Kita ni, terlalu sgt mencari kesalahan org ,
Itu salah, ini salah,
Kite je yg betul..
Sudah level malaikat kah kita ini?
Kita mmg terlalu sgt mengeluh,
Terlalu manja..
Itu tidak boleh, ini tidak boleh,
Semua tidak tentu arah..
Tak ramai antara kita yg boleh sentiasa positif,
Menjadi proaktif,
Responsif kpd persekitaran.
Lantas membuahkan amal.
Kita mmg selalu fikir negative,
Selalu pessimist,
Reaktif kpd persekitaran,
Bile ape2 yg tak betul, kita salahkan keadaan,
Tidak pernah pula kite muhasabah,
Ambil pengajaran,
Jadikan apa yg berlaku sebagai dorongan.
Pernah tak kite dengar kisah nabi yusuf?
Contoh insan yg proaktif.
Biar dipenjara, ttp tetap bersyukur.
Proaktif dan responsif dalam menginsafi org2 sekitarnya
Jom jadi insan proaktif!
Saturday, May 25, 2013
Sunday, March 3, 2013
Satu Pertemuan
Hari ini 3/3/2013 genaplah 91 thn ulang tahun sejarah jatuhnya satu sistem khalifah yg diperjuangkan setelah sekian lamanya, akhirnya ditumpaskan oleh sang durjana Mustapha Kamal Ar-Tartuk pada thn 1924.
Hari ini malangnya, tidak ramai umat islam yg terkesan dek musibah ini, barangkali kita sendiri tidak merasa betapa peritnya datuk2 n nenek kita bermati-matian memperjuangkan, betapa perlunya seorang pemimpin dalam kehidupan umat islam. Bahkan, barangkali kite sudah terlalu "aman" dalam zon selesa kite sehingga tuntutan sejarah ini telah pergi jauh dari matlamat jalan perjuangan kita.
Pemimpin yg menjadi simbolik, rujukan penyatupaduan umat islam. Hari ini - kita melihat kesan pepecahan yg begitu dasyat berlaku dalam kelompok umat islam yg masing2 mendakwa memperjuangkan agenda islam dalam wasilah/amal masing2. Justeru perkara paling asas dalam perjuangan hari ini, ialah bagaimana kita meng'intima'' kan diri dalam jemaah, dalam konteks penyatupaduan yg lebih besar.!
Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi memberi kekuatan kepada sy utk terus menulis.. Menggunakan wasilah penulisan ini utk memberi peringatan kpd yg sudi membaca. Lantas, hidayah milik Allah. Moga Allah membuka hati kpd sesiapa yg membaca utk terus "mencari-cari" hidayahNya.
.................................................................................................................................................................
Ternyata hidup ini adalah satu pentas pementasan drama. Kita akan melihat, babak2 drama yg pelbagai dari pelbagai ragam/character manusia disekeliling kita. Rupa2nya Allah mengajarkan kpd kita utk melihat, berfikir juga mengambil ibrah dalam setiap babak2 yg berlaku utk kite pula "beraksi" dalam agenda/babak pementasan kita.
Itulah kehidupan!
Itulah perjuangan!
Satu keupayaan yg memerlukan kita "sensitif" kpd persekitaran, lantas membentuk satu amal yg "syari'e" utk kita terus "survive" dibawah payung rahmat Allah.
Namun, ternyata ianya tidak semudah menyebut A-B-C. Hakikatnya ramai yg "keras" hatinya, "pekak" telinganya, juga "buta" matanya utk memberi "respon" yg sepatutnya terhadap babak2 yg dipertontonkan Allah. Gagalnya umat islam hari ini, utk mengambil ibrah atas sejarah2 peradaban yg telah berlalu, lantas gagalnya juga utk membentuk amal yg sepatutnya. Astagfirullah.. Adakah kita termasuk dalam golongan yg dinyatakan Allah dalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka jahanam byk dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat2 Allah), dan mereka memiliki mata, ttp tidak dipergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, ttp tidak dipergunakannya utk mendengar (ayat2 Allah)" (7:179)
Sering kali sy bicarakan perihal kehidupan dan perjuangan, buat memperingati diri sy sendiri juga semua mutarobbi yg dikasihi. Tidak jemu utk sy nyatakan betapa manis kesan, dari pahitnya sebuah perjuangan. Juga peringatan supaya jgn sekali2 menyerah/putus asa dari kepahitan perjuangan itu, sedangkan langkah kita baru sahaja setapak.
