Monday, January 26, 2015

Perihal 3T

3T

T - ta'rif(pengenalan)
T - Takwin(pembinaan)
T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan)

Konsep yang mudah pada penulisan. Namun susah pada perlaksanaan.

Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T terletak proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim.

Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama( taarif) dan T yang terakhir(tanfiz).

Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.

Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah2 tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.

Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas2 dakwah, qawaid dakwah, kitab2 fikrah, seolah tiada yang pernah didengari.

Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangunan jemaah. Jika adaptasi tarbiyah dalam diri mutarabbi sangat pincang, maka penerus jalan dakwah ini akan terdiri daripada mereka yang langsung tak memahami kepentingan tarbiyah mahupun asas2 islam.

Maka, lahirlah pemimpin2 yang tidak membawa halaqah, tidak boleh menceritakan fikrah, tidak bijak membahaskan isu tarbiyah, namun hanya aktif utk amal am sahaja.

Lahirlahlah juga jemaah yang mengatakan "penerimaan rakyat" sebagai tanda sesuatu tindakan itu benar.

Dan jelas, ini lari daripada fikrah ikhwan mahupun Islam. Islam datang untuk membetulkan, bukannya membenarkan. Dan ikhwan lahir mentarbiyah masyarakat, bukannya popular dalam kalangan masyarakat.

Jelas.

Segalanya bermula dengan 3T. Dan proses Takwin yang baik, akan melahirkan mutarobbi yang memahami kepentingan tarbiyah dalam masyarakat, bukannya kepentingan masyarakat dalam mentarbiyah.

Wallahualam.
-Insan kerdil perlu ditarbiyah-

#copypaste

Saturday, January 10, 2015

IMAN senipis kulit bawang!

Sifat IMAN- menaik & menurun! itulah fitrah iman yg telah Allah tetapkn sebagai satu sunatullah kpd manusia.

IMAN itu MENAIK saat kite byk melakukan amal kebaikan, sedangkan IMAN itu MENURUN bile kite dekat dgn maksiat. it is very simple right. Yes, secara theorinye. But in reality it is very difficult to do it.

Saat iman itu menaik lah, kite begitu teruja utk membaca quran, qiamulail, melakukan solat sunat dan pelbagai lagi sehingga seakan2 dunia hilang dari pandangan kite, sehingga berlapar pun kite sanggup.

Namun, apabila kite diuji dgn perkara2 maksiat.. waktu itu kite leka dan hilang pertimbangan antara wahyu dan nafsu. disinilah kite benar2 diuji, bile kite berlebih2an dalam bermuka buku, berlebih2an dalam bermain games dan sebagainye. itulah nafsu yg selalu membolak balikkn hati kite.

kite kadang2 hairan, knp masih ada manusia yg melakukan perbuatan sumbang (berzina, hubungan sejenis dan sebagainya). Tidak ada otakkan mereka ni? sehinggakan yg menjadi magsa adalah nenek2 bongkok tiga.. "manusia2 tu" tak ada taste ke?

itu lah kepelikan yg ada pada nafsu.! everuthing can happen bile ia melibatkan nafsu. perkara2 luar norma/tabii manusia boleh berlaku sekiranya nfsu itu dijadikan ikutan. jAdi, kite sepatutnya perlu berusaha menundukkan nafsu kite supaya patuh kpd syariat. Kite buat sesuatu perlara bukan kerana kehendak, ttp kite buat apa yg Allah nak.

Sungguh syurga itu tiket untuk masuk kedalamnya tidak murah. hny yg istimewa sahaja yg mampu utk masuk ke dalamnya dgn izinNya. maka batu asas untuk untuk permulaan dgn cara kite melepaskan kepentingan peribadi dgn menundukkan tipu daya nafsu spy tidak bermaharaja lela dalam diri kite.

"katakanlah (wahai Muhammad): "wahai hamba2Ku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia juga yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

39:53

Melalui ayat diatas, Allah sentiasa memberikn harapan utk hamba2nya yg selalu terlupa n terleka dgn dunia. krn Allah itu bersifat pemaaf, Dia lebih mengetahui perihal manusia yg kerap melakukan dosa. Justeru jgn lah kite cepat down dan lari dari melakukan kerja2 kebaikan setelah melakukan dosa dgn mengatakan "aku tidak layak!". Sedangkn Allah telah membuka pintu rahmat yg seluas2 kpd hambanya utk kembali taat kepadaNya

Mmg! tatkala melakukan dosa, kite tidak akan mengingati Allah. Kalo ingat Allah pasti kite x melakukan dosa ye kn?

jadi Allah berfirman, setelah melakukan dosa maka kembalilah kepada Allah dgn segera dgn memohon ampun dh maaf kpdNya. Namun bukan bermaksud kite boleh melakukan maksiat dgn sengaja, then kite kembali kpd Allah. 

Tp, disaat2 kite mula tergelincir tanpa disedari pada kadar kite berusaha berjaga2. pada saat itu kite perlu kembali segera kpd Allah. Berhati2 lah krn syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkn manusia!


**best juga tadabur ayat surah az-zumar disini: http://hakimhalim.blogspot.com/2012/07/janganlah-kamu-berputus-asa-dengan.html

Sunday, December 28, 2014

Sedikit Sugguh Kita Bersyukur!

Assalamualaikum buat ikhwah wa akhowat pembaca. =)

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kekuatan pada hari ini untuk terus menulis. Allah masih bagi peluang menghirup udara segar, meneruskan ibadah harian. Beerti, hari ini Allah masih lagi memberi peluang utk terus bertaubat. 

Subhanallah, Alhamduillah, Allahu akbar!
diepanjang hidup kite, Allah telah aturkan segala rezeki kite sehigga hari ini kite mampu lagi makan makanan yg pelbagai. 

Cube kite bayangkan andai kata kite makan ayam goreng bahagian paha.. (ermm sedapnya). Sedarkah kite ada berape byk ayam diatas muka bumi ini? tak terkira kn? dalam byk2 ayam tu, Allah telah pilih seekor ayam utk kite sebagai rezeki kpd kite. Dan dalam seerkor ayam tu pun, Allah hny pilihkan bahagian paha sahaja untuk kite makan. (sedangkan kepaknye pula dimakan oleh sahabat kite yg duduk disebelah kite).. Inilah perjalanan rezeki yg telah Allah aturkan kepada kite yg telah dicatatkan sejak azali. Subhanallah, itu baru kite seorang sahaja. ada berape org yg hidup pula di atas muka bumi ni. Sungguh, terlalu terperinci kerja Allah swt.

Mari kite tgk kisah nabi Sulaiman ;-

Latar belakang sedikit:
Nabi sulaiman dianugerahkan Allah dengan satu nikmat yg besar, iaitu kekuasaan dalam kerajaan. Menjadi raja kepada satu pemerintahan yg besar meliputi manusia, jin dan haiwan. Sungguh luar biase! surah yg menceritakan kekuasaan nabi sulaiman secara khusus antaranya ialah surah an-naml surah yg ke-27 dalam quran.

Antara kisah2 yg menarik berkenaan nabi sulaiman:
Kisah sulaiman dan ratu balqis antara kisah yg byk memberikan pengajaran kepada kite. Begitu juga kisah nabi sulaiman dgn burung hud-hud yg mengajarkan kite adap2 dalam bersyura. Dan kisah yg ingin sy tekankan hari ini adalah kite nabi sulaiman dgn semut.

