Friday, August 26, 2011

Setahun jagung bergelar Murobbi

 "Jalan dakwah, jalan berliku", itulah kalimat yg selalu didengar. Namun hanya org yg mengalaminya mampu menghayati kalimat ini. Dulu aku terimanya sebagai satu perkataan, ttp kini aku menerimanya sebagai satu pengalaman.
*post kali ini aku ukirkan utk pengongsian pengalaman aku yg masih muda bergelar murobbi..

Aku juga tidak lepas menerima kepayahan dalam berdakwah. Dalam menggerakkan mad'u2 dan mengetuk pintu hati mereka supaya rela utk ditarbiyah. Bukan sekadar itu, ttp mereka sedar pentingnya tarbiyah dan bergerak bersama2 aku dalam saf ini. Kekadang aku punyai masalah dalam bermuayashah dgn mereka, dlm membentuk pemikiran mereka, serta mewujudkan keterikatan mereka dgn usrah. Dalam masa yg sama juga, aku berhadapan dgn konflik diri dalam menguruskan jadual hidup dari segi akademik, kewangan, hubungan dgn kawan2 terutama roomate aku dan sebagainya.

Hari2 yg berlalu aku terpakse hadapinya dgn kekuatan dan ketabahan hati. Sepanjang tahun kuliah aku yg lepas, aku perasan yg prestasi aku kian merosot. Ini adalah silap dari diri aku sendiri yg masih gagal menyesuaikan diri dgn suasana hidup yg baru. Gagal merancang jadual hidup. Setiap kali exam, hanya kekecewaan yg mampu aku pamerkan. Ini mungkin tarbiyah dari Ilahi dalm merancanakan hikmah dalam hidup aku. Alhamdulillah, biarpun  begitu aku telah mampu melepasinya. Moga Allah bagi kemudahan utk exam2 yg mendatang.

Tidak cukup seperti itu, ada mad'u2 aku yg lari dari ditarbiyah. Sedihnya hati hanya Allah saje yg tahu. Ttp perkara ini sedikit sebanyak merefleksi diri aku sendiri. Mungkin dalam diri ini masih kurang ruhi kepada robb. Mungkin masih ada jahiliah yg bersarang dalam diri. Astagfirullah..

Kpd yg akan bergelar murobbi, persiapkanlah diri antum semua spy mentally n physically sudah bersedia menghadapi mehnah dalam perjuangan..

Hidup: satu perjuangan

"dan sungguh, Kami benar2 akan menguji kamu sehingga kami mengetahui org2 yg benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu" 
(47:310)

Kehidupan adalah satu perjuangan. Perjuangan yg akan menjadi penentu kejayaan atau kegagalan dalam erti kehidupan yg hakiki. Bile dikatakan perjuangan, perkara asas yg dituntut adalah mujahadah atas segala kepayahan dalam kehidupan. In a simple words, kehidupan adalah cabaran. Berhati-hatilah, andai kite gagal merasakan cabaran dalam hidup atas dasar masih tidak lagi diberikan ujian olehNya kerana dimata Allah darjat kesolehan kite masih lagi rendah disisiNya. 


Seseorang yg beriman tidak akan lari utk berhadapan dgn masalah. Sekali pun masalah yg dihadapi itu amat perit utk dihadapi.. Tp, ingatlah ayat Allah pada ayat yg terakhir dalam surah al-baqarah "Allah tidak membanai seseorang sesuai dgn kemampuannya" (2:286).. Makin besar beban yg dihadapi, lagi tinggi martabat di sisi Allah. Bermakna Allah sudah sedar kehadiran kite dalam mencari redhaNya.


Moga Allah beri kite ilham dan kekuatan menghadapi liku2 hidup ini..


Ameen