Ingatlah firman Allah, "dan org2 yg berjihad utk mencari keridaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan2 Kami" (29:69)
Xkan mungkin kemanisan itu akan dicapai, sedangkan kita sudah berhenti melangkah dari menggapai kemanisan itu. Perlu diingat, pada jalan ini, ramai musuh Allah yg mencemburui kita dari segenap sudut. "Mereka" tidak akan toleransi/belas kasihan utk menenggelamkan kita dalam lumpur maksiat. Tp hakikatnya, ramai yg lebih suka memilih utk bermain lumpur!
Hendak atau tidak, pada jalan makrifatullah ini, kite perlu menggunakan segala wasilah yg ada utk mengenalNya. Perlukah kita berlengah? Sedangkan umur kita, tidak kita tahu hak mutlaknya.
Ya! Pejuangan ini tidak seperti yg kita impikan, krn hakikatnya mmg manusia ni fitrahnya menambakan hal2 yg "manis2". Ternyata dalam kehidupan ini, kdg kala kita hanya memperoleh secebis sahaja dari apa yg kita impikan. *sedih! huh
ttp, inilah dia rempah ratus kehidupan yg bakal mematangkan setiap detik perjuangan kita pada masa akan dtg. Hakikatnya, tidak ramai yg mampu berjuang menuju robbani. Malangnya, lebih ramai yg menghalakan perjuangan mereka pada perkara2 yg tidak langsung menjamin keselamatan pada kehidupan di akhirat. Bahkan, tidak pernah terhenti pun langkahnya, dalam perjuangan duniawi itu. **pelik, keliru!
Inilah masalah umat hari ini.
Justeru, sy menggesa diri sy, juga mutarobbi yg dikasihi akan betapa pentingnya "tarbiyah" dalam pembinaan diri yg utuh. Keterlibatan dalam satu kelompok yg manis dgn ukhuwah, yg subur dgn nasihat! Jgn sesekali korbankn tarbiyah! Tarbiyah itu nyawa. Tarbiyah yg mengkonsistenkan gerakan amal, yg membuahkan erti dalam setiap perjuangan juga mewarnai kehidupan.
Ingin sekali sy ungkapkan, betapa manisnya tarbiyah.. Dan inilah yg ingin sekali sy sampaikan, dan ingin sekali, org lain juga merasa ke"best"an tarbiyah ini.
Asalkan, kita bersedia utk berubah dan menanamkan matlamat serta menggenggamnya seerat2nya. Tidak dapat tidak, sebagai manusia mmg lumrahnya tidak dari dari kesilapan. Justeru, marilah kita sama2 berlapang dada dan menerima kesilapan masing2. Inilah tarbiyah yg Allah ingin ajarkan kpd kita. Krn hakikatnya, bile kite sudah berumah tangga nanti, kite juga perlu belajar menerima kelemahan teman hidup kite. Krn kelemahan itu akan kite terjumpe juga, tanpa kite mencarinya. Jadi, belajarlah menerima kelemahan org lain dari sekarang (maaf, seandainya sy bukan org yg layak utk bercakap pasal hal ini, sbb sy pun masih lagi belum berkeluarga)
Ya! Dalam gerakan amal tubali ini, Allah mentarbiyah kita utk terus belajar, untuk terus berusaha utk menjadi yg terbaik dimataNya. Perlunya kita dalam mengimbangi emosi, fizikal serta mental. Agar kekerasan fizikal dapat diimbangkan dgn lembutnya emosi, Agar kegoncangan emosi dapat diimbangkan dgn kewarasan akal. Perlu sedar, proses intiqo' (penapisan) akan sentiasa berlaku. Justeru, sudahkah kite mempersiapkan diri atas setiap intiqo' itu utk menjadi lebih baik?
Kerana kita beriman dgn satu pertemuan denganNya, lantas dgn alasan apakah lagi ingin kite berikan kpdNya nanti bahawa kita telah beriman?
Moga Allah juga terus mentsabatkan hati ini pada jalan yg diredhoiNya.
Sunday, February 24, 2013
Tarbiyah Robbaniyah
Salam wrt,
iA, hari ini sy akan cuba utk mencoretkan memori tarbiyah, buat tatapan serta pedoman semua jundi2 dakwah dan tarbiyah.
