Wednesday, June 15, 2011

Aku Juga Manusia

Dulu, aku hampir terjatuh dgn bisikan syaitan. Dulu hati ini selalu tidak puas hati n jengkel dgn org2 sekeliling kerana kesilapan yg mereka lakukan. Khilaf aku juga yg tidak pandai utk berterus-terang, akhirnya aku berdendam. Aku merana bersendirian! Mulut kata ikhlas, tp hati kata x puas. Astagfitullah.. Mungkin masih lagi ada kelemahan dari segi taaruf dgn mereka.Tp, kini aku menginsafi kerana semua manusia itu TIDAK SEMPURNA. Alhamdulillah, kini aku dh mampu menerima hakikat itu, n cube utk berterus terang dalam setiap keadaan.yes, mmg xda manusia kt dunia ini pun yg perfect!


Begitu juga dgn aku.. Kerana sikap aku, hilang 'tsiqah' dari mad'u2 aku. Ada yg semakin menjauhkan diri, ada juga yg dh lari. Ketahuilah wahai mad'u2 aku, aku bukannya MALAIKAT, yg mampu membaca setiap hati manusia. Jikalau aku dikurniakan kelebihan agar dapat membaca hati2 kalian, pasti n pasti tidak akan ada perkara yg membuatkan kalian terguris hati. Mungkin mmg ada khilaf pada diriku. Justeru, aku paling mengharapkan "pernyataan terus terang" dari kalian agar aku mampu mengubahnya. Ketahuilah, aku juga dalam proses memperbaiki diri.


Manusia itu mmg penuh dgn kelemahan.. Tetapi tidak bermakna kelemahan itu tidak dapat diatasi. Sampai bile, kite akan menjadikan faktor kelemahan itu sebagai alasan dalam setiap kesilapan kite. Dengan kesilapan, demi kesilapan demi kesilapan yg dilakukan berulang kali. Justeru, sampai bile kite akan jadi manusia yg lebih baik, seandainya kelemahan itu pun tidak dapat kite perbaiki.


Ya, manusia itu tidak sama. Ada keinginan n perwatakan yg berbeza2. Allah ciptakan semuanya berhikmat. Disitu lah hakikat persaudaraan kite diuji. Bagaimana kite menerima setiap kelemahan saudara kite, dan peroses nasihat menasihati sesama kite dalam usaha memberbaiki kelemahan yg kite ada. PERFECT perancangan Allah ini.


"Wahai manusia, Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari sorang laki2 dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal" (49:13)


Ketahuilah teman2, sahabat2 n mad'u2 aku.. Aku kasih n hormat kalian kerana Allah, moga nanti kite dpt bersua di syuga Allah.. Itu impianku atas dasar ukhuwah yg kite bina ini..


Jom jadi supersaiya!
Rosulullah bersabda: "Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yg mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka disisi Allah


Kemudian sahabat bertanya. Apakah ciri2 mereka?


Rosulullah Bersadba: "Meraka itu segolongan manusia yag berkasih sayang dgn roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah, sesungguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu diatas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yg lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih"


Monday, June 6, 2011

exam.. oh! exam...

Bismillah, Alhamdulillah, Allahu akbar!

Syukurku kehadrat ilahi dengan segala limpah dan kurniaanNya, aku masih lagi hidup.. Masih lagi hidup dengan limpahan rezeki, nikmat iman dan islam.. Selawat keatas nabi, kerana dng aura bagindalah, islam bertakhta di atas bumi hingga kehari ini..Syukur, syukur dan syukur kehadratMu..

Dah lama rupanya aku biarkan blog ni bersawang.. sejak2 bulan exam berlangsung.. Alhamdulillah, akhir2 ni aku dah mampu menarik nafas separuh lega kerana aku dah melepasi hampir separuh dari exam tersebut.. tinggal lagi 2 paper (pathology physiology dan internal medicine).. Harap2 segalanya dipermudahkan..