Nabi sulaiman seorang yg bersyukur:
Kalo hari ini, sekali pun org yg baru perpankat tinggi bile berjalan kt atas padang rumput dh xsedar yg dia tgh pijak rumput. apatah lagi golongan2 pemerintah sehingga sanggup bermain tektik kotor dalam mempertahankan tampuk pemerintahannya. 

Namun begitu, tidak buat nabi sulaiman. lagi besar kerajaan nabi sulaiman, lagi tawaduk dan zuhud baginda. kite cube hayati beberape rangkap ayat dalam al quran.





Subhanallah, ini lah antara yg perlu kire contohi dari nabi slaiman. tidak pernah lupa diri walaupun kekayaan dunia melimpah2 kepadanya.

Ibrah dari cerita




sentiasaah kita berdoa kpd Allah, agar Allah sentiasa kurniakan ilham2 kpd kite untuk sentiasa mensyukuri nikmatnya hatta sekecil mana pun perkara tersebut. Lihat sahaja nabi sulaiman yg sudah ada pemerintahan yg besar, namun mampu mengambil hikmah dari semut yg kecil.

Hidayah Allah sentiasa berada disekeliling kite. Hny kite yg perlu membuka mata mengambil hikmah atas setiap ape yg berlaku. kite lihat kaum bani isael yg telah dipertontonkn oleh Allah kebesaran2 serta keajaiban demi keajaiban didepan mata. Namun kerana keegoaan dan kegelapan hati menyebabkan mekera menolak hidayah dan hikmah dari Allah, sehingga mereka jadi golongan yg makin jauh dari Allah swt.

wallahualam =)

Thursday, December 18, 2014

Ayuh! Terus boikot!!

Salam wrt buat pembaca yg dirahmati Allah,

Hari ini saya terpanggil untuk menulis satu entry berkaitan kempen boikot yg semakin hilang semangatnya.

*masih ingat peristiwa hitam ke atas gaza yg berlaku pada thn ini juga kire2 julai yg lepas ketika umat islam sedang mempersiapkan diri meluruskan rentak ibadat pada bulan ramadhan?

Mereka penduduk2 Gaza berterusan dibedil oleh si laknat Zionis. Bukan sehari, dua! bahkan lebih dari seminggu. Namunlawan tetap lawan! Subhanallah!

Apa pula pengorbanan kita dari bumi aman- Malaysia?

Alhamdulillah, pada saat tercetusnya peperangan tu, McD mula kosong! Tanda protes kpd tindakan israel. Dek kerana McD penyumbang dana terbesar kpd ekonomi israel

Namun begitu, setelah 2-3 bulan peperangan berhenti, McD mula dipenuhi kembali.. Seolah2 telah hilang semangat boikot yg dahulu dilaksanakan. Adakah boikot ini perlu bermusiam? sedangkan penindasan ke atas penduduk Gaza sentiasa berterusan? Adakah kita hany merasa hny peperangan je yg merupakan penindasan kpd penduduk Gaza? sedangkan sekatan ekonomi, catuan air, elektrik bukan satu bentuk penindasan kpd mereka?

Sudah hilangkah sifat kemanusiaan! Sudah gilakah dunia hari ini! Apabila yg salah dikatakan benar, dan yg benar dikatakan salah! Semua sudah lari dari fitrahnya! Abes rosak semua alam ini!

Allah telah berfirman,

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” 30:41

ayuh teruskan langkah kite dalam terus memboikot! moga kekuatan tentera2 zionis terus lumpuh dan tewas!

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menewaskan musuh2ku yg sentiasa bergolak dalam hati. Berikanlah kekuatan kpd para2 mujahidin dalam mempertahan agamaMu.



Tuesday, December 9, 2014

Memaknai Erti Hidup

Dalam warna-warni kehidupan ini, ada pelbagai ragam manusia.

kite lihat ada manusia yg terlalu taksub menuntut ilmu hingga bergelar sarjana terhebat, profesor yg terulung! tetapi kemana ilmu tersebut dihalakan?

kite juga dapat melihat, golongan manusia yg terlebih obses mengejar harta, sanggup memerah keringat siang dan malam utk bekerja tanpa memikirkan penat lelah! Namun, kemana wang tersebut dilaburkan kemudiannya?

ada juga sekelompok manusia yg terlebih berhibur, memuaskan nafsu, berkejar2an kesana-sini demi merasi kenikmatan demi kenikmatan yg tidak pernah dirasakan puas.! Tetapi, kemana pengakhirannya?

Kawan,

Sedar ataupun tidak, kite punya matlamat utk hidup.! Dulu perjuangan kite adalah untuk mengengam segulung ijazah, dan kite merasakan itulah segala2nya. Padahal kite masih kabur bahawa itu hnyalah alat untuk mencapai matlamat. Allah telah tunjukkan kpd mansia krn matlalat hny itulah yg mampu utk memberi erti kpd alam yg dipanggil kehidupan. jika hidup tanpa matlamat, maka akn terus lah kite bergelumang dgn satu kitaran hidup yg tidak kesudahan yg dipanggil "kitaran bodoh". ibarat sang robot yg saban hari mengulang dan mengulang tindakannya tanpa "sedar" apakah matlamatnya. sehingga saat sampai ajal, tanpa menyumbang ape2 kpd tuanNya. 

leka mengejar cita2 nafsunya sehingga lupe ada titik penghujung hidup digelar kematian. alangkah selalu "lupe"nya manusia itu, sedangkn acap kali diperdengarkn kalimat tuhanNya. tp sering alpa

Kite perlu mengubah dunia yg sakit ini. Bermula dgn langkah yg pertama - perubahan diri! Kite mesti sedar, mesti berubah dahulu! kerana hakikat kehidupan ini adalah dgn cara "islah nafsak, wad'u ghairak" (perbaiki diri dan seru org lain). Mungkin dulu, kite rase kte sudah cukup sempurna dgn berkata "aku dh cukup solat", "aku dh puase", "aku dh baca AQ", namun adakah itu sudah cukup meletakkan kite disyurga Allah taala.

Alangkah mudahnya ia, sehinggakn nabi pun perlu ketuk pintu ke pintu utk sebarkan kalimah tauhid! tidak sempurnakah solat nabi sehingga perlu bersusah payah menyebarkan risalah Allah?, tidak sempurnakah puase nabi sehingga perlu bekerja lebih utk kejar syurga Allah? tidak cukupkah tilawatul quran nabi sehingga perlu mengalirkan keringat utk mencapai redho Allah?

Bile manusia hidup utk diri sendiri, maka inilah yg terjadi. jadi baik utk kebaikan diri sendiri, berjaya utk kejayaan diri sendiri! lupakah kite, bahawa diakhirat nanti manusia disekitar kite akan berusaha menuntut amal dari kite? lantas, sudah cukupkah kite solat sendiri, tanpa mengajak org2 lain bersolat sekali?

duhai teman,

jgnlah lalai dan leka dgn dunia! lupakah kamu ttg peradaban kite yg lampau! saat abassiyyah dirobek2 sehingga hilang ditelan zaman. saat manusia mula lupa apakah alat dan apakah matlamat. Sang khalifah mati dlm keaddan yg menghinakan, sehingga "rela" digulingkan dalam permaidani lantas dipijak2 oleh monggol si durjana. Dimanakah hilangnya semangat jihad! Kemana hilangnya sifat izzah kpd islam. owh! lembaran sejarah yg tidak pernah di ambil pengajaran oleh generasi kini.