Dgn keinsafan, bahawa diri ini bukanlah contoh yg terbaik utk menjadi qudwah pada jalan ini. Justeru saya memohon maaf yg sebesar2nya juga memohon agar anda juga mendoakan sy spy tsabat atas jalan ini.
1) perjuangan yg panjang
- sepanjang sy terlibat dalam amal tulabi ini, pada jalan ini, ramai yg sy jumpai sudah tumbang. sedikit demi sedikit. Bukan mereka yang dianggap golongan muslim biasa sahaja, ttp juga yg mempunyi anasir taghyir yg sebelumnya bersama2 dalam saff ini, yg comitment dalam memperjuangkan agenda dakwah.
-hakikatnya, pada jalan ini, mereka tidak mampu meng'konsisten'kan semangat dalam beramal. Semakin hari semakin terhakis semangat itu.
-justeru kite perlu sama2 men'diagnose' apakah penyebab utama berlakunya penghakisan jiwa ini.?
-Ternyata, permulaan robbani memainkan peranan yg utama dalam menentukan hala tuju perjuangan untuk hari2 berikutnya. Ramai yg menyedari jalan ini adalah jalan yg panjang, namun ramai yg tidak mampu mempersiapkan diri utk berhadapan dengannya. Oleh hal yg demikian, ramai yg tersungkur terlebih dahulu sebelum sampai ke destinasi.
-Sebab itu, menjadi kewajiban kpd kader2 dakwah utk sentiasa memuhasabah diri, mentajdid niat spy kita dapat mengekalkan semangat dalam perjuangan ini
2) nafsu & syaitan
- kegelinciran rijal2 dakwah ke lembah kefuturan tidak dapat tidak, krn nafsu yg bergelora serta hasutan syaitan yg tidak terduga. Malangnya, ancaman ini tidak pernah berehat, malahan sentiasa mengecam anak2 adam 24-7
-sungguh begitu, tidak ramai anak2 adam yg mampu mempersiapkan jentera pertahanan diri setiap waktu dan ketika dek kerena lemahnya diri sebagai manusia.
-hatta tok syeikh yg tinggi ilmunya pun, tidak terlepas dari fitnah "futur" ini.
-sungguh, syndrome yg paling nyata apabila melakukan dosa dan maksiat, kita putus asa dari rahmat Allah.
-sedarlah, Allah syg kpd hambaNya yg bertaubat setelah melakukan dosa. Pintu rahmat Allah tidak pernah tertutup buat hamba2Nya.
-Dek nafsu dan syaitan inilah, kewarasan dalam berfikir juga membuat keputusan terbatas. Bukan kerana tiadanya ilmu, ttp krn hasutan kemanisan dunia menutupi kebenaran syar'i
3) tarbiyah robbani vs tarbiyah manusiawi
-kejarlah keredhaan Allah, nescaya ianya tidak akan menyakiti kita. Ttp apabila kita mengejar keredhaan manusia, nescaya bisa saja diri kite disakiti dek krn kekurangan yg ada pada diri manusia
-Pada jalan ini, ada yg tidak sengaja terlibat dek manisnya makanan, budi pekerti juga hormatnya kepada akak2 n abg2 yg menDF. Akibatnya, ada yg mengikuti gerabak ini atas dasar wala' syakhshi (ketaatan kpd individu) yg seterusnya mencacatkan matlamat akhir perjuangan ini. Natijah dari kes ini, setelah abg2 n akak2 tersebut sudah graduate @ sudah tiada, maka terhentilah kerja2 tarbiyah yg dilaksanakan selama. Aduh! Amat rugi sekali rasanya.
-Begitu juga apabila tarbiyah ini didasari oleh manusia, bile timbul salah faham @pertelingkahan maka tecencatlah segala amal yg perlu dilaksanakan.
-Hakikatnya, hendaklah kite sentiasa meluruskan kembali arah/matlamat perjuangan kita supaya tidak dicemari perkara2 yg sepatutnya, kearah menuju robbani.
4) islah nafsak, wad'u ghoirak (memperbaiki diri, dan seru org lain)
-beradanya kita pada jalan ini, bukan beerti telah sempurna akhlak, ilmu serta ruhi kita. Ttp dek krn keinsafan atas byknya dosalah, kite kita laksanakan dakwah, menyahut seruanNya. Semoga dgn ini, Dia memberi peluang utk memaafkan kita
-ya! barangkali yg menyertai gerabak ini lebih rendah ilmu serta akhlaknya berdanding yg tidak menyertai gerabak ini. Tp yg membezakan kita, adalah semangat utk terus berubah dan bersama2 dalam saff org yg rukuk serta sujud dalam menunaikan hak Allah dan manusia sejagat.