Post kali ni, sekadar ingin berkongsi pengalaman pasal exam yg telah berlalu.. Tidak terucap dengan kata utk menerangkan segala-galanya.. As for my impression, generally aku agak kecewa dgn exam yg telah aku lalui.. Kepala serabut, yg paling susah bagiku adalah planing date utk jawab exam tu.. Btw, sem ni merupakan sem yg paling "seram" bagi pelajar2 medik di Nizhny, sbb kami kn menduduki 5 paper (paper terbanyak).. ni date exam yg aku dh duduki..


Surgery: 27/5/2011 (jumaat)
Pharmacho: 31/5/2011 (selasa)
Path anat: 4/6/2011 (sabtu)


Aku sedar, secxam kali ini bukan sahaja menguji ilmu didada, tp juga menguji management time utk setiap exam. Aku rase aku terlalu kelam kabut utk settlekan exam dalam waktu yg cepat. Btw, exam2 diatas di ambil bukan in the date. tp, aku yg gatal nk awal kan sume exam kt atas atas alasan kepala dh serabut.


Tp, alhamdulillah Allah permudahkan kesemuanya sekali pun preparation setiap paper tu cume 2-3 hari.. Pasal markah, ya mmg secara jujurnya aku x dpt markah yg aku inginkan (malah exam kali ini dh memcacatkan rekod aku yg dulu2). Tp disebalik itu, sebenarya Allah dh permudahkan urusan examku.. Rase2nya xder lagi senior2 n rakan2  batch yg dh menyelesaikan 3 exam dalam seminggu plus2.. (asif, bukan nak riak cume nak berkongsi perasaan dalam hati)


Kesimlupannya, exam kali ini mengajarkan aku utk lebih tabah n redho dengan apa yg berlaku.. Takdir yg Allah tetapkan utk aku ini sebenarnya adalah yg terbaik utk aku saat perkara itu berlaku. Ya, Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tidak akan sesekali Allah menganinyaya hambaNya kecuali hambaNya lah yg menganinyaya diri sendiri


Hikmah dari peristiwa
1) tabahkan hati dan lebih kuat utk mencapai yg terbaik
2)sabar dan redho atas apa yg berlaku
3)Tawakal dan ikhlaskan niat pada Allah

Tuesday, May 17, 2011

Fatrah Imtihan


Ayat 2 dan 3 dari surah al-Talaq menyebut, (65:2-3)

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
**tengah2 keserabutan ni, tibe2 teringat kt ayat ni.. Terlerai sedikit kekesutan minda. Biaselah dekat2 nak exam ni, byk cabaran yg perlu dihadapi. Mintx2 Allah permudahkan segala urusan exam ni.. Ameen
kepada yg lain juga,
bitaufiq wannajah fil imtihan..

Sunday, May 15, 2011

Islamic couple?

Untuk post kali ini, sy tidak beniat utk bercakap panjang. Cume ingin meluahkan sedikit perasaan dan kedukacitaan kepada sebahagian daripada kite yg mengembar-gemburkan istilah asing " islamic couple". Dalam islam, tidak ada langsung istilah 'couple' apatah lagi istilah yg berbunyi 'islamic couple'. Allah berfirman dalam al-quran, "janganlah kamu mendekati zina" (17:32). Allah tidak berkata, "janganlah kamu berzina", sebaliknya menggunakan perkataan cegahan "mendekati zina". Ini bermaksud, perkara2 yg menyebabkan diri kite kearah zina adalah haram, termasukkan ber'couple' ini.


Namun, kini org2 yg lahir dimuka bumi ini semakin cerdik pandai dan kreatif dengan mewujudkan istilah 'islamic couple' utk sekadar mengaburi mata dgn mengindahkan istilah 'couple' dgn hiasan islami. Tidak mampu diterima dek akal, kerana ada yg beralasan utk memudahkan perbincangn mengenai isu ummah, isu dakwah. Islam itu mudah. Apabila islam melarang sesuatu perkara, islam juga memberi alternatif terhadap perkara yg dilarang itu. Islam melarang couple, tp islam menggalakkan bernikah. Kalo betul, membincangkan perkara2 ummah, lebih elok berbincang dgn status "suami-isteri", iA terhindar fitnah!




