Monday, January 26, 2015

Perihal 3T

3T

T - ta'rif(pengenalan)
T - Takwin(pembinaan)
T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan)

Konsep yang mudah pada penulisan. Namun susah pada perlaksanaan.

Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T terletak proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim.

Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama( taarif) dan T yang terakhir(tanfiz).

Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.

Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah2 tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.

Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas2 dakwah, qawaid dakwah, kitab2 fikrah, seolah tiada yang pernah didengari.

Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangunan jemaah. Jika adaptasi tarbiyah dalam diri mutarabbi sangat pincang, maka penerus jalan dakwah ini akan terdiri daripada mereka yang langsung tak memahami kepentingan tarbiyah mahupun asas2 islam.

Maka, lahirlah pemimpin2 yang tidak membawa halaqah, tidak boleh menceritakan fikrah, tidak bijak membahaskan isu tarbiyah, namun hanya aktif utk amal am sahaja.

Lahirlahlah juga jemaah yang mengatakan "penerimaan rakyat" sebagai tanda sesuatu tindakan itu benar.

Dan jelas, ini lari daripada fikrah ikhwan mahupun Islam. Islam datang untuk membetulkan, bukannya membenarkan. Dan ikhwan lahir mentarbiyah masyarakat, bukannya popular dalam kalangan masyarakat.

Jelas.

Segalanya bermula dengan 3T. Dan proses Takwin yang baik, akan melahirkan mutarobbi yang memahami kepentingan tarbiyah dalam masyarakat, bukannya kepentingan masyarakat dalam mentarbiyah.

Wallahualam.
-Insan kerdil perlu ditarbiyah-

#copypaste

Saturday, January 10, 2015

IMAN senipis kulit bawang!

Sifat IMAN- menaik & menurun! itulah fitrah iman yg telah Allah tetapkn sebagai satu sunatullah kpd manusia.

IMAN itu MENAIK saat kite byk melakukan amal kebaikan, sedangkan IMAN itu MENURUN bile kite dekat dgn maksiat. it is very simple right. Yes, secara theorinye. But in reality it is very difficult to do it.

Saat iman itu menaik lah, kite begitu teruja utk membaca quran, qiamulail, melakukan solat sunat dan pelbagai lagi sehingga seakan2 dunia hilang dari pandangan kite, sehingga berlapar pun kite sanggup.

Namun, apabila kite diuji dgn perkara2 maksiat.. waktu itu kite leka dan hilang pertimbangan antara wahyu dan nafsu. disinilah kite benar2 diuji, bile kite berlebih2an dalam bermuka buku, berlebih2an dalam bermain games dan sebagainye. itulah nafsu yg selalu membolak balikkn hati kite.

kite kadang2 hairan, knp masih ada manusia yg melakukan perbuatan sumbang (berzina, hubungan sejenis dan sebagainya). Tidak ada otakkan mereka ni? sehinggakan yg menjadi magsa adalah nenek2 bongkok tiga.. "manusia2 tu" tak ada taste ke?

itu lah kepelikan yg ada pada nafsu.! everuthing can happen bile ia melibatkan nafsu. perkara2 luar norma/tabii manusia boleh berlaku sekiranya nfsu itu dijadikan ikutan. jAdi, kite sepatutnya perlu berusaha menundukkan nafsu kite supaya patuh kpd syariat. Kite buat sesuatu perlara bukan kerana kehendak, ttp kite buat apa yg Allah nak.

Sungguh syurga itu tiket untuk masuk kedalamnya tidak murah. hny yg istimewa sahaja yg mampu utk masuk ke dalamnya dgn izinNya. maka batu asas untuk untuk permulaan dgn cara kite melepaskan kepentingan peribadi dgn menundukkan tipu daya nafsu spy tidak bermaharaja lela dalam diri kite.

"katakanlah (wahai Muhammad): "wahai hamba2Ku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia juga yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

39:53

Melalui ayat diatas, Allah sentiasa memberikn harapan utk hamba2nya yg selalu terlupa n terleka dgn dunia. krn Allah itu bersifat pemaaf, Dia lebih mengetahui perihal manusia yg kerap melakukan dosa. Justeru jgn lah kite cepat down dan lari dari melakukan kerja2 kebaikan setelah melakukan dosa dgn mengatakan "aku tidak layak!". Sedangkn Allah telah membuka pintu rahmat yg seluas2 kpd hambanya utk kembali taat kepadaNya

Mmg! tatkala melakukan dosa, kite tidak akan mengingati Allah. Kalo ingat Allah pasti kite x melakukan dosa ye kn?

jadi Allah berfirman, setelah melakukan dosa maka kembalilah kepada Allah dgn segera dgn memohon ampun dh maaf kpdNya. Namun bukan bermaksud kite boleh melakukan maksiat dgn sengaja, then kite kembali kpd Allah. 

Tp, disaat2 kite mula tergelincir tanpa disedari pada kadar kite berusaha berjaga2. pada saat itu kite perlu kembali segera kpd Allah. Berhati2 lah krn syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkn manusia!


**best juga tadabur ayat surah az-zumar disini: http://hakimhalim.blogspot.com/2012/07/janganlah-kamu-berputus-asa-dengan.html

Sunday, December 28, 2014

Sedikit Sugguh Kita Bersyukur!

Assalamualaikum buat ikhwah wa akhowat pembaca. =)

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kekuatan pada hari ini untuk terus menulis. Allah masih bagi peluang menghirup udara segar, meneruskan ibadah harian. Beerti, hari ini Allah masih lagi memberi peluang utk terus bertaubat. 