-kearah perbaikan diri inilah kita perlu saling menerima kelemahan org lain, atas dasar menyedari bahawa diri kita ini juga mempunyai byk kelemahan. Tidak perlu ego yg melampau sehingga kita merendah2 org lain.
-kita perlu belajar utk menjadi qudwah dalam masyarakat spy risalah Allah tersebar gemilang diatas muka bumi ini.
iA, mungkin setakat ini sahaja beberape point penting yg ingin sy ingatkan buat diri sy dan juga anda yg membaca. Sy menginsafi kelemahan2 yg ada pada diri sy sepanjang gerak kerja pada jalan ini. Buat anak2 mutarobbi sy bermula dgn liqo' Mujahid Muda, kemudian kepada Ghuroba' dan seterusnya Hawariyyun, sy dgn rendah hati memohon ampun andai ada hak2 yg tidak tertunai sepanjang jalan pentarbiyahan ini.
WA
-kerana aku beriman kpdNya, aku berusaha menjadi yg terbaik dimataNya-

Friday, February 22, 2013
Jalan Ini
Pada Jalan Ini,
Aku mengenal betapa perlunya perjuangan,
ya! Hidup adalah satu perjuangan,
Dgn berjuanglah, kita bisa mengenal erti kehidupan.
Jalan tapisan,
Bisa sahaja aku rebah, meredah onak & liku,
Bertahan melawan, betapa hebatnya kuasa nafsu,
Juga kesamaran syaitan yg tenggelam-timbul,
Ternyata aku rebah akhirnya,
Tp dek kerana ini jalan tarbiyah,
Aku bangkit kembali.
Jalan robbani,
menyelami kehidupan bersemaikan makrifatullah,
krn Allah matlamatku,
Akan aku berusaha menjadi yg terbaik dimataNya,
Aku belajar menepis kelelahan dunia,
Demi mencari kerehatan di Syurga,
Oh! indahnya nikmat letih itu,
Demi jalan menujuNya.
Jalan tarbiyah,
byk yg aku mulai belajar,
betapa perlu melepaskan kepentingan peribadi,
demi utk kepentingan ummah.
Ya, betapa byknya lagi perkara yg perlu aku belajar,
utk menjadi seorang muslim yg sejati.

Saturday, February 9, 2013
Kisah Musa & Khidir
Salam wrt..
iA pada post kali ini, ana akan cube berkongsi ilmu dgn teman2 sekalian, berkenaan pengajaran dan intipati dalam penceritaan surah kahfi, 18: 60-80.. Perihal ayat ini menceritakan kisah Nabi Mudan dan Khidir
Kisah ini juga dinukilkan dalam sahih muslim yg berbunyi:

Hadis riwayat Ubay bin Kaab رضي
الله عنه:
Ia berkata : Dari Said bin Jubair ia berkata: Aku pernah
berkata kepada Ibnu Abbas رضي
الله عنه bahwa Naufan
Al-Bukali beranggapan bahwa Musa عليه
السلام nabi Bani
Israel adalah bukan Musa yang menjadi sahabat Khidhir.
Ibnu Abbas berkata: Musuh Allah adalah pembohong. Aku pernah
mendengar Ubay bin Kaab رضي
الله عنه berkata: Aku pernah
mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم
bersabda:
Musa عليه
السلام pernah
berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israel.
Dia (Musa) lalu ditanya: Siapakah manusia yang paling
berilmu? Dia menjawab: Akulah orang yang paling berilmu.
Allah lantas menegurnya karena dia tidak mengembalikan ilmu
kepada Allah. Allah lalu memberi wahyu kepadanya bahwa salah seorang hamba-Ku
yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.
Selanjutnya Musa bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku
dapat bertemu dengannya? Dikatakan kepadanya: Bawalah seekor ikan dalam sebuah
keranjang. Di mana saja kamu kehilangan ikan tersebut, maka di situlah dia
berada.