Sy ingin analogikan dengan seekor babi. Babi ini dibela dan diternak mengikut cara islam. Justeru, disembelih juga dengan name islam: menyebut name Allah, terputus urat leher dan dihadapkan di kiblat. Persoalan, babi ini bolehkan dimakan dengan alasan sudah mengikut cara yg islam sarankan dalam hal sembelihan? Sudah tentu tidak, kerana dari dasar syariatnya daging babi adalah haram. Begitu juga dengan couple! Andai dihiaskan dgn islami sekali pun, ttp secara dasarnya sememangnya HARAM. Simple kan! So, kite kn jaga hati yerk. Jgn sesekali dgr bisikan iblis..


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Saturday, May 14, 2011

Rememberance of Nakbah!

PEDULIKAH KITA?
Jika kita ghairah setiap tanggal 31 Ogos dengan meraikan Hari Kemerdekaan, tahukah kita ada apa pula pada setiap tanggal 15 Mei? Pernah dengar pasal peristiwa Nakbah? Saya yakin, masih ada diantara kite yg masih ke'blur'an mengenai perkara ini. Sebenarnya, menjadi satu kewajian kepada insan yg bergelar islam mengambil tahu peristiwa Nakbah ini, kerana disinilah berlakunya kegelapan hidup umat2 islam yg dititipkan ke Bumi palestine. Menjadi satu 'dosa' dan kesalahan, kepada orang yg bergelar islam, apabila mereka tidak mahu mengambil tahu, apatah lagi bertindak dalam menyelesaikan perkara ini. "Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara" (49:10). Justeru, sudahkah kite menjadikan mereka saudara kite?


Imbauan Sejarah
Peristiwa 63 tahun lepas dikenali sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka. Satu malapetaka besar buat penduduk Islam di bumi Palestin  secara amnya dan kepada seluruh umat islam sebenarnya.Jika sebelum itu kita telah dimalukan dengan peristiwa kejatuhan khalifah Islam secara rasminya, sekali lagi pada 1948 kita di hina secara terang-terangan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam sejak dahulu lagi.Tidak bermaksud untuk mengutarakan secara mendalam tentang peristiwa Nakba di sini kerana diri ini yakin dengan kemudahan teknologi dan maklumat, info berkaitan dengan nakba begitu senang untuk diperolehi.



Darah perjuangan mereka
Setiap hari kita digegarkan dengan berita-berita yang gempar di bumi anbiya’ itu. Perjuangan saudara-saudara dalam menegakkan panji-panji Islam tetap diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan yang mereka lalui. Mereka yakin bahawa perjuangan ini adalah resam hidup dalam mencapai nilai janji-janji Allah terhadap orang-orang yang berjuang.
Anak-anak kecil, yang pada kebiasaannya bergelak ketawa bersama rakan-rakan, berlari keriangan dan mewah dalam kehidupan adalah suatu yang mustahil bagi anak-anak di Palestin. Jika anak-anak kita di besarkan penuh dengan kasih sayang dan suasana yang terbaik, maka lain pula untuk mereka di sana. Namun apa yang pasti, nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka amat jauh kasih dan sayangnya jika dibandingkan dengan kita di sini. Pilu hati si ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka menjadi mangsa kepada kezaliman Yahudi, namun mereka redha. Kerena mereka di Palestin yakin bahawa nilai kasih sayang sebenar adalah perjuangan untuk agama ini.
Begitu juga keadaannya untuk nasib para ibu dan bapa Palestin. Setiap hari, langkah keluar mereka tidak dapat menjanjikan yang mereka akan dapat pulang kembali ke rumah bersama-sama dengan keluar mereka semula, dengan anak-anak mereka. Setiap hari mereka melangkah, mereka tidak tahu adakah itu langkah terakhir mereka  meninggalkan keluarga ataupun tidak. Tetapi apa yang mereka tahu, balasan Allah terhadap perjuangan mereka adalah pasti.
Semangat perjuangan kita
Tidak sanggup untuk melihat perjuangan yang mereka lalui. Jika mereka yakin, jika mereka tahu maka kita juga perlu yakin dan tahu. Kerana apa? Kerana kita juga adalah sama seperti mereka, melafazkan satu kalimah agung, mewarisi mukjizat yang mulia dan berusaha untuk mengangkat panji-panji Ilahi.
Jika di Palestin, mereka bertumpahan darah tidak bermakna kita yang selesa disini hanya perlu berdiam diri dan tidak pula bermakna kita semestinya bertumpahan darah. Sumbangan yang dapat kita lakukan untuk saudara-saudara kita, walaupun tidak seberapa, namun ianya besar untuk mereka malahan sesuatu yang mulia disisi Allah.
Mengapa tidak untuk kita turut menitiskan air mata dalam mendoakan perjuangan mereka? Ketahuilah, sebenarnya perjuangan itu adalah perjuangan kita juga. Luluhkan hati ini untuk berdoa kepada yang Maha Esa untuk kemenangan yang nyata, ketabahan hati yang pasti dan kekuatan yang azali untuk kita juga mereka di sana.
Jika kita diserang dengan senjata-senjata berat janganlah berputus asa kerana senjata kita adalah doa. Doa kepada tuhan yang menciptakan segalanya. Kepada yang Maha Kuasa. Jangan berputs asa kerana saudara-saudara di bumi itu tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang ada sebelum kita, mereka juga tidak berputus asa.  Iringilah semangat kita ini dalam meningkatkan kualiti diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.
Ingatlah, Allah adalah matlamat terakhir kita.

