Saturday, October 29, 2011

Ibrah Fathu Mekah

Fathu Mekah, Symbolik Kemenangan


Byk ibrah yg boleh diambil dari kisah Fathu Mekah ini. Namun pada hari ini sy hanya tertarik utk menerangkan satu ibrah yg cukup besar impaknya yg perlu diambil iktibar buat ikhwah dan akhowat sekalian..

Tahukah anda semua apakah yg dilakukan oleh umat islam sebaik sahaja menjejak kaki di tanah suci? Antara perkara yg terawal yg dilakukan ialah menghapuskan segala berhala yg berada disekeliling kaabah. Tiada satu pun berhala yg ditinggalkan hatta berhala yg terhebat dan terbesar ketika itu iaitu Lata dan Uzza.. Apakah simbolek berhala kepada org islam? Yes, taghut- segala perkara yg selain dari Allah..

Dari peristiwa ini, kejayaan mutlaq umat islam hanya akan dicapai seandainya setiap dari hati2 umat islam diatas muka bumi ini telah bebas dari segala bentuk penyembahan kpd makhluk kpd bentuk ilah utk Allah ta'ala. no wonder hari ini umat islam masih lagi lemah. Masih lagi ditindas kerana internally, kite masih lemah dari sudut aqidah. Dimana hanya aqidah yg utuh kpd Allah sahajalah yg mampu penguatkan saf kekuatan umat islam. Saidina Umar pernah berkata, "Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya." If kite mencari kemuliaan selain dari islam, iA Allah akan menghinakan kita, ditempat yg sehina2nya..

Beliau juga pernah berkata, "Kite dimenangkan oleh Allah krn kemaksiatan yg dilakukan oleh pihak musuh, seandainya kite juga melakukan maksiat maka Allah akan membiarkan kite dgn kekuatan kite sendiri".. Astagfirullah, kekuatan uma islam itu akan lahir dari kekuatan hubungan dgn Allah.. Sudahkah kite mempunyi hubungan yg kuat dgn Allah? Marilah kite same2 utk memuhasabah diri.

Maka relatekanlah dgn keadaan sekarang. Janganlah mengeluh andai kata kite dihimpit dan ditindas di muka bumi ini oleh kekejaman kafirun sedangkan kite sendiri masih lemah dari sudut dalaman. Jgn sesekali menyalahkan Allah krn meletakkan umat islam dalam keadaan hina sedangkan kite sentiase mendustaiNya.. Masakan bantuan itu akan sampai sedangkan kite sentiase mengkhinati Dzat yg diminta bantuan itu..

Wallahualam..

Monday, October 24, 2011

Menerima Saudara Baru

Subhanallah, sesungguhnya hidayah itu hak milik mutlaqMu..

~sudah lama sebenarna aku ingin menulis post ni. Alhamdulillah akhirnya aku diberikan kekuatan oleh Allah utk menulis~

Di Bumi Nizhny Novgorod tercipta satu sejarah.. iA sejarah yg begitu bermakna dalam memartabat islam di muka bumi Allah ini.. Dalam kesejukan angin yg menyapa kami di sini, kehangatan jiwa datang membakar semangat di hati utk terus berjuang memartabatkan risalah Allah itu. Kami di sini menerima saudara baru.. Saudara baru (actually saudari) menggunakan nama Souhayla sebagai nama islamnya.. Beliau telah melafazkan syahaah dihadapan masyarakat Nizhny. Menitik juga air mata kegembiraan. May be ni 1st time sy mendengar syahadah dari non-muslim yg dipilih hatinya oleh Allah utk merase kemanisan islam itu..

Subhanallah, terlalu besar nikmat isla itu!

Tidak ada yg mustahil bagi Allah. Utk memilh hati kite pada jalan yg terus sekali pun memesongkan hati kite, tidak ada yg mustahil bagiNya. Ayuh muslim,hargailah nikmat islam & iman yg kite ada. Jgn lah sesekali menggadaikannya kerana diluar sane masih ramai lagi yg tidak merase nikmat terbesar yg kite miliki ini.. Mereka terpakse menempuh cabaran serta bersusah payah utk mencari hidayah ini. Sedangkan kite terlalu mudah mewarisi title islam dari ibu bapa kite..

" Dan barang siapa mencari agama selain islam,, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk org yg rugi" (3:85)

Sedarlah hanya islam sahaja kunci utk membuka pintu syurga.. Laksanakanlah tuntutan kite sebagai org islam dgn sesempurnanya..iA, segala amalan kite akan dibalas olehNya..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ala toatik
"ya Allah, tuhan yg membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati ini pada agama ini dan juga pada ketaatan kepadaMu"

Thursday, October 6, 2011

Kenapa kita sedikit?