Kemudian Musa pun berangkat bersama muridnya bernama Yusya’
bin Nun. Musa عليه السلام membawa ikan
tersebut dalam sebuah keranjang. Dia dan muridnya berangkat dengan berjalan
kaki sampai keduanya mencapai sebuah batu karang besar dan tidurlah Musa عليه السلام dan muridnya. Sementara ikan yang
berada dalam keranjang bergerak dan keluar dari keranjang lalu jatuh ke laut.
Kemudian Allah menahan ombak, sehingga menjadi seperti sebuah lengkungan buat
melintas ikan tersebut. Musa عليه
السلام dan muridnya
terheran-heran. Mereka meneruskan sisa perjalanan pada siang dan malam hari
sedangkan murid Musa عليه
السلام lupa untuk
memberitahukannya.
Keesokan paginya Musa عليه
السلام berkata
kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa
letih karena perjalanan kita ini. Tetapi (Musa عليه السلام)
tidak akan merasa letih sebelum dia sampai di tempat yang diperintahkan.
Muridnya berkata: Tahukah engkau ketika kita mencari tempat
berlindung di sebuah batu karang tadi, aku lupa menceritakan tentang ikan itu,
setanlah sebenarnya yang membuatku lupa untuk menceritakannya, ikan itu telah
masuk ke laut dengan cara yang sangat aneh sekali.
Selanjutnya Musa عليه
السلام berkata:
Kalau begitu itulah tempat yang kita cari. Keduanya lalu kembali. Keduanya mengikuti
jejak mereka semula. Hingga ketika mereka tiba di batu karang tadi Musa
tiba-tiba melihat seorang lelaki yang berselimut dengan sebuah pakaian dan
itulah Khidhir. Musa عليه
السلامmengucapkan salam
kepadanya.
Khidhir bertanya kepadanya: Ternyata di negerimu terdapat
salam! (Musa عليه السلام) berkata: Aku adalah
Musa. Khidhir bertanya: Musa Bani Israel? Dia menjawab: Ya. Khidhir berkata:
Sesungguhnya kamu memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah
kepada kamu yang aku tidak ketahui. Sebaliknya aku juga memiliki ilmu dari
ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah kepadaku yang tidak kamu ketahui.
Musa عليه
السلام berkata
kepada Khidhir: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu
yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Khidhir menjawab:
Sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku. Bagaimana kamu bisa sabar atas
sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa عليه السلام berkata: Insya Allah kamu akan
mendapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam
suatu urusanpun. Khidhir berkata kepadanya: Jika kamu mengikutiku, maka
janganlah kamu menanyakan tentang sesuatu apapun sampai aku sendiri yang akan
menerangkannya kepadamu.
Musa menjawab: Baiklah. Khidhir dan Musa عليه السلام lalu berangkat dengan berjalan kaki di
tepi pantai dan lewatlah sebuah perahu di hadapan mereka berdua. Mereka
bercakap-cakap dengan para penumpangnya agar mau mengangkut mereka. Karena
sudah kenal dengan Khidhir, mereka lalu membawa keduanya tanpa bayaran.
Khidhir beranjak ke salah satu papan perahu lalu dicabutnya.
Musa عليه السلام berkata kepada
Khidhir: Mereka telah membawa kita dengan percuma tetapi dengan sengaja perahu
mereka kamu lobangi! Apakah kamu hendak menenggelamkan penumpangnya.
Sesungguhnya kamu telah berbuat suatu kesalahan yang besar? Khidhir berkata:
Bukankah aku telah berkata: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar
bersamaku. Musa عليه
السلام berkata:
Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku
dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.
Selanjutnya mereka meninggalkan perahu tersebut. Saat mereka
sedang berjalan di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang anak remaja bermain
dengan beberapa temannya. Khidhir memegang kepala anak itu lalu memenggalnya
sehingga terbunuhlah ia.
Musa عليه
السلام berkata:
Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu? Bukankah dia tidak membunuh orang
lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar.
Khidhir berkata: Bukankah sudah aku katakan kepadamu, bahwa
kamu tidak akan sabar bersamaku. Perbuatan ini lebih kejam lagi daripada yang
pertama. Selanjutnya Musa عليه
السلام berkata: Jika
aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah kali ini, maka janganlah kamu
memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur
kepadaku.