Adakah kite merase pedihnya kehilangan "khalifah".? atau hati kite sebenarnya sedang keras membeku.! sudah tiadakah harapan utk merase kegemilangan islam kembali?


sahabat!

sungguh hidayah Allah itu berada dimana2. jgnlah krn maksiat dan keseronokan peribadi kite terus menolak hidayah itu pergi jauh dari hidup.

sungguh rugi, saat Allah pertemukan seseorang dgn kebaikan, lantas kite pula yg menepisnya!

-moga pertemuan kite sebelum dan selepasnya adalah pertemuan yg lebih mendekatkn kite dgnNya-

Sunday, January 5, 2014

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah, kita baru melepasi detik2 tahun baru tanggal 1/1/2014. Setahun telah berlaku, telah hilang juga setahun dari umurku. Kesyukuran perlu dipanjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan nafas kepada kite untuk terus berjalan diatas muka bumiNya

Sebagai hamba yg sering melakukan dosa, hendaklah kita sentiasa beringat kepada pencipta yg telah memberikan nikmat yg begitu byk kepada kita. Persoalannya, adakah kite sudah melaksanakan segala tuntutannya? Adakah kite sudah memanifestasikan tanda kesyukuran kite kepadanya semaksimalnya?

Mudah2an Allah memberikan kekuatan epada kite atas segala urusan yg kite laksanakan.

Ayuh, sempena tahun baru ni.. marilah kite sama2 mentajnid niat untuk menjadi lebih baik iA.



Monday, December 16, 2013

Menjelmakan Makna Tarbawi

Assalamualaikum,

Sudah lama juga blog ni bersawang. Aduh, rase amat kurangnya mujadah dalam diri, bile byk pula masa dihabeskan kpd perkara2 lain. iA akan cube mencoretkan sesuatu utk muhasabah bersama2.

Sebelum itu, sentiasalah kite melafazkan kesyukuran kpdNya krn hingga ke hari ini kite masih lagi diberikan kekuatan olehNya utk terus utuh melangkah pada jalan ini. Hakikatnya nikmat dakwah dan tarbiyah ini adalah nikmat yg terbesar yg tidak berikan oleh Allah kpd semua hambaNya. Krn sifatnya yg robbani, maka jalan ini juga memerlukan rijal2 yg robbani.

Tarbiyah yg berjaya melahirkan insan2 yg bergerak. Maksudnya, sifat tarbiyyah adalah merubah. Perubahan kpd sesuatu yg lebih baik. Dan perubahan tidak akan berlaku selagi mana hatinya tidak tersentuh, masih lagi tidak terbuka utk menerima hidayah Allah. Justeru aspek tarbiyah, fokusnya adalah dari hati. Bermula dgn hati lah, akan terjelma dalam bentuk amal.

"ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Segala2 bermula dgn tarbiyah. Tarbiyah menghidupkan hati-hati. Hati yg segar-bugar mampu ditempatkn dimana-mana. Dipegang agama sekuat-kuatnya biarpun terpaksa bergerak secara berkeseorangan. Itulah yg dizahirkn oleh org yg sempurna tarbiyyahnya.

Mudah2an kite dpt mencontohi rosulullah yg mendapat tarbiyah dari Allah dlm menyebarkn risalahnya

Saturday, December 14, 2013

Kerana cinta itu memerlukan kemaafan

CINTA!

Satu persoalan yg menjadi harus dri setiap insan utk memikirkannya. Kdg2 kerana salahnya tafsir perihal cinta ini, maka byk penyelewengan berlaku. Kdg2, gara2 mendambakan kasih syg manusia, kite terperangkap dgn tipu daya syaitan yg tidak pernah berhenti mnyesatkan manusia.

Memetik ayat Allah dalam surah buruj:

"Dialah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (85:14)

Allah memulakan sifat Penyayang itu dgn sifat Pengampung dahulu. Ternyata sifat sayang itu hadir hny dgn adanya dahulu sifat pemaaf. Justeru Allah lah yg paling layak di cintai dan disygi krn, walau byk dosa kite kpd Allah. Namun Allah tetap memaafkan kite jika kite bertaubah dan terus beruba menujuNya

Agak ironi, jika kite mengharapkan kasih sayang dari manusia sekiranya org yg kite sygi itu tidak mengharapkan kasih syg MUTLAK dari Allah. Dgn tidak langsung, sebenarnya kite sudah terperangkap dgn cinta org yg tidak faham erti cinta yg sebenar. Barang kali, cinta itu sebenarnya didasari dgn nafsu.

>_<

Saturday, November 16, 2013

Sifatnya Robbani

Memikul bebanan dakwah bukan sesuatu yg mudah. Mungkin mudah ditutur pada perkataan dalam bait2 kata, namun tidak mudah diterjemahkan pada gerak geri amal..

Robbaniyatud dakwah!

Dakwah itu sifatnya robbani. Matlamanya adalah membawa manusia kpd Allah. Titipan kalimah robbani telah dilontarkan oleh para2 anbiya' bermula dari zaman nabi adam hinggalah ke nabi muhammad, yg teguh menjungjung perintah ilahi. Tegas mensyariatkan islam.

Krn sifatnya yg robbani, maka risalah yg dibawa tidak pernah berubah dari satu zaman ke satu zaman. Semua nabi membawa satu risalah yg sama, iaitu risalah islam. Risalah yg membawa manusia mengenal Allah (robbaniyatul risalah).. Sedangkan ideologi komunism, marxism sudah hanyut ditelan zaman.

Krn sifatnya yg robbani, maka rujukannya berasaskan wahyu melalui kitab2 samawi, yg dtgnya dari Allah. Dan diakhir zaman ini, Al quran adalah sumber rujukan yg tidak pernah diubah walau sedikit pun, hampir lebih 1400 tahun yg dahulu. Mukjizat yg teragung kerniaan ilahi kpd rosullah yg dicintaiNya. (robbaniyatul manhaj)

Krn sifatnya yg robbani, maka individu2 yg memperjuangkannya terdiri dari rijal2 yg robbani. Yg dipiih oleh Allah, diberikan hidayah oleh Allah utk menyampaikan kebanaran melalui methodi dakwah (robbaniyatu rijal). Maka beruntung lah krn jaan dakwah ini Allah memberi peluang kpd hamba2Nya untuk bertaubah.

Berada pada jalan ini bukan beerti kite baik, sempurna.. Ttp dgn jalan inilah, kite berusaha menjadi baik, sempurna. Dgn dakwah lah, Allah menutupi keaiban kite dimata manusia.

Maka, benarlah sifatnya yg robbani..

Mencari Kekuatan

Bismillahirrohmanirrohim,

Sesungguhnya setiap kekuatan itu datangnya dari Allah, dan Dia jugalah yg berhak memilih dalam kalangan hamba2Nya utk penerus kpd perjuangan agamaNya.!

Dari awal penglibatan aku dalam dunia DnT sehingga kini, terasa makin kering, makin suram.. Ternyata  sekarang bukan lagi zaman utk menerima sahaja, ttp perlu untuk mencari sendiri.. Berdikari! Natijahnya, berada dijalan ini perlu kuat semangat.. Mehnah dan hasutan syaitan bertali arus.. Tidak hairanlah, baru setahun jagung, aku sudah boleh melihat ikhwah yg masih tsabat, ikhwah yg makin slow down, dan ada juga ikhwah yg sudah menarik diri..

