Showing posts with label tadabur. Show all posts
Showing posts with label tadabur. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

siape lagi kuat..

" Maka adapun kaum 'Ad, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa mengendahkan kebenaran dan mereka berkata, "siapakah  lebih hebat kekuatannya dari kami?" Tidakkah mereka memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yg menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatanNya dari mereka. Dan mereka telah mengingkari tanda2 (kebesaran) Kami" (41:15)

Pada ayat ini, Allah menemplak golongan2 yg derhaka yg sentiasa tunjuk hebat. Sedangkan manusia itu terlalulah kerdil berbanding kekuasaan Allah. Disebabkan sifat manusia yg sentiase kufur akan nikmatNya, manusia sentiase terlupa siapakah yg memberi nikmat tersebut kpd mereka? Kealpaan manusia membawa mereka terhuyung-hayang dgn nikmt yg diperolehnya. Manusia itu keliru!

Melalui ayat ini, Allah memberi peringatan kpd kite, supaya tidak lupe akan asal usul diri kite yg diciptakan olehNya. Dengan mengenali Hakikat Penciptaan Manusia ini, manusia iA akan sedar diri dan merendah diri dgn kekuasaan Allah.

Sesungguhnya Allah sumber kekuatan diri kita..

Ayuh bermujahadah.. =)

Wednesday, April 20, 2011

Kerehatan Sebenar Hanya Disyurga

IKTIBAR PADA SURAH AL-ASR


CIRI2 SURAH
  • merupakan surah makkiyyah= menekankan aspek aqidah
  • mind set yg ingin di install dalam surah ini.
    • kewajipan berdakwah 247 (24 hours 7 days)
    • tanggungjawab dlm menyampaikan Syahadatul Haq (SH)
    • Yakin KITE adalah penyelamat umat
    • CINTA akan dakwah. Terikat hati dengan dakwah kerana ia adalah satu-satunya cara utk menyelamatkan umat dari kegelapan. Untuk melihat perubahan tersebut, KITA wajib berdakwah
TERJEMAHAN AYAT
(1) Demi masa : 
  • Di sini Allah bersumpah demi masa. Dlm al-quran Allah hanya akan melafazkan sumpahNya pada sesuatu yg sesuatu yg amat penting dan signifikant. Ape pentingnya masa? Masa selalu dikaitkan dengan ajal manusia. Tanpa kite sedar saat demi saat kite menuju detik kematian kite, sedangkan kehidupan dunia semakin menjahui kite. 
  • Kelalaian kite pada masa, menyebabkan kite alpa. Kite leka dengan keindahan dunia sehingga kite lupe pasal mati. Mmg tul sebenarnya org yg paling pandai ialah org yg ingat akan mati.Apabila kite ingat akan mati, kite akan sentiasa meletakkan yg prioriti pada tempatnya. Dan kehidupan kite akan lebih tersusun.Astagfirullah! Masa utk kite berdakwah sudah makin sikit.. 
  • Ape kite tunggu lagi. JOM DAKWAH!

(2) Sesungguhnya manusia dalam kerugian:
  • Kite rugi bile kite berdakwah sorang2. Sbb dakwah perlu bersifat jam'ie. Kite akan rugi bile kite wat sorang2. Sbb ape? Sbb kalo wat kerje secara berjemaah, kerje lagi efficient. Lagi pun, kerje secara berjemaah ni Allah lagi suka, fadhilat lagi besar. 
  • Sbb tu kalo nak solat, kite digalakkan solat secara berjemaah. Besar ganjaran pahalanya. Kalo kite solat sorang2 kitelah yg rugi.

(3) kecuali mereka yg beriman dan beramal solah, yg berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran:
  • Perkataan "aamanu" menunjukkan kata jamak. dimana ayat ini memperkuatkan hujah utk kite bekerja secara berjemaah bukan berseorangan utk mengelakkan kerugian.
  • Disini terdapat 4 rantaian ayat. Perkataan yg digunakan adalah "wa" iaitu 'dan' atau 'and'. Allah tidak menggunakan perkataan "au" iaitu 'atau' atau 'or'. justeru, jika hilang salah satu condition, maka terputuslah rantaian tersebut, menyebabkan seseorang itu akan berada dlm kerugian.
  • 4 rataian yg diceritakan adalah: beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran. Keempat2 perkara ini merangkumi 3 kelompok besar yg dituntut:
  • FARDI: kaitan iman dan amal
  • DAKWI: berdakwah dlm menyampaikan yg HAQ
  • TARBAWI: pentarbiyahan diri dgn sabar
PENGAJARAN
  • Fardi,dakwi dan terbawi adalah wasiat yg perlu kite perturunkan kepada org lain
  • 3 kelompok besar ini perlu kite lakukan agar kite tidak tergolong dalam golongan yg rugi
JOM BERDAKWAH! 
Kite sudah kesuntukan masa sebenarnya. Kerje2 yg ada melebihi waktu yg diperuntukkan. Sudah tiada masa utk kite berlengah2,berangan2 mat jenin dan masih berandiwara dengan keindahan dunia. Sedangkan tugas utama yg diberikan kpd kite sebagai khalifah diatas muka bumi ini, masih lagi tidak dapat disempurnakan. Sudah tidak ada masa lagi utk kite berehat. Dipentas dunia ini, hny menuntut kite berpenat lelah utk bekerja. Tiada istilah rehat digunakan disini. Kerana, kerehatan yg sebenar hanya disyurga!
Masa ibarat sebilah pedang yg tajam..
bisa menghunus diri andai terleka dgn nya..

Friday, March 18, 2011

Aku Punya Untung

PERDAGANGAN YG PELIK

Jom rebut peluang berniaga.. =)

"Wahai org2 beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan 
suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan 
kamu dari azab yg pedih? 
(Iaitu) kamu beriman kpd Allah dan RosulNya
 dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
(61: 10-11)

.....Tatkala bacaan quranku menyinggah ayat diatas, bacaanku terhenti seketika secara tiba2. Lidahku kelu, otak fikiranku ligat memikirkan sesuatu. Mata hatiku mula basah dengan tangisan. Astagfirullah, peringatan demi peringatan Allah ilhamkan dalam hidupku, namun tidak secebis pun yg menusup dalam hidup lantaran kotornya jiwa ini..

Ayat dimulakan dengan "wahai org2 yg beriman". Allah memfokuskan ayat ini hny utk org2 yg beriman. Ya, khusus dan hany terfokus kpd org2 yg beriman, tidak kepada "wahai manusia" dan tidak juga kpd "wahai org2 islam". Secara istilah, berimannya seseorang itu, merujuk kpd keyakinan @ kerpercayaan yg terbit dalam hati terhadap perkara2 ghaib dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk amalan.

Seterusnya Allah meng"offer" kpd org2 yg beriman ini satu perdagangan yg telah diJAMIN keuntungannya, dimana perdagangan ini tidak akan sesekali menemui jalan kagagalan, kemelesetan kewangan mahupun muflis.  Kite kaji sedikit elemen2 penting yg perlu wujud utk menjalan kan perniagaan: 1) modal, 2)peniaga, 3)barang yg diniagakan, 4)pembeli, 5) keuntungan..

Kes 1 (perniagaan laptop)
Modal => kebiasaannya akan dikeluarkan oleh peniaga tidak kire berbentuk hak persendirian @ pinjaman
Peniaga => hany org yg berkeupayaan menjalankan perniagaan laptop
Barang => produk yg dihasilkan oleh peniaga yg ada nilai komersial (laptop)
Pembeli => hany org yg mempunyai kekayaan @ kemampuan utk membeli
Keuntungan => perial faedah yg mendatangkan menfaat kpd peniaga (duit)

** ini merupakan elemen penting yg menjadi kebiasaan dalam perdagangan.

Kes 2 (perniagaan akhirat)
Modal => taufiq dan hidayah dari Allah (kehidupan manusia, tubuh badan yg sihat n dll)
Peniaga => hanya org yg berkeupayaan (org beriman)
Barang => produk iman dan jihad yg dihasilkan (rujuk ayat quran diatas)
Pembeli => Allah
Keuntungan => ganjaran pahala (jaminan ke syurga dan pelepasan dari azab neraka.

Comparitive cases 1 and 2
Melalui penelitian diatas, Allah telah volunteer utk menjadi pemberi modal kpd org2 yg beriman utk menjalankan perniagaan diatas. Secara reality, tidak akan mungkin ada manusia yg sanggup utk menjadi pemberi modal, kecuali wujud satu hubungan yg meyakinkan antara pemodal dan peniaga. Tidak hairanlah selalunya modal dikeluarkan oleh peniaga itu sendiri kebiasaannya. Berbeza dgn Allah, dimana Allah sebenarnya telah meyakini bahawa org2 yg beriman mampu utk menjalankan perniagaan tersebut berdasarkan ciri2 yg terdapat pada org2 yg beriman itu sendiri (rujuk 2 ciri2 org yg beriman kt atas).

Dan yg peliknya, perniagaan yg Allah offer ini, Allah sendiri yg volunteer utk membeli produk yg dihasilkan oleh org2 yg beriman. Dalam erti kata lain, tidak ada penah lelah oleh peniga itu utk mencari modal dan pembeli (sbb mmg dh comfirm ada) melainkan cume berpenat lelah dlm menghasilkan produk iman dan jihad.

Produk yg bermanfaat
Namun, tidak mudah utk menghasilkan produk iman dan jihad krn disitulah perjuangan kite akan diuji sewaktu proses penghasilannya. Juateru, kemantapan hati diperlukan utk meneruskan penghasilan produk tersebut. Secara ringkas, beriman kpd Allah dan rosul, bererti meyakini keEsaan Allah dan risalah yg dibawa rosul serte melaksanakan segala ape yg dituntut melalui rujukan Al-quran dan Hadith. Jihad (dengan harta dan jiwa) pelibatkan pengorbanan dari segi keselesaan hidup dan kepentingan peribadi semata2 kerana Allah. Tidak ada istilah jihad tanpa pengorbanan didalamnya. Jadi janganlah kedekut @ malas utk mengorbankan kekayaan kite, diri kite, nyawa kite, masa kite serta kehisupan kite di jalan Allah.

iA, ganjaran pahala akan derikan oleh Allah atas setiap ibadat kite. Dan ganjaran ini akan menjadi saham kpd kite diakhirat kelak utk memasuki syugaNya dan menghindari nerakaNya.

....Hati ini masih lagi basah. Adakah aku sudah selesai menghasilkan produk itu? Satu persoalan yg masih tidak terjawab dalam diri. Byk lagi jihad yg tidak terlangsai. Hafalanku yg tidak menentu, mutabaah amalku yg tidak konsisten, bacaan ilmiahku yg merundum n dll. Aduh, jiwaku bagai tersusuk duri....

Pena yg tidak akan pernah terhenti. Selagi mana ada lagi manusia yg berdusta dengan risalah ini, selagi itu arus  dakwah akan terus ligat bergerak. Dengan itu, hati ini perlu cekal, tabah dan yg paling penting iman didada perlu sentiasa di top up. Kehidupan aku adalah kehidupan yg mentarbiyah dan ditarbiyah. iA..