Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Rememberance of Nakbah!

PEDULIKAH KITA?
Jika kita ghairah setiap tanggal 31 Ogos dengan meraikan Hari Kemerdekaan, tahukah kita ada apa pula pada setiap tanggal 15 Mei? Pernah dengar pasal peristiwa Nakbah? Saya yakin, masih ada diantara kite yg masih ke'blur'an mengenai perkara ini. Sebenarnya, menjadi satu kewajian kepada insan yg bergelar islam mengambil tahu peristiwa Nakbah ini, kerana disinilah berlakunya kegelapan hidup umat2 islam yg dititipkan ke Bumi palestine. Menjadi satu 'dosa' dan kesalahan, kepada orang yg bergelar islam, apabila mereka tidak mahu mengambil tahu, apatah lagi bertindak dalam menyelesaikan perkara ini. "Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara" (49:10). Justeru, sudahkah kite menjadikan mereka saudara kite?


Imbauan Sejarah
Peristiwa 63 tahun lepas dikenali sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka. Satu malapetaka besar buat penduduk Islam di bumi Palestin  secara amnya dan kepada seluruh umat islam sebenarnya.Jika sebelum itu kita telah dimalukan dengan peristiwa kejatuhan khalifah Islam secara rasminya, sekali lagi pada 1948 kita di hina secara terang-terangan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam sejak dahulu lagi.Tidak bermaksud untuk mengutarakan secara mendalam tentang peristiwa Nakba di sini kerana diri ini yakin dengan kemudahan teknologi dan maklumat, info berkaitan dengan nakba begitu senang untuk diperolehi.



Darah perjuangan mereka
Setiap hari kita digegarkan dengan berita-berita yang gempar di bumi anbiya’ itu. Perjuangan saudara-saudara dalam menegakkan panji-panji Islam tetap diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan yang mereka lalui. Mereka yakin bahawa perjuangan ini adalah resam hidup dalam mencapai nilai janji-janji Allah terhadap orang-orang yang berjuang.
Anak-anak kecil, yang pada kebiasaannya bergelak ketawa bersama rakan-rakan, berlari keriangan dan mewah dalam kehidupan adalah suatu yang mustahil bagi anak-anak di Palestin. Jika anak-anak kita di besarkan penuh dengan kasih sayang dan suasana yang terbaik, maka lain pula untuk mereka di sana. Namun apa yang pasti, nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka amat jauh kasih dan sayangnya jika dibandingkan dengan kita di sini. Pilu hati si ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka menjadi mangsa kepada kezaliman Yahudi, namun mereka redha. Kerena mereka di Palestin yakin bahawa nilai kasih sayang sebenar adalah perjuangan untuk agama ini.
Begitu juga keadaannya untuk nasib para ibu dan bapa Palestin. Setiap hari, langkah keluar mereka tidak dapat menjanjikan yang mereka akan dapat pulang kembali ke rumah bersama-sama dengan keluar mereka semula, dengan anak-anak mereka. Setiap hari mereka melangkah, mereka tidak tahu adakah itu langkah terakhir mereka  meninggalkan keluarga ataupun tidak. Tetapi apa yang mereka tahu, balasan Allah terhadap perjuangan mereka adalah pasti.
Semangat perjuangan kita
Tidak sanggup untuk melihat perjuangan yang mereka lalui. Jika mereka yakin, jika mereka tahu maka kita juga perlu yakin dan tahu. Kerana apa? Kerana kita juga adalah sama seperti mereka, melafazkan satu kalimah agung, mewarisi mukjizat yang mulia dan berusaha untuk mengangkat panji-panji Ilahi.
Jika di Palestin, mereka bertumpahan darah tidak bermakna kita yang selesa disini hanya perlu berdiam diri dan tidak pula bermakna kita semestinya bertumpahan darah. Sumbangan yang dapat kita lakukan untuk saudara-saudara kita, walaupun tidak seberapa, namun ianya besar untuk mereka malahan sesuatu yang mulia disisi Allah.
Mengapa tidak untuk kita turut menitiskan air mata dalam mendoakan perjuangan mereka? Ketahuilah, sebenarnya perjuangan itu adalah perjuangan kita juga. Luluhkan hati ini untuk berdoa kepada yang Maha Esa untuk kemenangan yang nyata, ketabahan hati yang pasti dan kekuatan yang azali untuk kita juga mereka di sana.
Jika kita diserang dengan senjata-senjata berat janganlah berputus asa kerana senjata kita adalah doa. Doa kepada tuhan yang menciptakan segalanya. Kepada yang Maha Kuasa. Jangan berputs asa kerana saudara-saudara di bumi itu tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang ada sebelum kita, mereka juga tidak berputus asa.  Iringilah semangat kita ini dalam meningkatkan kualiti diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.
Ingatlah, Allah adalah matlamat terakhir kita.

