Wednesday, June 15, 2011

Aku Juga Manusia

Dulu, aku hampir terjatuh dgn bisikan syaitan. Dulu hati ini selalu tidak puas hati n jengkel dgn org2 sekeliling kerana kesilapan yg mereka lakukan. Khilaf aku juga yg tidak pandai utk berterus-terang, akhirnya aku berdendam. Aku merana bersendirian! Mulut kata ikhlas, tp hati kata x puas. Astagfitullah.. Mungkin masih lagi ada kelemahan dari segi taaruf dgn mereka.Tp, kini aku menginsafi kerana semua manusia itu TIDAK SEMPURNA. Alhamdulillah, kini aku dh mampu menerima hakikat itu, n cube utk berterus terang dalam setiap keadaan.yes, mmg xda manusia kt dunia ini pun yg perfect!


Begitu juga dgn aku.. Kerana sikap aku, hilang 'tsiqah' dari mad'u2 aku. Ada yg semakin menjauhkan diri, ada juga yg dh lari. Ketahuilah wahai mad'u2 aku, aku bukannya MALAIKAT, yg mampu membaca setiap hati manusia. Jikalau aku dikurniakan kelebihan agar dapat membaca hati2 kalian, pasti n pasti tidak akan ada perkara yg membuatkan kalian terguris hati. Mungkin mmg ada khilaf pada diriku. Justeru, aku paling mengharapkan "pernyataan terus terang" dari kalian agar aku mampu mengubahnya. Ketahuilah, aku juga dalam proses memperbaiki diri.


Manusia itu mmg penuh dgn kelemahan.. Tetapi tidak bermakna kelemahan itu tidak dapat diatasi. Sampai bile, kite akan menjadikan faktor kelemahan itu sebagai alasan dalam setiap kesilapan kite. Dengan kesilapan, demi kesilapan demi kesilapan yg dilakukan berulang kali. Justeru, sampai bile kite akan jadi manusia yg lebih baik, seandainya kelemahan itu pun tidak dapat kite perbaiki.


Ya, manusia itu tidak sama. Ada keinginan n perwatakan yg berbeza2. Allah ciptakan semuanya berhikmat. Disitu lah hakikat persaudaraan kite diuji. Bagaimana kite menerima setiap kelemahan saudara kite, dan peroses nasihat menasihati sesama kite dalam usaha memberbaiki kelemahan yg kite ada. PERFECT perancangan Allah ini.


"Wahai manusia, Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari sorang laki2 dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal" (49:13)


Ketahuilah teman2, sahabat2 n mad'u2 aku.. Aku kasih n hormat kalian kerana Allah, moga nanti kite dpt bersua di syuga Allah.. Itu impianku atas dasar ukhuwah yg kite bina ini..


Jom jadi supersaiya!
Rosulullah bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yg mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka disisi Allah


Kemudian sahabat bertanya. Apakah ciri2 mereka?


Rosulullah Bersadba: "Meraka itu segolongan manusia yag berkasih sayang dgn roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah, sesungguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu diatas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yg lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih"


Monday, June 6, 2011

exam.. oh! exam...

Bismillah, Alhamdulillah, Allahu akbar!

Syukurku kehadrat ilahi dengan segala limpah dan kurniaanNya, aku masih lagi hidup.. Masih lagi hidup dengan limpahan rezeki, nikmat iman dan islam.. Selawat keatas nabi, kerana dng aura bagindalah, islam bertakhta di atas bumi hingga kehari ini..Syukur, syukur dan syukur kehadratMu..

Dah lama rupanya aku biarkan blog ni bersawang.. sejak2 bulan exam berlangsung.. Alhamdulillah, akhir2 ni aku dah mampu menarik nafas separuh lega kerana aku dah melepasi hampir separuh dari exam tersebut.. tinggal lagi 2 paper (pathology physiology dan internal medicine).. Harap2 segalanya dipermudahkan..

Post kali ni, sekadar ingin berkongsi pengalaman pasal exam yg telah berlalu.. Tidak terucap dengan kata utk menerangkan segala-galanya.. As for my impression, generally aku agak kecewa dgn exam yg telah aku lalui.. Kepala serabut, yg paling susah bagiku adalah planing date utk jawab exam tu.. Btw, sem ni merupakan sem yg paling "seram" bagi pelajar2 medik di Nizhny, sbb kami kn menduduki 5 paper (paper terbanyak).. ni date exam yg aku dh duduki..


Surgery: 27/5/2011 (jumaat)
Pharmacho: 31/5/2011 (selasa)
Path anat: 4/6/2011 (sabtu)


Aku sedar, secxam kali ini bukan sahaja menguji ilmu didada, tp juga menguji management time utk setiap exam. Aku rase aku terlalu kelam kabut utk settlekan exam dalam waktu yg cepat. Btw, exam2 diatas di ambil bukan in the date. tp, aku yg gatal nk awal kan sume exam kt atas atas alasan kepala dh serabut.


Tp, alhamdulillah Allah permudahkan kesemuanya sekali pun preparation setiap paper tu cume 2-3 hari.. Pasal markah, ya mmg secara jujurnya aku x dpt markah yg aku inginkan (malah exam kali ini dh memcacatkan rekod aku yg dulu2). Tp disebalik itu, sebenarya Allah dh permudahkan urusan examku.. Rase2nya xder lagi senior2 n rakan2  batch yg dh menyelesaikan 3 exam dalam seminggu plus2.. (asif, bukan nak riak cume nak berkongsi perasaan dalam hati)


Kesimlupannya, exam kali ini mengajarkan aku utk lebih tabah n redho dengan apa yg berlaku.. Takdir yg Allah tetapkan utk aku ini sebenarnya adalah yg terbaik utk aku saat perkara itu berlaku. Ya, Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tidak akan sesekali Allah menganinyaya hambaNya kecuali hambaNya lah yg menganinyaya diri sendiri


Hikmah dari peristiwa
1) tabahkan hati dan lebih kuat utk mencapai yg terbaik
2)sabar dan redho atas apa yg berlaku
3)Tawakal dan ikhlaskan niat pada Allah