Kadang2 bila aku termenung sendirian memandang luar jendela bilik, hati ni kadang2 rasa sayu jerk.. "Kenapa ya, kita ni sikit jerk?", terlontar jugak akhirnya persolan yg terbuku dalam hati. Suasana sekeliling membawa diri ini kembali muhasabah dan me'recall' balik sirah nabawiyah. Betul, byk sungguh ibrah yg masih perlu diungkap dalam sejarah itu. Teringat kata2 Dr. Hafidzi Mohd Noor, "sejarah itu bukan sekadar kata2 yg ditulis dalam lembaram kertas, ttp sejarah adalah perkara yg perlu diungkapkan ibrah kerana sejarah tidak akan pernah penipu".. Sejak awal gerakan dakwah baginda, juga tidak ramai yg bersama dalam 'saf' baginda utk memperjuangkan syariat utk menegakkan yg hak diatas muka bumi Allah. Mereka juga sedikit, bahkan merupakan kelompok yg minority dalam masyarakt jahiliyah ketika itu. Persoalannya, adakah bermaksud mereka ini lemah @ kelompok yg gagal?

Dalam sejarah islam juga, byk peperangan dimenangi oleh tentera islam sekalipun kelompok tentera islam adalah sedikit berbanding kafirun. Lihat saja ketika Badar berlaku, tentera islam cume 313 manakala, kafirun mempunyai kekuatan sebanyak 1000 iaitu 3 kali ganda berbanding tentera islam. Secara logik akal, memperlihatkan tidak ada ruang utk tentera islam menang. Ttp tidak! Kejayaan menerpa mereka hanya dalam masa 2 jam sahaja. Apakah formula mereka?

Berbalik pada masa awal2 rosulullah menyampaikan dakwah baginda, walaupun mereka merupakan kelompok minority pada ketika itu, tidak bermaksud mereka lemah. Buktinya, islam telah tersebar meluas hingga ke hari ini. Dalam kekuatan yg sedikit itu, mereka akhirnya telah berjaya melepasi saat2 getir menghadapi jahiliyahnya masyarakat lantas mengembangkan sayap islam al-Haq di atas muka bumi ini. Apakah formula kemenangan mereka pula?

Allah telah berfirman dalam surah al-anfal (8:64), " Wahai nabi (Muhammad) Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 org yg bersabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan  200 org musuh. Dan jika ada 100 org (yg sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 1000 org kafir, kerana org kafir itu kaum yg tidak mengerti."

See, formulanya mudah.. iaitu kite kn berSABAR.

Walaupun secara zahirnya kite kelihatan sedikit, ttp kite perlu yakin yg kite ada kekuatan yg terselindung. Yes, kite ada kekuatan dari Allah. Cume catu bende yg prlu kite lakukan. Iaitu bersabar. Persoalannya berapa ramai org islam yg mampu bersabar dan istiqomah atas jalan dakwah dan tarbiyah ini? Kerana EGO, BOSAN, NAFSU dan SYAITAN, akhirnya mereka HILANG SABAR dalam mentarbiyah diri dan akhirnya jatuh ke lumpur jahiliyah. Jalan dakwah dan tarbiyah ini, adalah jalan yg bukan ditaburi bunga, ttp jalan yg ditaburi duri dimana perhentiannya amatlah jauh. Justeru kesabaranlah perkara utama yg dituntut.




Yakinlah wahai daie, para qiyadah, barisan qaedah sulbah. Biarpun kite sedikit, ttp sebenarnya kite kuat. Cekalkanlah hati kerana satu hari nanti pasti yg haq itu akan mengalahkan yg batil. Laksanakanlah tugas biarpun berhadapan beribu tentangan. Syurga itu mahal tiketnya, dan tidak semua yg mampu utk membeli. Maka beruntunglah kpd mereka yg diberikan peluang oleh Allah utk membelinya.

# "Ya Allah, Engkau redhoilah umat islam dibumi Nizhny ini. Hindarkanlah ia dari segala musibah dan murka dari Mu. Bukaknlah pintu hati manusia2 disini utk menerima hidayahMu dan kekalkanlah sifat SABAR dalam diri utk terus istiqomah. Engkau hapuskanlah dustannya jahiliyah yg ada disini."- doaku buat bumi Nizhny yg ku cintai~