Friday, February 18, 2011

Kerikir di BumiTaif

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul, Baginda telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Makkah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda, yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda dan pengikut-pengikutnya. Di antara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda SAW termasuklah Abu Talib, bapa saudara Baginda sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

Berikutan kematian Abu Talib, pihak Quraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda SAW. Pada tahun yg same juga, isteri Baginda Saidatina Khadijah juga telah meninggalkan alam dunia. Baginda begitu sedih. Dan bulan itu dikenali sebagai bulan kesedihan @ dukacita. Disebabkan ancaman dari musyrikin, Baginda mengambil keputusan utk berhujrah ke Taif. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq, suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad SAW berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mengajak kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Quraish. Baginda juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda.

Sebaik-baik sahaja Rasulullah SAW tiba di sana, Baginda telah mengunjungi tiga orang pemimpin Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah SWT. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah SWT, bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda SAW kepada mereka. Baginda telah dilayani secara kasar dan biadap. Kekasaran mereka amat bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati tetamu yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda SAW tinggal di tempat mereka. Rasulullah SAW berharap yang kedatangan Baginda akan disambut dengan baik. Sebaliknya Baginda telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris di sepanjang jalan keluar ke Ta'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang menyahut seruan dakwahnya.

Kemudian, Nabi saw merintih di dalam doa setelah tiada yang menyahut seruannya:

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنترب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بكغضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرضوأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبىحتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Apabila Nabi saw dipulau oleh masyarakat di Taif, dalam keadaan hendak melarikan diri daripada dibaling batu, Baginda telah menghampiri dua buah kebun yang merupakan kebun Utbah Bin Rabiah dan Syaibah Bin Rabiah. Utbah dan Syaibah walaupun mereka ini merupakan musuh ketat kaum muslimin tetapi apabila melihat Nabi saw dalam keadaan luka yang teruk, simpati mereka terkesan sehingga menyelubungi jiwa mereka. Diberikan pelindungan tempat berteduh dan makanan merupa buah anggur. Sezalim mana pun musuh pasti ada sekecil simpati terhadap insan lain apabila terdapat kesusahan pada diri seseorang itu.

Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabi’ah enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca ‘Bismillah!’ Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.

‘Siapa namamu?’ tanya Nabi SAW ‘Addas!’ ‘Dari mana engkau?’ tanya beliau lagi. ‘Dari negeri Niniva!’ jawab Addas. ‘Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!’ Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. ‘Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!’ Addas keheranan. ‘Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,’ jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.

Ibrah
1)      Melalui peristiwa ini kite dapat lihat betapa tabahnya hati Baginda dalam melaksanakan tugas sebagai utusan Allah utk memberitahu manusia perkara yg haq. Kecekalan dan kemahuan Baginda tidak pernah luntur dari hati sanubari sehingga akhirnya agama islam tersebar luas hingga hari ini. Dan dengan aura bagindalah kite memiliki islam yg kite anuti hari ini. Juzteru, kite sebagai daie tidak boleh menyerah kalah, berputus asa dalam melaksanakan dakwah walaupun kite akan dihina, dicerca dan ditomah. iA, Allah akan memberikan kite hadiah yg terbaik kelak.
2)      Sebagai daie juga kite perlu berhikmah dalam berdakwah. Dalam kepayahan dan kesakitan sewaktu di kebun anggur tersebut, Rosulullah masih lagi mengambil kesempatan utk berdakwah kepada Addas dengan penuh hikmah. Baginda mendahului name Yunus bin Matta berbanding diri Baginda utk meyakinkan Addas. Lantas, bibit keyakinan terus tersemat di hati Addas terhadap Nabi.
3)      Sokongan ahli keluarga dan sabahat handai juga penting dalam menjalankan dakwah secara efficient. Selepas kematian Khadijah dan Abu Talib, ancaman kepada baginda semakin menumcak daripada sebelumnya. Sewaktu berhadapan dengan masyarakat Taif, baginda masih lagi disokong oleh Zaid bin Harithah untuk berhadapan dengan kekejaman org2 di Taif. Justeru, para daie hendaklah sentiasa menyokong antara satu sama lain utk melengkapi segala yg kurang supaya tidak diancam oleh musuh. Rosulullah pernah bersabda, Orang mukmin sesama mukmin itu umpama sebuah bangunan atau binaan yang saling kuat menguatkan. Jadi kuat memperkuatkanlah antara kite yerk. 
4)      Kunci utama utk berdakwah adalah bersabar. Untuk memancing hati2 manusia bukan satu kerja yg mudah. Justeru, hendaklah kite sentiasa berdoa kpd Allah agar dibuka pintu hati pada mad’u utk menerima hidayah Allah. Tugas daie hanyalah utk menyampaikan perkara yg haq. Selebihnya kite pulangkan kepada Allah. Jadi, janganlah bersedih dan putus asa sekiranya apa yg kite dakwahkan itu menemui jalan kegagalan.

