menang. Bukan ke best tu.. tengok Roqaya al-Gassra tu. Pakaian semua menutup aurat, boleh menang je. Kalau dah hebat tu, pakai macam mana pun tetap hebat. Kata orang dulu-dulu, ular yang menyusur akar, tetap berbisa juga. So, apalagi jom perhebatkan lagi bisa kita dengan jaga hukum Yang Kuasa
Kedua, jagalah solat. Sepenat mana pun bermain, jangan terleka sehingga terbabas waktu solat, kawan-kawan. Niat kita bermain kan untuk jadi sihat dan kuat stamina. Yang itu sangat bagus sebab islam sangat menggalakkan umatnya menjaga kesihatan bahkan muslim yang kuat lebih dicintai Allah berbanding muslim yang lemah. Dalam usaha nak jadi sihat, jangan pula kita lupa untuk mengingati Allah buat seketika.
Next, jaga tingkah laku dan tutur kata kita. Ya, memang diakui. Semangat kesukanan yang berkobar-kobar akan menjadikan kita hanyut dibawa arus perasaan. Namun, hindarilah dari kata-kata yang cenderung ke arah perbalahan. Jangan sampai disebabkan sukan, kita hilang sahabat. Tambahan pula, kita yang muslim ini punya role model yang cool bergaya. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah saw. Kita kan didikan Rasulullah saw. Akhlak baginda sangat indah. So, dalam sukan ini contohilah baginda. Janganlah kita menghina pihak lawan atau pun mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati a.k.a kata-kata yang buruk untuk halwa telinga. Permainan itu medan bersukan dan membina persahabatan, bukannya medan perbalahan dan memutus kawan.
Seterusnya, untuk menjadikan sukan kita ini platform mengumpul point akhirat, kita seharusnya menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Teruja overdose macam mana pun, jangan kita sehingga bertepuk tampar dengan yang bukan mahram. Meskipun sukan kita ini melibatkan kawan-kawan non-muslim, seharusnya kita yang muslim inilah yang menjaga pergaulan kita. Betul tak? Oh, satu lagi. Islam tidak membenarkan permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, kerana cara ini membuka jalan keruntuhan akhlak. Fikir-fikirkan, saudaraku.
Rasanya itulah perkara yang penting untuk menjadikan sukan kita ini sesuatu yang best dan disukai Allah. Senangkan? Percayalah, kalau kita menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak kita. Jom kuatkan semangat dan yang paling penting, DAVAI IBADAHKAN SUKAN kita!
All the best to all batches!
Written by: AZAM Russia
No comments:
Post a Comment