Maka keduanya berjalan, hingga tatkala keduanya sampai
kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu
tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya
mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhir
menegakkan dinding itu. Ia berkata: Miring, Khidhir mengisyaratkan dengan
tangannya dan menegakkan dinding tersebut. Musaعليه
السلام berkata
kepada Khidhir: Orang-orang yang kita datangi tidak mau menerima kita sebagai
tamu dan tidak mau menjamu kita. Jikalau kamu mau niscaya kamu mengambil upah
untuk pekerjaan itu. Khidhir berkata: Inilah perpisahan kita. Aku akan
memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang membuat kamu tidak
sabar terhadapnya.
Rasulullah صلی
الله عليه وسلم bersabda:
Semoga Allah merahmati Musa. Aku akan senang sekali kalau
saja Musa عليه السلام boleh bersabar
sehingga dia dapat menceritakan kepada kita tentang pengalaman mereka berdua.
Rasulullah صلی
الله عليه وسلم bersabda:
Tindakan Musa عليه
السلام yang pertama
memang karena lupa. Beliau bersabda: Seekor burung terbang lalu hinggap pada
tepi perahu itu dan mematuk ke laut. Khidhir lalu berkata kepadanya: Ilmu kita
jika dibandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit
tersebut pada laut itu .
Shahih Muslim
Antara pengajaran yg boleh diambil ialah:
1) Kita disunnatkan utk bermusafir dalam urusan mencari ilmu walau sejauh manepun
Justeru, perlu ada satu semangat yg mendorong dalam urusan bermusafir itu, kerana bermusafir bukan satu perkara yg mudah. Boleh jadi, sape2 yg tidak mempunyai matlamat yg jelas dalam bermusafir itu, akan berhenti separuh jalan sahaja.
Jadi, matlamat serta cita2 yg tinggi amat penting.. Seperti mane Nabi musa, yg begitu teguh dalam perjalanannya walaupun sejauh mane pun perjalanan yg akan diambil.
Begitu juga dgn kire, urusan kite dalam menuntut ilmu masih lagi panjang.. justeru amatlah digalakkan utk kite sentiasa mentajdid niat. Moga Allah permudahkan urusan kita semua
2)Kita juga disunatkan utk menambah ilmu kita, walau sebanyak mane ilmu perlu di pelajari
Dalam erti kata lain, urusan menuntut ilmu tidak akan berhenti sehingga hembusan nafas kite yg terakhir. Ilmu menjadi unsur oenting dalam kehidupan kerana sesuatu amalan perlu berteraskan kejelasan ilmu.. Justeru tiada istilah bertaklid buta.
3) Kita harus mampu mentakwil apa2 yg tidak difahami dari perkataan
sbg seorang muslim, kite perlu peka/ sensitive terhadap persekitaran serta mampu menguasai biah/suasana masyarakat. Kite harus mampu membuat prediction terhadap sesuatu keputusan atau perancangan dakwah terhadap sesuatu masyarakat.
Ini lah ilmu yg diberikan oleh Allah kpd nabi Khidir. Kemampuan utk mentakwil perkara2 yg berlaku disekelilingnya yg tidak ada pada nabi musa
4) Berhukum dan berpegang dgn zahir sebelum muncul sesuatu disebaliknya
aplikasi dalam kerja2 DnT, seseorang murobbi memberikan tugasan kpd mutarobbi. Menjadi satu kewajiban kpd mutarobbi tersebut utk melaksanakannya. Barangkali, ada agenda yg penting yg disembunyikan oleh murobbi tersebut, contohnya utk memerhati bagaimana perjalanan/management seseorang mutarobbi tersebut dalam melaksanakan tugas yg diberikan.
Secara idealnya, tanggungjawab yg diberikan itu harus dilaksanakan dengan minima persoalan or tanpa persoalan. Justeru kite harus yakin, seorang murobbi itu ada satu pandangan yg lebih jauh dalam merangka sesuatu gerakan DnT di sesuatu kawasan
5) Mengutamakan diri dalam ibadah dan sunat mengutamakan rg lain dalam urusan dunia.
6) menepati janji dan meninta maaf jika gagal.
7)bertanya kpd org yg lebih tahu
=> kesimpulan dari kisah ini, lebih kpd adab apabila berhadapan dgn guru. Mudah-mudahan segala yg dicoretkan menberi manfaat kpd semua..
yg baik dtg dari Allah, yg buruk dtg dari kelemahan diri.. Hakikatnya kedua2 dtg dari Allah.