Wallalhualam.

Tuesday, February 15, 2011

Rosulullah-Qudwah Hasanah



“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat qudwah hasanah (contoh ikutan) yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa 
susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)




Kehidupan dibumi Russia sunguh mencabar. Hampir tidak sedar esok dalam kalender Hijriah merupakan 12 Rabiulawal. Maklumlah hidup kt oversealah katakan. Syukran kepada kawan2 yg mengingatkan. Ada ape dengan 12 Rabiulawal? Rata2 dari kite mungkin sudah mengetahui. Maklumlah, dulu kecik2 rajin menghafal lagu nasyid, "Junjungan Mulia"-Al-Mizan. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan tarikh keramat bagi umat islam dimana pada ketika itu, junjungan besar kite, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.


Justeru tidak hairanlah, umat islam di Malaysia khususnya membuat persiapan rapi utk menyambur Maulidur Rasul. Teringat lagi saat muda2 dahulu, kami membuat perarakan sambil melaungkan salawat kepada Nabi. Maka ketika ini, selain perarakan, banyak jugalah marhaban dan ceramah disampaikan.

Ini Sunnah or Bid'ah
 Perkara ini sering  dijadikan polemik dalam masyarakat kerana Rosulullah tidak pernah meminta utk diraikan tarikh lahirnya. Tidak pula dilaksanakan pada zaman sahabat dan zaman salafussoleh. Tetapi dilaksanakan pada zaman sekarang. Sehingga ada sesetengah pihak menyatakan ini perupakan bid'ah hasanah. Sesetengah pihak yg tidak menyetujuinya pula menyatakan ini sambutan ini adalah satu bid'ah

Namun bagi pendapat saya, tarikh ini prlu dimanfaatkan sepenuhnya dan ini merupakan peluang keemasan yg tidak patut dilepaskan. Maulid bukan bermaksud kite mengingati kelahiran Rosulullah semata-mata, tetapi utk mengenang perjuanangan Rosulullah yg pahit getir pada satu ketika dahulu dalam menyebarkan agama islam supaya perjuangan Baginda akan sentiasa dikenang. Seterusnya mencetuskan semangat utk terus menyambung tugas Baginda yg kini diletakkan dibahu kite.

" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rosul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (2:143)

Tambahan, masa kini kite terlalu dengan urusan duniawi, sehingga kite kadang2 kite terlupe utk warning diri kite mengikuti sunnahnya supaya kite tidak tersesat dalam melaksanakan tugasan dalam kehidupan kite. Seterusnya memperingati diri kite tidak lalai dalam melaksanakan tugas dakwah.

"Aku tinggalkan dua bekal yang berharga (tsaqalain). Pertama adalah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Laksanakanlah Kitabullah itu dan berpegang teguhlah kepadanya. (Dan berpegang pula) pada sunahku" (HR Bukhari)


Kita patut berterima kasih kepada Baginda, kerana dengan auraNyalah kite dapat merasa islam yg sekarung kite anuti. Islam-satu-satunya agama yg Allah redhoi yg iA, membawa kite ke dalam syurga. Berterima kasih juga, kepada para sahabat, tabi', tabi'in, serta mereka2 yg berada di sof berjalanan Rosulullah. Baton perjuangan tidak pernah berhenti, dan kini kitalah yg memegang baton itu utk meneruskan pecutan perjuangan Baginda. 


