Monday, December 16, 2013

Menjelmakan Makna Tarbawi

Assalamualaikum,

Sudah lama juga blog ni bersawang. Aduh, rase amat kurangnya mujadah dalam diri, bile byk pula masa dihabeskan kpd perkara2 lain. iA akan cube mencoretkan sesuatu utk muhasabah bersama2.

Sebelum itu, sentiasalah kite melafazkan kesyukuran kpdNya krn hingga ke hari ini kite masih lagi diberikan kekuatan olehNya utk terus utuh melangkah pada jalan ini. Hakikatnya nikmat dakwah dan tarbiyah ini adalah nikmat yg terbesar yg tidak berikan oleh Allah kpd semua hambaNya. Krn sifatnya yg robbani, maka jalan ini juga memerlukan rijal2 yg robbani.

Tarbiyah yg berjaya melahirkan insan2 yg bergerak. Maksudnya, sifat tarbiyyah adalah merubah. Perubahan kpd sesuatu yg lebih baik. Dan perubahan tidak akan berlaku selagi mana hatinya tidak tersentuh, masih lagi tidak terbuka utk menerima hidayah Allah. Justeru aspek tarbiyah, fokusnya adalah dari hati. Bermula dgn hati lah, akan terjelma dalam bentuk amal.

"ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Segala2 bermula dgn tarbiyah. Tarbiyah menghidupkan hati-hati. Hati yg segar-bugar mampu ditempatkn dimana-mana. Dipegang agama sekuat-kuatnya biarpun terpaksa bergerak secara berkeseorangan. Itulah yg dizahirkn oleh org yg sempurna tarbiyyahnya.

Mudah2an kite dpt mencontohi rosulullah yg mendapat tarbiyah dari Allah dlm menyebarkn risalahnya