Friday, December 21, 2012
Pegangan tarbiyah
Dalam buku "Usrah dan Dakwah" yg dinukilkan oleh ISHAB, beliau menggariskan 6 pegangan ynag perlu digenggan erat oleh insan yg ditarbiyah..
1) Agama islam hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam diri
2) Kebahagiaan dan asaadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan itu, kebenaran itu dan keadilan itu.
3) Kemenangan dan keyakinan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela bekorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan
4) kesabaran dan ketahanan dalam perjuangan hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt.
5) Hiduplah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dalam kehidupan hanya terletak pada keyakinan san perjuangan itu
6) belajar bekorban dan menanfaatkan diri demi kepentingan Cita2 dan Agama
Mari kita sama merefleksi diri kita! Sudah berdiri teguhkan nilai islam dalam diri kite? Sudah bertakhta kah Allah dalam jiwa? Sudah yakinkah anda dgn jalan Dakwah & Tarbiyah ini?
Lantas ini lah perutusan dalam risalah perjuangan ini dengan diisi : keimanan kpd kemuliaan dakwah ini, keimanan kpd kesucian Fikrah ini dan sungguh berazam hendak hidup dan semati dengan Dakwah serta fikrah ini..
Lantas, adakah kita golongan yg "bekerja" itu?
Maka, carilah jgnlah mencari kemuliaan dalam berdakwah!
Ikhlaskan diri, moga Allah memberi yang terbaik buat kita semua..

Wednesday, December 19, 2012
keyakinan itu~
Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya. (HR. Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------------------------------1st scene: Satu hari, ada sorang adik junior datang.. Ketika berbual, tersembur satu kalimah yang sesekali membuat aku tergamam.. "Bang, sy xsuka lipat carpet lepas solat jemaah. ramai lagi yang boleh buat"- barang kali ini juga yg dirase oleh jemaah2 yg lain..
2nd scene: aku seperti biase memanggil org lain utk solat jemaah sekali.. bile sampai seruan ku kpd seorang adik ni, dia menjawab, "abg g lah dulu, sy x suka lah tunggu org lambat dtg"- barang kali, inilah penyebab ada yang menjadi makmum masbuk or ada yang tidak dtg langsung.
**saat aku mendengar, sesekali tergamam seketika. Sesekali terpacul juga ayat2 ini dalang kalangan mad'u yang qowiyy.. Aku merefleksi diri! Masih kurang lagikah aku mereka ditarbiyah? Masih gagalkah aku menjadi contoh kpd mereka? Adakah mereka men"cermin"kan diri ku sebenarnya.. Astagfirullah! huhu..
Moga Allah mengampunkan dosa2 aku dan dosa2 mereka.. Barangkali masih belum sempurna tarbiyah hati mereka, sehingga masih belum sedia untuk berkorban diri..
Masih terngiang2, kisah hijrah nabi dan para sabahat.. Satu kisah yang amat bermakna, yang menjadi peristiwa penting yang mengangkat ketamadunan islam dalam rentetan sejarahnya.
Golongan ansar menyambut kaum muhajirin dgn senyum lebar dan tangan terbuka. =) tidak pernah disimpan perasaan iri hati/ sakit hati sesama mereka, sehingga ada yang sanggup menawarkan isterinya sendiri kpd saudara muhajirin mereka. Apatah lagi memberikan keperluan2 asas yang lain.. Cukup sempurna layanan mereka!
Inilah dia ukhuwah! bila setinggi2 ukhuwah (itsar) diamalkan, merendah2 ukhuwah (berlapang dada) dipadukan. Tiada rase melepas tangan dan tidak bertanggungjawab.. Alangkah bagusnya kalo sume saling tolong menolong, tanpa menuding jari sesama sendiri. Yang paling menghampakan, jika ada yang melarikan diri dgn hany berkata, "xper, ada org lain yang buat!"- gurp! Astagfirullah..
** xmampu nk berkata ape2 lagi **
tidak akan ada ukhuwah,
jika masing2 mementingkan diri sendiri, jika dendam lama masih membara,jika ego masih menguasai diri dan tidak ada sape mengambil peduli..
sudah tibe masanya utk bekorban kepentingan diri,
utk kepentingan bersama~
walau sekecil mane pun usahanya.. ♥
moga bunga2 ukhuwah bisa terus mekar~
Subscribe to:
Posts (Atom)