Aku seorang daie, seorang murobbi muda.. Masih byk yg perlu aku belajar...
Lumrah seorang murobbi, mahukan anak2 mutarobbinya terus semangat.. Mengimpikan anak2 mutarobbinya bergerak seperti yg diidamkan.. Ternyata realitinya tidak!

Akhir2 ini aku mula sedar, yg setiap mutarobbi kite adalah manusia biase. Apa yg kita inginkan mereka jadi, adalah apa yg mereka tidak inginkan.. Ape yg kite suka mereka perlu buat, adalah perkara yg mereka benci utk laksanakan.

Simply to say, utk memanfaatkan potensi/kemahuan mereka mengikut acuan kita adalah tidak mudah! Maka kuncinya adalah "sabar'.. Ya, sabar!

Aku mula belajar utk menahan marah.. Mengunci kata2 disaat mereka buat khilaf.. krn hakikatnya, mereka juga masih belajar.. Dan belum tiba masanya utk bekeras dgn mereka..

Justeru setiap murobbi hendaklah belajar utk bersabar menghadapi kerenah anak2 mutarobbi.. Berhadapan dgn kelemahan2 mereka.. menerima kelemahan2 mereka..

Mudah2an Allah memberikan aku kekuatan utk meneruskan kehidupan pada medan ini..

Moga Allah bagi kekuatan untuk aku terus menulis

~Murobbi muda

Saturday, May 25, 2013

Menjadi Proaktif

Kita ni, terlalu sgt mencari kesalahan org ,
Itu salah, ini salah,
Kite je yg betul..
Sudah level malaikat kah kita ini?

Kita mmg terlalu sgt mengeluh,
Terlalu manja..
Itu tidak boleh, ini tidak boleh,
Semua tidak tentu arah..

Tak ramai antara kita yg boleh sentiasa positif,
Menjadi proaktif,
Responsif kpd persekitaran.
Lantas membuahkan amal.

Kita mmg selalu fikir negative,
Selalu pessimist,
Reaktif kpd persekitaran,

Bile ape2 yg tak betul, kita salahkan keadaan,
Tidak pernah pula kite muhasabah,
Ambil pengajaran,
Jadikan apa yg berlaku sebagai dorongan.

Pernah tak kite dengar kisah nabi yusuf?
Contoh insan yg proaktif.
Biar dipenjara, ttp tetap bersyukur.
Proaktif dan responsif dalam menginsafi org2 sekitarnya

Jom jadi insan proaktif!

Sunday, March 3, 2013

Satu Pertemuan


Hari ini 3/3/2013 genaplah 91 thn ulang tahun sejarah jatuhnya satu sistem khalifah yg diperjuangkan setelah sekian lamanya, akhirnya ditumpaskan oleh sang durjana Mustapha Kamal Ar-Tartuk pada thn 1924.

Hari ini malangnya, tidak ramai umat islam yg terkesan dek musibah ini, barangkali kita sendiri tidak merasa betapa peritnya datuk2 n nenek kita bermati-matian memperjuangkan, betapa perlunya seorang pemimpin dalam kehidupan umat islam. Bahkan, barangkali kite sudah terlalu "aman" dalam zon selesa kite sehingga tuntutan sejarah ini telah pergi jauh dari matlamat jalan perjuangan kita.

Pemimpin yg menjadi simbolik, rujukan penyatupaduan umat islam. Hari ini - kita melihat kesan pepecahan yg begitu dasyat berlaku dalam kelompok umat islam yg masing2 mendakwa memperjuangkan agenda islam dalam wasilah/amal masing2. Justeru perkara paling asas dalam perjuangan hari ini, ialah bagaimana kita meng'intima'' kan diri dalam jemaah, dalam konteks penyatupaduan yg lebih besar.!

Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi memberi kekuatan kepada sy utk terus menulis.. Menggunakan wasilah penulisan ini utk memberi peringatan kpd yg sudi membaca. Lantas, hidayah milik Allah. Moga Allah membuka hati kpd sesiapa yg membaca utk terus "mencari-cari" hidayahNya.

.................................................................................................................................................................

Ternyata hidup ini adalah satu pentas pementasan drama. Kita akan melihat, babak2 drama yg pelbagai dari pelbagai ragam/character manusia disekeliling kita. Rupa2nya Allah mengajarkan kpd kita utk melihat, berfikir juga mengambil ibrah dalam setiap babak2 yg berlaku utk kite pula "beraksi" dalam agenda/babak pementasan kita.

Itulah kehidupan!
Itulah perjuangan!

Satu keupayaan yg memerlukan kita "sensitif" kpd persekitaran, lantas membentuk satu amal yg "syari'e" utk kita terus "survive" dibawah payung rahmat Allah.

Namun, ternyata ianya tidak semudah menyebut A-B-C. Hakikatnya ramai yg "keras" hatinya, "pekak" telinganya, juga "buta" matanya utk memberi "respon" yg sepatutnya terhadap babak2 yg dipertontonkan Allah. Gagalnya umat islam hari ini, utk mengambil ibrah atas sejarah2 peradaban yg telah berlalu, lantas gagalnya juga utk membentuk amal yg sepatutnya. Astagfirullah.. Adakah kita termasuk dalam golongan yg dinyatakan Allah dalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya, akan Kami isi neraka jahanam byk dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat2 Allah), dan mereka memiliki mata, ttp tidak dipergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, ttp tidak dipergunakannya utk mendengar (ayat2 Allah)" (7:179)

Sering kali sy bicarakan perihal kehidupan dan perjuangan, buat memperingati diri sy sendiri juga semua mutarobbi yg dikasihi. Tidak jemu utk sy nyatakan betapa manis kesan, dari pahitnya sebuah perjuangan. Juga peringatan supaya jgn sekali2 menyerah/putus asa dari kepahitan perjuangan itu, sedangkan langkah kita baru sahaja setapak.

Ingatlah firman Allah, "dan org2 yg berjihad utk mencari keridaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan2 Kami" (29:69)

Xkan mungkin kemanisan itu akan dicapai, sedangkan kita sudah berhenti melangkah dari menggapai kemanisan itu. Perlu diingat, pada jalan ini, ramai musuh Allah yg mencemburui kita dari segenap sudut. "Mereka" tidak akan toleransi/belas kasihan utk menenggelamkan kita dalam lumpur maksiat. Tp hakikatnya, ramai yg lebih suka memilih utk bermain lumpur!

Hendak atau tidak, pada jalan makrifatullah ini, kite perlu menggunakan segala wasilah yg ada utk mengenalNya. Perlukah kita berlengah? Sedangkan umur kita, tidak kita tahu hak mutlaknya.

Ya! Pejuangan ini tidak seperti yg kita impikan, krn hakikatnya mmg manusia ni fitrahnya menambakan hal2 yg "manis2". Ternyata dalam kehidupan ini, kdg kala kita hanya memperoleh secebis sahaja dari apa yg kita impikan. *sedih! huh

ttp, inilah dia rempah ratus kehidupan yg bakal mematangkan setiap detik perjuangan kita pada masa akan dtg. Hakikatnya, tidak ramai yg mampu berjuang menuju robbani. Malangnya, lebih ramai yg menghalakan perjuangan mereka pada perkara2 yg tidak langsung menjamin keselamatan pada kehidupan di akhirat. Bahkan, tidak pernah terhenti pun langkahnya, dalam perjuangan duniawi itu. **pelik, keliru!

Inilah masalah umat hari ini.

Justeru, sy menggesa diri sy, juga mutarobbi yg dikasihi akan betapa pentingnya "tarbiyah" dalam pembinaan diri yg utuh. Keterlibatan dalam satu kelompok yg manis dgn ukhuwah, yg subur dgn nasihat! Jgn sesekali korbankn tarbiyah! Tarbiyah itu nyawa. Tarbiyah yg mengkonsistenkan gerakan amal, yg membuahkan erti dalam setiap perjuangan juga mewarnai kehidupan.

Ingin sekali sy ungkapkan, betapa manisnya tarbiyah.. Dan inilah yg ingin sekali sy sampaikan, dan ingin sekali, org lain juga merasa ke"best"an tarbiyah ini.

Asalkan, kita bersedia utk berubah dan menanamkan matlamat serta menggenggamnya seerat2nya. Tidak dapat tidak, sebagai manusia mmg lumrahnya tidak dari dari kesilapan. Justeru, marilah kita sama2 berlapang dada dan menerima kesilapan masing2. Inilah tarbiyah yg Allah ingin ajarkan kpd kita. Krn hakikatnya, bile kite sudah berumah tangga nanti, kite juga perlu belajar menerima kelemahan teman hidup kite. Krn kelemahan itu akan kite terjumpe juga, tanpa kite mencarinya. Jadi, belajarlah menerima kelemahan org lain dari sekarang (maaf, seandainya sy bukan org yg layak utk bercakap pasal hal ini, sbb sy pun masih lagi belum berkeluarga)

Ya! Dalam gerakan amal tubali ini, Allah mentarbiyah kita utk terus belajar, untuk terus berusaha utk menjadi yg terbaik dimataNya. Perlunya kita dalam mengimbangi emosi, fizikal serta mental. Agar kekerasan fizikal dapat diimbangkan dgn lembutnya emosi, Agar kegoncangan emosi dapat diimbangkan dgn kewarasan akal. Perlu sedar, proses intiqo' (penapisan) akan sentiasa berlaku. Justeru, sudahkah kite mempersiapkan diri atas setiap intiqo' itu utk menjadi lebih baik?

Kerana kita beriman dgn satu pertemuan denganNya, lantas dgn alasan apakah lagi ingin kite berikan kpdNya nanti bahawa kita telah beriman?

Moga Allah juga terus mentsabatkan hati ini pada jalan yg diredhoiNya.








Sunday, February 24, 2013

Tarbiyah Robbaniyah

Salam wrt,

iA, hari ini sy akan cuba utk mencoretkan memori tarbiyah, buat tatapan serta pedoman semua jundi2 dakwah dan tarbiyah.

Dgn keinsafan, bahawa diri ini bukanlah contoh yg terbaik utk menjadi qudwah pada jalan ini. Justeru saya memohon maaf yg sebesar2nya juga memohon agar anda juga mendoakan sy spy tsabat atas jalan ini.

1) perjuangan yg panjang
- sepanjang sy terlibat dalam amal tulabi ini, pada jalan ini, ramai yg sy jumpai sudah tumbang. sedikit demi sedikit. Bukan mereka yang dianggap golongan muslim biasa sahaja, ttp juga yg mempunyi anasir taghyir yg sebelumnya bersama2 dalam saff ini, yg comitment dalam memperjuangkan agenda dakwah.
-hakikatnya, pada jalan ini, mereka tidak mampu meng'konsisten'kan semangat dalam beramal. Semakin hari semakin terhakis semangat itu.
-justeru kite perlu sama2 men'diagnose' apakah penyebab utama berlakunya penghakisan jiwa ini.?
-Ternyata, permulaan robbani memainkan peranan yg utama dalam menentukan hala tuju perjuangan untuk hari2 berikutnya. Ramai yg menyedari jalan ini adalah jalan yg panjang, namun ramai yg tidak mampu mempersiapkan diri utk berhadapan dengannya. Oleh hal yg demikian, ramai yg tersungkur terlebih dahulu sebelum sampai ke destinasi.
-Sebab itu, menjadi kewajiban kpd kader2 dakwah utk sentiasa memuhasabah diri, mentajdid niat spy kita dapat mengekalkan semangat dalam perjuangan ini

2) nafsu & syaitan
- kegelinciran rijal2 dakwah ke lembah kefuturan tidak dapat tidak, krn nafsu yg bergelora serta hasutan syaitan yg tidak terduga. Malangnya, ancaman ini tidak pernah berehat, malahan sentiasa mengecam anak2 adam 24-7
-sungguh begitu, tidak ramai anak2 adam yg mampu mempersiapkan jentera pertahanan diri setiap waktu dan ketika dek kerena lemahnya diri sebagai manusia.
-hatta tok syeikh yg tinggi ilmunya pun, tidak terlepas dari fitnah "futur" ini.
-sungguh, syndrome yg paling nyata apabila melakukan dosa dan maksiat, kita putus asa dari rahmat Allah.
-sedarlah, Allah syg kpd hambaNya yg bertaubat setelah melakukan dosa. Pintu rahmat Allah tidak pernah tertutup buat hamba2Nya.
-Dek nafsu dan syaitan inilah, kewarasan dalam berfikir juga membuat keputusan terbatas. Bukan kerana tiadanya ilmu, ttp krn hasutan kemanisan dunia menutupi kebenaran syar'i

3) tarbiyah robbani vs tarbiyah manusiawi
-kejarlah keredhaan Allah, nescaya ianya tidak akan menyakiti kita. Ttp apabila kita mengejar keredhaan manusia, nescaya bisa saja diri kite disakiti dek krn kekurangan yg ada pada diri manusia
-Pada jalan ini, ada yg tidak sengaja terlibat dek manisnya makanan, budi pekerti juga hormatnya kepada akak2 n abg2 yg menDF. Akibatnya, ada yg mengikuti gerabak ini atas dasar wala' syakhshi (ketaatan kpd individu) yg seterusnya mencacatkan matlamat akhir perjuangan ini. Natijah dari kes ini, setelah abg2 n akak2 tersebut sudah graduate @ sudah tiada, maka terhentilah kerja2 tarbiyah yg dilaksanakan selama. Aduh! Amat rugi sekali rasanya.
-Begitu juga apabila tarbiyah ini didasari oleh manusia, bile timbul salah faham @pertelingkahan maka tecencatlah segala amal yg perlu dilaksanakan.
-Hakikatnya, hendaklah kite sentiasa meluruskan kembali arah/matlamat perjuangan kita supaya tidak dicemari perkara2 yg sepatutnya, kearah menuju robbani.

4) islah nafsak, wad'u ghoirak (memperbaiki diri, dan seru org lain)
-beradanya kita pada jalan ini, bukan beerti telah sempurna akhlak, ilmu serta ruhi kita. Ttp dek krn keinsafan atas byknya dosalah, kite kita laksanakan dakwah, menyahut seruanNya. Semoga dgn ini, Dia memberi peluang utk memaafkan kita
-ya! barangkali yg menyertai gerabak ini lebih rendah ilmu serta akhlaknya berdanding yg tidak menyertai gerabak ini.  Tp yg membezakan kita, adalah semangat utk terus berubah dan bersama2 dalam saff org yg rukuk serta sujud dalam menunaikan hak Allah dan manusia sejagat.
-kearah perbaikan diri inilah kita perlu saling menerima kelemahan org lain, atas dasar menyedari bahawa diri kita ini juga mempunyai byk kelemahan. Tidak perlu ego yg melampau sehingga kita merendah2 org lain.
-kita perlu belajar utk menjadi qudwah dalam masyarakat spy risalah Allah tersebar gemilang diatas muka bumi ini.

iA, mungkin setakat ini sahaja beberape point penting yg ingin sy ingatkan buat diri sy dan juga anda yg membaca. Sy menginsafi kelemahan2 yg ada pada diri sy sepanjang gerak kerja pada jalan ini. Buat anak2 mutarobbi sy bermula dgn liqo' Mujahid Muda, kemudian kepada Ghuroba' dan seterusnya Hawariyyun, sy dgn rendah hati memohon ampun andai ada hak2 yg tidak tertunai sepanjang jalan pentarbiyahan ini.

WA

-kerana aku beriman kpdNya, aku berusaha menjadi yg terbaik dimataNya-

Friday, February 22, 2013

Jalan Ini

Pada Jalan Ini,
Aku mengenal betapa perlunya perjuangan,
ya! Hidup adalah satu perjuangan,
Dgn berjuanglah, kita bisa mengenal erti kehidupan.

Jalan tapisan,
Bisa sahaja aku rebah, meredah onak & liku,
Bertahan melawan, betapa hebatnya kuasa nafsu,
Juga kesamaran syaitan yg tenggelam-timbul,
Ternyata aku rebah akhirnya,
Tp dek kerana ini jalan tarbiyah,
Aku bangkit kembali.

Jalan robbani,
menyelami kehidupan bersemaikan makrifatullah,
krn Allah matlamatku,
Akan aku berusaha menjadi yg terbaik dimataNya,
Aku belajar menepis kelelahan dunia,
Demi mencari kerehatan di Syurga,
Oh! indahnya nikmat letih itu,
Demi jalan menujuNya.

Jalan tarbiyah,
byk yg aku mulai belajar,
betapa perlu melepaskan kepentingan peribadi,
demi utk kepentingan ummah.

Ya, betapa byknya lagi perkara yg perlu aku belajar,
utk menjadi seorang muslim yg sejati.

Saturday, February 9, 2013

Kisah Musa & Khidir

Salam wrt..

iA pada post kali ini, ana akan cube berkongsi ilmu dgn teman2 sekalian, berkenaan pengajaran dan intipati dalam penceritaan surah kahfi, 18: 60-80.. Perihal ayat ini menceritakan kisah Nabi Mudan dan Khidir

Kisah ini juga dinukilkan dalam sahih muslim yg berbunyi:


Hadis riwayat Ubay bin Kaab رضي الله عنه:

Ia berkata : Dari Said bin Jubair ia berkata: Aku pernah berkata kepada Ibnu Abbas رضي الله عنه  bahwa Naufan Al-Bukali beranggapan bahwa Musa عليه السلام  nabi Bani Israel adalah bukan Musa yang menjadi sahabat Khidhir.

Ibnu Abbas berkata: Musuh Allah adalah pembohong. Aku pernah mendengar Ubay bin Kaab رضي الله عنه  berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda:
Musa عليه السلام pernah berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israel.

Dia (Musa) lalu ditanya: Siapakah manusia yang paling berilmu? Dia menjawab: Akulah orang yang paling berilmu.

Allah lantas menegurnya karena dia tidak mengembalikan ilmu kepada Allah. Allah lalu memberi wahyu kepadanya bahwa salah seorang hamba-Ku yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.

Selanjutnya Musa bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku dapat bertemu dengannya? Dikatakan kepadanya: Bawalah seekor ikan dalam sebuah keranjang. Di mana saja kamu kehilangan ikan tersebut, maka di situlah dia berada.

Kemudian Musa pun berangkat bersama muridnya bernama Yusya’ bin Nun. Musa عليه السلام membawa ikan tersebut dalam sebuah keranjang. Dia dan muridnya berangkat dengan berjalan kaki sampai keduanya mencapai sebuah batu karang besar dan tidurlah Musa عليه السلام dan muridnya. Sementara ikan yang berada dalam keranjang bergerak dan keluar dari keranjang lalu jatuh ke laut. Kemudian Allah menahan ombak, sehingga menjadi seperti sebuah lengkungan buat melintas ikan tersebut. Musa عليه السلام dan muridnya terheran-heran. Mereka meneruskan sisa perjalanan pada siang dan malam hari sedangkan murid Musa عليه السلام lupa untuk memberitahukannya.

Keesokan paginya Musa عليه السلام berkata kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini. Tetapi (Musa عليه السلام) tidak akan merasa letih sebelum dia sampai di tempat yang diperintahkan.

Muridnya berkata: Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di sebuah batu karang tadi, aku lupa menceritakan tentang ikan itu, setanlah sebenarnya yang membuatku lupa untuk menceritakannya, ikan itu telah masuk ke laut dengan cara yang sangat aneh sekali.

Selanjutnya Musa عليه السلام berkata: Kalau begitu itulah tempat yang kita cari. Keduanya lalu kembali. Keduanya mengikuti jejak mereka semula. Hingga ketika mereka tiba di batu karang tadi Musa tiba-tiba melihat seorang lelaki yang berselimut dengan sebuah pakaian dan itulah Khidhir. Musa عليه السلامmengucapkan salam kepadanya.

Khidhir bertanya kepadanya: Ternyata di negerimu terdapat salam! (Musa عليه السلام) berkata: Aku adalah Musa. Khidhir bertanya: Musa Bani Israel? Dia menjawab: Ya. Khidhir berkata: Sesungguhnya kamu memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah kepada kamu yang aku tidak ketahui. Sebaliknya aku juga memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah kepadaku yang tidak kamu ketahui.

Musa عليه السلام berkata kepada Khidhir: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Khidhir menjawab: Sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku. Bagaimana kamu bisa sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa عليه السلام berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam suatu urusanpun. Khidhir berkata kepadanya: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan tentang sesuatu apapun sampai aku sendiri yang akan menerangkannya kepadamu.

Musa menjawab: Baiklah. Khidhir dan Musa عليه السلام lalu berangkat dengan berjalan kaki di tepi pantai dan lewatlah sebuah perahu di hadapan mereka berdua. Mereka bercakap-cakap dengan para penumpangnya agar mau mengangkut mereka. Karena sudah kenal dengan Khidhir, mereka lalu membawa keduanya tanpa bayaran.

Khidhir beranjak ke salah satu papan perahu lalu dicabutnya. Musa عليه السلام berkata kepada Khidhir: Mereka telah membawa kita dengan percuma tetapi dengan sengaja perahu mereka kamu lobangi! Apakah kamu hendak menenggelamkan penumpangnya. Sesungguhnya kamu telah berbuat suatu kesalahan yang besar? Khidhir berkata: Bukankah aku telah berkata: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersamaku. Musa عليه السلام berkata: Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.

Selanjutnya mereka meninggalkan perahu tersebut. Saat mereka sedang berjalan di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang anak remaja bermain dengan beberapa temannya. Khidhir memegang kepala anak itu lalu memenggalnya sehingga terbunuhlah ia.

Musa عليه السلام berkata: Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu? Bukankah dia tidak membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar.

Khidhir berkata: Bukankah sudah aku katakan kepadamu, bahwa kamu tidak akan sabar bersamaku. Perbuatan ini lebih kejam lagi daripada yang pertama. Selanjutnya Musa عليه السلام berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah kali ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.