Bagaimana nak mencintai Rosulullah?
Cukupkah dengan menyayangi Rosulullah menunjukkan kecintaan kite terhadapNya? Jikalau benar, jadilah kite seperti Abu Talib, pak cik Nabi yg begitu menyayangi Nabi sehingga sanggup utk membela nabi tatkala masyarakat mekah membencinya. Mengikut sejarah, Abu Talib masih menyebelahi Nabi biarpun berlaku pemulauan yg begitu hebat terhadap nabi dan pengikutnya pada ketika itu. Namun akhirnya, Abu Talib tetap dimasukkan kedalam neraka. Sebab ape? huhu


Cukupkah dengan mengikuti perintah Rosulullah menunjukkan kecintaan kite terhadapNya? Jikalau begitu, jadilah kite seperti Abdullah bin Ubai- ketua munafiq yg hidup pada zaman Rosulullah. Munafiq adalah golongan yg bermuka dua. Abdulllah bin Ubai mengikuti mengikuti perintah Rosulullah ttp atas dasar utk kepentingan diri (utk keselamatan diri dan darjatnya). Namun di belakang Rosulullah, dia tetap mengkritik dan mencela Rosulullah. Akhirnya dia juga dimasukkan kedalam neraka. Kenapa? huhu


Oleh itu, dalam usaha mencintai Rosulullah, perasaan cinta dan mengamalkan sunnahnya adalah elemen penting utk menunjukkan rase cinta kite kpdNya. Hilang salah satu elemen, maka kite sebenarnya masih gagal dalam mewujudkan cinta kepadaNya.


Maka, renung-renungkanlah!. Sudah sempurnakah cinta kite terhadapNya. Mampukah air mata kite mengalir utkNya?~


"Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Nabi), maka Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" (3:31)


Jom bersolawat
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat bershalawat kepada Nabi . Wahai orang-orang beriman, bershalawatlah kepadanya dan ucapkanlah salam"




**Jadikahlah Rosulullah sbg role model hidup...


Aku MerinduiMu!



Aku merinduiMu ya Rosulullah!
Segenap jiwa dan ragaku,
Biar sekalipun wajahMu tidak pernah aku lihat,
Biar pun kite tidak pernah bersua,
Biar orang akan kata ini cinta gila,
Namun aku akan tetap merinduiMu.
Aku relakan air mata ini mengalir utkMu.

Ya Rosulullah,
KehadiranMu membawa rahmat ke seluruh alam,
Engkau menjadi pelita dalam kegelapan,
Menyuluh kehidupan manusia ke arah jalan tuhanMu,
Agar manusia terselamat dlam perjalanannya,
Dari khurafat dan maksiat yg membuat mereka sesat.

Aku merinduiMu ya Rosulullah!
Memang Engkau layak meraih cinta umatMu,
Sebagai mana cintaMu terhadap umatMu,
Engkau sanggup tanggung derita saat kematianMu,
Demi umatMu yg Engkau cintai,
Sungguh istimewa cintaMu, layananMu terhadap umatMu,

Sungguh diri ini rase amat malu ya Rosulullah,
Aku tidak mampu membalas cintaMu,
Betapaku tahu betapa besarnya pengorbananMu,
Betapa peritnya kehidupanMu,
Betapa mulianya tugasMu,
Namun diri ini masih lagi kaku.

Aku ingin sekali mengikuti jejak lagkahMu,
Tidak ingin nanti aku digelar munafiq,
Seperti Abdullah bin Ubai,
Yang gagal dalam mencintaiMu.
Tidak juga seperti Abu Talib,
Yang gagal dalam melaksanakan sunnahMu.

UntukMu ya Rosulullah,
Jauh dari sudut hati ini berjanji,
Akan terus dan terus bermujahadah,
Dalam meneruskan jejak perjuanganMu.

Ya Rosulullah!
SyafaatMu ku damba,
Supaya akhirnya nanti,
Kite mampu bersua,
Di syurga Abadi.
Aku merinduiMu ya Rosulullah!