Wednesday, June 15, 2011

Aku Juga Manusia

Dulu, aku hampir terjatuh dgn bisikan syaitan. Dulu hati ini selalu tidak puas hati n jengkel dgn org2 sekeliling kerana kesilapan yg mereka lakukan. Khilaf aku juga yg tidak pandai utk berterus-terang, akhirnya aku berdendam. Aku merana bersendirian! Mulut kata ikhlas, tp hati kata x puas. Astagfitullah.. Mungkin masih lagi ada kelemahan dari segi taaruf dgn mereka.Tp, kini aku menginsafi kerana semua manusia itu TIDAK SEMPURNA. Alhamdulillah, kini aku dh mampu menerima hakikat itu, n cube utk berterus terang dalam setiap keadaan.yes, mmg xda manusia kt dunia ini pun yg perfect!


Begitu juga dgn aku.. Kerana sikap aku, hilang 'tsiqah' dari mad'u2 aku. Ada yg semakin menjauhkan diri, ada juga yg dh lari. Ketahuilah wahai mad'u2 aku, aku bukannya MALAIKAT, yg mampu membaca setiap hati manusia. Jikalau aku dikurniakan kelebihan agar dapat membaca hati2 kalian, pasti n pasti tidak akan ada perkara yg membuatkan kalian terguris hati. Mungkin mmg ada khilaf pada diriku. Justeru, aku paling mengharapkan "pernyataan terus terang" dari kalian agar aku mampu mengubahnya. Ketahuilah, aku juga dalam proses memperbaiki diri.


Manusia itu mmg penuh dgn kelemahan.. Tetapi tidak bermakna kelemahan itu tidak dapat diatasi. Sampai bile, kite akan menjadikan faktor kelemahan itu sebagai alasan dalam setiap kesilapan kite. Dengan kesilapan, demi kesilapan demi kesilapan yg dilakukan berulang kali. Justeru, sampai bile kite akan jadi manusia yg lebih baik, seandainya kelemahan itu pun tidak dapat kite perbaiki.


Ya, manusia itu tidak sama. Ada keinginan n perwatakan yg berbeza2. Allah ciptakan semuanya berhikmat. Disitu lah hakikat persaudaraan kite diuji. Bagaimana kite menerima setiap kelemahan saudara kite, dan peroses nasihat menasihati sesama kite dalam usaha memberbaiki kelemahan yg kite ada. PERFECT perancangan Allah ini.


"Wahai manusia, Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari sorang laki2 dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal" (49:13)


Ketahuilah teman2, sahabat2 n mad'u2 aku.. Aku kasih n hormat kalian kerana Allah, moga nanti kite dpt bersua di syuga Allah.. Itu impianku atas dasar ukhuwah yg kite bina ini..


Jom jadi supersaiya!
Rosulullah bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yg mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka disisi Allah


Kemudian sahabat bertanya. Apakah ciri2 mereka?


Rosulullah Bersadba: "Meraka itu segolongan manusia yag berkasih sayang dgn roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah, sesungguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu diatas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yg lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih"


No comments: