Sunday, July 3, 2011

Statik

Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri!
Sibukkan diri dengan aktiviti, hidup biar ada perjuangan.
Ada sesuatu yang diperjuangkan.
Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia.
Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu.

-Ust. Hasrizal Jamil-

Andai masa kite tidak diisi dengan perkara2 BESAR, perkara2 KECIL akan mengisi masa2 kite. Persoalannya, apakah perkara2 besar dan perkara2 kecil itu? Simply to say, 
  • perkara2 besar adalah perkara2 yg mendokong matlamat pejuangan kite diatas muka bumi ini iaitu khalifah dan ibadah, manakala 
  • perkara2 kecil adalah selain perkara2 besar yg akan membawa kite kpd 'lagho' dan futur
Manusia yg statik adalah manusia yg gagal menempatkan diri utk bekerja ke arah matlamat perjuangan iaitu khalifah dan ibadah. Akhirnya seseorang individu itu akan lalai dan leka dengan kehidupan dunia yg fana ini yg menyebabkan insan itu gagal memahami ad-din secara menyeluruh seterusnya menjatuhkannya kelembah kehinaan yg nyata.


waktu cuti

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang. 
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Menusuri waqi' di rusia amnya, dan di Nizhny khususnya, rata2 pelajar ramai yg dah pulang ke Malaysia utk summer holiday.Satu fitnah yg hebat apabila rata2 pelajar gagal memanfaatkan masa yg terluang selama 2 bulan @ kurang itu dgn kerja2 tarbiyah tanpa alasan yg munasabah. Ada yg beralasan perlu menghabiskan masa bersama keluarga. Perlu difahami konsep, jangka masa yg panjang bukanlah beerti impaknya berkesan, namun masa yg sedikit tp berkah dan berkualiti menjanjikan impak yg mendalam.


Yg tidak balik ke malaysia pula, rata2 juga gagal memanfaatkan masa yg terluang di bumi Nizhny ini. Ada yg beralasan abg/ akak usrah dah tiada kt sini. Satu perkara yg perlu kite sedar, perlu ada inisiatif utk kite bekerja. Sepatutnya kite yg mencari bukan yg dicari. Akhirnya, apa yg berlaku kebanyakan masa dihabiskan dgn movie2 yg ada dalam hard disk. 


Aku juga tidak terkecuali terkena tempias fitnah tersebut. Tarbiyah itu perlu! Biarpun payah, ttp mujahadah utk jalan ini, iA akan diberikan ganjaran yg setimpal olehNya..


Bercuti, bukanlah bermaksud kite cuti segala2nya. Cuti dari mutabaah amal, cuti dari mencari ilmu, cuti dari berusrah, cuti dari mujahadah, cuti dari istiqomah. Manfaatkanlah waktu cuti sebaik2nya.. 


Tawakal Alallah =)