Monday, May 9, 2011

Hadiah Buat Si Dia

SELAMAT HARI IBU


Bonda,
Hari ini aku ukirkan sebuah warkah,
Madah perindu sebagai hadiah buatmu,
Tanda kasih, tanda cinta dari ku,
Buat bonda yg aku ingati selalu,

Bonda,
Hari ini, hari istimewa buatmu,
Hari ini, dunia meraikanmu,
Hari ini, dunia menyanjung pengorbananmu,
Sebagai tanda penghormatan buatmu,

Bonda,
Quran merakam cerita tentangmu,
yang mengajarkan aku utk menghargaimu,
kerna dikau, aku lahir di dunia,
kerna dikau, aku jadi insan berguna,
kerna dikau, aku belajar erti kehidupan,
kerna dikau, aku kenal islam.

Bonda
Maafkan aku,
Andai dulu aku selalu menyusahkanmu,
Maafkan aku,
Andai dulu aku sentiasa menguji kesabaranmu,
Maafkan aku,
Andai dulu aku pernah melukakan qalbumu,

Tidak mampu aku rasakan,
Saat letihnya dikau mendidikku,
Saat aku mulai bertatih,
Bonda sentiasa disamping aku,
Melayan kerenahku,
Mengajarkan aku untuk terus melangkah,
Menerjah kehidupan.

Tidak dapat ku ungkapkan,
rase bahagianya mendapat bonda seperti kamu,
Dikau membelaiku dgn kasih dn sayang,
Dikau semaikan aku dgn benih islam,
Yg kini semakin membesar menjadi sepohon pokok.

Ya Allah, kasihilah bondaku,
Seperti mana dia telah mengasihiku,
Kurniakanlah kejayaan pada cinta dan kasih ini ya Allah,
Agar akhir nanti kami mampu bertemu kembali,
Menanti di syurgaMu.

Aku teramat merinduimu bonda!

Sunday, May 8, 2011

Qaedah Sulbah

Qa’idah Sulbah dalam bahasa melayu mungkin bermaksud tulang belakang.
Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud “main-team”.
Anda minat bola sepak?
Dalam sebuah team bola sepak … ada team a, team b dan seterusnya.
Ada “main team”, “reserve team” dan seterusnya.
Ada pemain utama, pemain simpanan, pasukan pelapis dan seterusnya.
Qa’idah Sulbah dalam dakwah adalah ibarat main-team dalam pasukan bola sepak.
Mereka adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang dalam main team untuk memenangi sebuah perlawanan dengan melaksanakan strategi yang telah dirancang.
Andai anda seorang pemain bola sepak?
Dimanakah kedudukan anda dalam pasukan tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?
Adakah anda mahu@telah menyertai pasukan dakwah?
Apakah kedudukan anda dalam pasukan dakwah tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?