Maka keduanya berjalan, hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhir menegakkan dinding itu. Ia berkata: Miring, Khidhir mengisyaratkan dengan tangannya dan menegakkan dinding tersebut. Musaعليه السلام berkata kepada Khidhir: Orang-orang yang kita datangi tidak mau menerima kita sebagai tamu dan tidak mau menjamu kita. Jikalau kamu mau niscaya kamu mengambil upah untuk pekerjaan itu. Khidhir berkata: Inilah perpisahan kita. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang membuat kamu tidak sabar terhadapnya.

Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda:
Semoga Allah merahmati Musa. Aku akan senang sekali kalau saja Musa عليه السلام boleh bersabar sehingga dia dapat menceritakan kepada kita tentang pengalaman mereka berdua.

Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda:
Tindakan Musa عليه السلام yang pertama memang karena lupa. Beliau bersabda: Seekor burung terbang lalu hinggap pada tepi perahu itu dan mematuk ke laut. Khidhir lalu berkata kepadanya: Ilmu kita jika dibandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut pada laut itu .

Shahih Muslim

Antara pengajaran yg boleh diambil ialah:

1)  Kita disunnatkan utk bermusafir dalam urusan mencari ilmu walau sejauh manepun

Justeru, perlu ada satu semangat yg mendorong dalam urusan bermusafir itu, kerana bermusafir bukan satu perkara yg mudah. Boleh jadi, sape2 yg tidak mempunyai matlamat yg jelas dalam bermusafir itu, akan berhenti separuh jalan sahaja.

Jadi, matlamat serta cita2 yg tinggi amat penting.. Seperti mane Nabi musa, yg begitu teguh dalam perjalanannya walaupun sejauh mane pun perjalanan yg akan diambil.

Begitu juga dgn kire, urusan kite dalam menuntut ilmu masih lagi panjang.. justeru amatlah digalakkan utk kite  sentiasa mentajdid niat. Moga Allah permudahkan urusan kita semua

2)Kita juga disunatkan utk menambah ilmu kita, walau sebanyak mane ilmu perlu di pelajari

Dalam erti kata lain, urusan menuntut ilmu tidak akan berhenti sehingga hembusan nafas kite yg terakhir. Ilmu menjadi unsur oenting dalam kehidupan kerana sesuatu amalan perlu berteraskan kejelasan ilmu.. Justeru tiada istilah bertaklid buta.

3) Kita harus mampu mentakwil apa2 yg tidak difahami dari perkataan 

sbg seorang muslim, kite perlu peka/ sensitive terhadap persekitaran serta mampu menguasai biah/suasana masyarakat. Kite harus mampu membuat prediction terhadap sesuatu keputusan atau perancangan dakwah terhadap sesuatu masyarakat.

Ini lah ilmu yg diberikan oleh Allah kpd nabi Khidir. Kemampuan utk mentakwil perkara2 yg berlaku disekelilingnya yg tidak ada pada nabi musa

4) Berhukum dan berpegang dgn zahir sebelum muncul sesuatu disebaliknya

aplikasi dalam kerja2 DnT, seseorang murobbi memberikan tugasan kpd mutarobbi. Menjadi satu kewajiban kpd mutarobbi tersebut utk melaksanakannya. Barangkali, ada agenda yg penting yg disembunyikan oleh murobbi tersebut, contohnya utk memerhati bagaimana perjalanan/management seseorang mutarobbi tersebut dalam melaksanakan tugas yg diberikan.

Secara idealnya, tanggungjawab yg diberikan itu harus dilaksanakan dengan minima persoalan or tanpa persoalan. Justeru kite harus yakin, seorang murobbi itu ada satu pandangan yg lebih jauh dalam merangka sesuatu gerakan DnT di sesuatu kawasan

5) Mengutamakan diri dalam ibadah dan sunat mengutamakan rg lain dalam urusan dunia.

6) menepati janji dan meninta maaf jika gagal. 

7)bertanya kpd org yg lebih tahu

=> kesimpulan dari kisah ini, lebih kpd adab apabila berhadapan dgn guru. Mudah-mudahan segala yg dicoretkan menberi manfaat kpd semua..

yg baik dtg dari Allah, yg buruk dtg dari kelemahan diri.. Hakikatnya kedua2 dtg dari Allah.




Friday, December 21, 2012

Pegangan tarbiyah

Dalam buku "Usrah dan Dakwah" yg dinukilkan oleh ISHAB, beliau menggariskan 6 pegangan ynag perlu digenggan erat oleh insan yg ditarbiyah..

1) Agama islam hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam diri
2) Kebahagiaan dan asaadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan itu, kebenaran itu dan keadilan itu.
3) Kemenangan dan keyakinan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela bekorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan
4) kesabaran dan ketahanan dalam perjuangan hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt.
5) Hiduplah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dalam kehidupan hanya terletak pada keyakinan san perjuangan itu
6) belajar bekorban dan menanfaatkan diri demi kepentingan Cita2 dan Agama

Mari kita sama merefleksi diri kita!  Sudah berdiri teguhkan nilai islam dalam diri kite? Sudah bertakhta kah Allah dalam jiwa? Sudah yakinkah anda dgn jalan Dakwah & Tarbiyah ini?

Lantas ini lah perutusan dalam risalah perjuangan ini dengan diisi : keimanan kpd kemuliaan dakwah ini, keimanan kpd kesucian Fikrah ini dan sungguh berazam hendak hidup dan semati dengan Dakwah serta fikrah ini..

Lantas, adakah kita golongan yg "bekerja" itu?

Maka, carilah jgnlah mencari kemuliaan dalam berdakwah!
Ikhlaskan diri, moga Allah memberi yang terbaik buat kita semua..

Wednesday, December 19, 2012

keyakinan itu~

Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya. (HR. Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1st scene: Satu hari, ada sorang adik junior datang.. Ketika berbual, tersembur satu kalimah yang sesekali membuat aku tergamam.. "Bang, sy xsuka lipat carpet lepas solat jemaah. ramai lagi yang boleh buat"- barang kali ini juga yg dirase oleh jemaah2 yg lain.. 

2nd scene: aku seperti biase memanggil org lain utk solat jemaah sekali.. bile sampai seruan ku kpd seorang  adik ni, dia menjawab, "abg g lah dulu, sy x suka lah tunggu org lambat dtg"- barang kali, inilah penyebab ada yang menjadi makmum masbuk or ada yang tidak dtg langsung.

**saat aku mendengar, sesekali tergamam seketika. Sesekali terpacul juga ayat2 ini dalang kalangan mad'u yang qowiyy.. Aku merefleksi diri! Masih kurang lagikah aku mereka ditarbiyah? Masih gagalkah aku menjadi contoh kpd mereka? Adakah mereka men"cermin"kan diri ku sebenarnya.. Astagfirullah! huhu..

Moga Allah mengampunkan dosa2 aku dan dosa2 mereka.. Barangkali masih belum sempurna tarbiyah hati mereka, sehingga masih belum sedia untuk berkorban diri..


Masih terngiang2, kisah hijrah nabi dan para sabahat.. Satu kisah yang amat bermakna, yang menjadi peristiwa penting yang mengangkat ketamadunan islam dalam rentetan sejarahnya. 

Golongan ansar menyambut kaum muhajirin dgn senyum lebar dan tangan terbuka. =) tidak pernah disimpan perasaan iri hati/ sakit hati sesama mereka, sehingga ada yang sanggup menawarkan isterinya sendiri kpd saudara muhajirin mereka. Apatah lagi memberikan keperluan2 asas yang lain.. Cukup sempurna layanan mereka!

Inilah dia ukhuwah! bila setinggi2 ukhuwah (itsar) diamalkan, merendah2 ukhuwah (berlapang dada) dipadukan. Tiada rase melepas tangan dan tidak bertanggungjawab.. Alangkah bagusnya kalo sume saling tolong menolong, tanpa menuding jari sesama sendiri. Yang paling menghampakan, jika ada yang melarikan diri dgn hany berkata, "xper, ada org lain yang buat!"- gurp! Astagfirullah..

** xmampu nk berkata ape2 lagi **

tidak akan ada ukhuwah,

jika masing2 mementingkan diri sendiri, jika dendam lama masih membara,jika ego masih menguasai diri dan tidak ada sape mengambil peduli..

sudah tibe masanya utk bekorban kepentingan diri,
utk kepentingan bersama~

walau sekecil mane pun usahanya.. ♥








moga bunga2 ukhuwah bisa terus mekar~

Saturday, December 8, 2012

Suramnya mentari Tarbiyah!

Salam wrt..

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi hidup.. Masih lagi belajar, mencari kejelasan utk terus beramal, terus menjalani kehidupan tarbiyah..

Dulu dan sekarang,
Banyak bezanya..
Dulu ditarbiyah, sekarang menjarbiyah,
dulu ditakwin, sekarang mentakwin.
terus dan terus menurusi marhalah dakwah ini. -taarif, takwin, tanfiz-

tp, makin jauh berjalan.. entahlah!
Perasaan yg dulunya berkobar2 berlari mengejar mentari, kini hilang..
"malap"!
Terasa suram dan kaki hanya terus berjalan..

Dulu, masa ditakwin punyalah semangat giler.. Ape yg naqib kata sume wat.. sbb nk kejar syurga! tsiqah abeslah.. tp, tu dulu..
org kata ni syndrome org ikut tarbiyah.. ye ke? (mukngkin)

***

tp bila baca balik seerah para sahabat nabi!
perh! rase kagum giler dgn drg ni~
*malu*

tertanya2, apakah rahsianya.. bepuluh2 tahun still maintain n bersemangat..
xpernah mengeluh!
dpt perintah diharamkan arak, terus xteragak2 buang arak! hingga  banjir kota madinah dgn arak..

Dulu, pun aku gitu gak! (tp xderlah minum arak)
dulu movie, dihad2 kn kalo nk tgk..
tp skrunk rase mcm nk try2 tgk byk2..!

**nasihat kpd kawan2 lain, marilah kite saling memperkuatkan saff kita.. aku akhir2 ni sedar, kerja dakwah ni x leh wat sorang2.. pasti down. xkira lah betepa semangat nyer kite pada awalnya.. sumpah!

salah satu rahsia para sahabat dulu adalah mereka saling menasihati antara satu sama lain.. ukhuwah mereka utuh.. saff mereka kukuh.. bila sorang lemah, sorang lagi bagi semangat!

Jom, cipta kekuatan ukhuwah! iA mentari akan terus bersinar kembali, disaat dia suram!


Sunday, November 11, 2012

Tak Nak Rokok lagi !


-World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31-

Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.
Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :
1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
- Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
1) Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3) Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
4) Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
6) Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
7) Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
8) Meningkatkan deria bau dan rasa
9) Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
10) Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
11) Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
12) Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
13) Meningkatkan kesuburan.
14) Meningkatkan tahap ‘kelakian’
Bagaimana hendak berhenti merokok?
- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok – Tip Berhenti Merokok 12 M :
1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8) Membasuh tangan selalu
9) Mandi dengan kerap
10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11) Meditasi
12) Memohon doa

Saturday, September 1, 2012

Aduhai Malaysiaku yg tercinta..

Adoi, - sambil menepuk kepala..

Dulu sebelum balik bercuti di Malaysia, hati berkobar2 utk mencoretkan/memakmurkan blogku ini.. Tp akhirnya... Astagfirullah.. Sepanjang 2 bulan ini, dalam minggu2 terakhir sebelum pulang ke Russia semula baru aku berpeluang utk menulis.. Ya Allah, maafkan aku.. Hamba-Mu ini masih kurang mujahadah..

Tidak banyak yg aku ingin tuliskan.. Xderlah sgt nak cerita pasal ape2 yg berlaku sepanjang cuti sekolah ni.. Kalo nak cerita mmg panjang lebar lah.. X mampu nak meng'sinopsis'kan nya..

Yang paling terkesan saat balik ke malaysia, adalah masalah politik yang makin meruncing. Ada yang sanggup bertikam lidah kalo nak 'borak2' pasal politik ni. Sedih aku tgk. Ini lah akibatnya bila kezaliman undang2 manusia diagung2kan, sementara keadilan hukum Allah disisihkan..

Dulu, bank2 di malaysia ni x pandang pun langsung sistem perbankan yg berlandaskan islami.. riba/faedah berleluasa.. sampaikan, akhir2 ni baru depa ni yakin dgn sistem perbankan islam yg lebih harmoni..Sampaikan, Hong Liong Bank pun skrunk dg ada Hong Liong Islamic Bank... See, masih butakah hati tu utk terima hidayah yg Allah nak bagi.. Ni baru sistem bank.. Apa kata perundangan negara plak. iA, akan nampak keharmoniannya.. ini x, apalah yg depa ni takut sgt nk tegakkn hukum Allah.. Sampaikan hukum hudud pun ada hukum hudud PAS UMNO.. Adakah undang2 Allah ni terpecah 2?

Tidak cukup dgn tu, media pula memperbodoh2kan rakyat..  Kalo tgk kt tv tu, jgn cerita lah.. hampir sume penuh dgn rancangan realiti.. Dari bintang kecilnya sampailah bintang emasnya.. Disebabkn berkepul2nya rancangan2 hiburan seperti ini lah, yg menyebabkan fikiran rakyat malaysia makin mundur.. Berita2 gosip/kontroversi diangkat menjadi berita utama.. Come on lah! 

Hari in terbaca kt akhbar yg ckp presiden Mesir, Morsi menyokong kezaliman yg berlaku kt Syiria.. Alahai, drg ni kaji betul2 x berita ni sebelum post kt akhbar2.. Aduh Malaysia ku tercinta.. Morsi mintx si Basyar tu tunduk dgn desakan rakyat.. Xusah lagi nak menghentam rakyat.. Ramai sgt dh yg terbunuh.. Turun jerk lah takhta tu, ape susahnya.. kes x nak turun ni sbb nak kuasakan? Yg wartawan plk salah pemahaman.. Dh sah2 rakyat syiria tu tertindas.. Still nak sokong Basyar tu?

Amerika pun satu, xder tindakan pun dia ambik kt Basyar tu atas kezaliman yg dia lakukan kt rakyat dia.. Ingatx waktu zaman Saddam Hussien dulu.. Sibuk2 plak dia, nak berperang ngan Iraq nak mintx dia serah diri atas tuduhan menindas rakyat.. Basyar? ape kes!

Ya Allah, akhir zaman ini byk sgt perkara yg sudah bercampur-baur.. Engkau letakkanlah yg haq pd tempatnya..

Moga islam terus gemilang dimuka bumi.. Ameen