Subhanallah, Alhamduillah, Allahu akbar!
diepanjang hidup kite, Allah telah aturkan segala rezeki kite sehigga hari ini kite mampu lagi makan makanan yg pelbagai. 

Cube kite bayangkan andai kata kite makan ayam goreng bahagian paha.. (ermm sedapnya). Sedarkah kite ada berape byk ayam diatas muka bumi ini? tak terkira kn? dalam byk2 ayam tu, Allah telah pilih seekor ayam utk kite sebagai rezeki kpd kite. Dan dalam seerkor ayam tu pun, Allah hny pilihkan bahagian paha sahaja untuk kite makan. (sedangkan kepaknye pula dimakan oleh sahabat kite yg duduk disebelah kite).. Inilah perjalanan rezeki yg telah Allah aturkan kepada kite yg telah dicatatkan sejak azali. Subhanallah, itu baru kite seorang sahaja. ada berape org yg hidup pula di atas muka bumi ni. Sungguh, terlalu terperinci kerja Allah swt.

Mari kite tgk kisah nabi Sulaiman ;-

Latar belakang sedikit:
Nabi sulaiman dianugerahkan Allah dengan satu nikmat yg besar, iaitu kekuasaan dalam kerajaan. Menjadi raja kepada satu pemerintahan yg besar meliputi manusia, jin dan haiwan. Sungguh luar biase! surah yg menceritakan kekuasaan nabi sulaiman secara khusus antaranya ialah surah an-naml surah yg ke-27 dalam quran.

Antara kisah2 yg menarik berkenaan nabi sulaiman:
Kisah sulaiman dan ratu balqis antara kisah yg byk memberikan pengajaran kepada kite. Begitu juga kisah nabi sulaiman dgn burung hud-hud yg mengajarkan kite adap2 dalam bersyura. Dan kisah yg ingin sy tekankan hari ini adalah kite nabi sulaiman dgn semut.

Nabi sulaiman seorang yg bersyukur:
Kalo hari ini, sekali pun org yg baru perpankat tinggi bile berjalan kt atas padang rumput dh xsedar yg dia tgh pijak rumput. apatah lagi golongan2 pemerintah sehingga sanggup bermain tektik kotor dalam mempertahankan tampuk pemerintahannya. 

Namun begitu, tidak buat nabi sulaiman. lagi besar kerajaan nabi sulaiman, lagi tawaduk dan zuhud baginda. kite cube hayati beberape rangkap ayat dalam al quran.





Subhanallah, ini lah antara yg perlu kire contohi dari nabi slaiman. tidak pernah lupa diri walaupun kekayaan dunia melimpah2 kepadanya.

Ibrah dari cerita




sentiasaah kita berdoa kpd Allah, agar Allah sentiasa kurniakan ilham2 kpd kite untuk sentiasa mensyukuri nikmatnya hatta sekecil mana pun perkara tersebut. Lihat sahaja nabi sulaiman yg sudah ada pemerintahan yg besar, namun mampu mengambil hikmah dari semut yg kecil.

Hidayah Allah sentiasa berada disekeliling kite. Hny kite yg perlu membuka mata mengambil hikmah atas setiap ape yg berlaku. kite lihat kaum bani isael yg telah dipertontonkn oleh Allah kebesaran2 serta keajaiban demi keajaiban didepan mata. Namun kerana keegoaan dan kegelapan hati menyebabkan mekera menolak hidayah dan hikmah dari Allah, sehingga mereka jadi golongan yg makin jauh dari Allah swt.

wallahualam =)

Thursday, December 18, 2014

Ayuh! Terus boikot!!

Salam wrt buat pembaca yg dirahmati Allah,

Hari ini saya terpanggil untuk menulis satu entry berkaitan kempen boikot yg semakin hilang semangatnya.

*masih ingat peristiwa hitam ke atas gaza yg berlaku pada thn ini juga kire2 julai yg lepas ketika umat islam sedang mempersiapkan diri meluruskan rentak ibadat pada bulan ramadhan?

Mereka penduduk2 Gaza berterusan dibedil oleh si laknat Zionis. Bukan sehari, dua! bahkan lebih dari seminggu. Namunlawan tetap lawan! Subhanallah!

Apa pula pengorbanan kita dari bumi aman- Malaysia?

Alhamdulillah, pada saat tercetusnya peperangan tu, McD mula kosong! Tanda protes kpd tindakan israel. Dek kerana McD penyumbang dana terbesar kpd ekonomi israel

Namun begitu, setelah 2-3 bulan peperangan berhenti, McD mula dipenuhi kembali.. Seolah2 telah hilang semangat boikot yg dahulu dilaksanakan. Adakah boikot ini perlu bermusiam? sedangkan penindasan ke atas penduduk Gaza sentiasa berterusan? Adakah kita hany merasa hny peperangan je yg merupakan penindasan kpd penduduk Gaza? sedangkan sekatan ekonomi, catuan air, elektrik bukan satu bentuk penindasan kpd mereka?

Sudah hilangkah sifat kemanusiaan! Sudah gilakah dunia hari ini! Apabila yg salah dikatakan benar, dan yg benar dikatakan salah! Semua sudah lari dari fitrahnya! Abes rosak semua alam ini!

Allah telah berfirman,

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” 30:41

ayuh teruskan langkah kite dalam terus memboikot! moga kekuatan tentera2 zionis terus lumpuh dan tewas!

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menewaskan musuh2ku yg sentiasa bergolak dalam hati. Berikanlah kekuatan kpd para2 mujahidin dalam mempertahan agamaMu.



Tuesday, December 9, 2014

Memaknai Erti Hidup

Dalam warna-warni kehidupan ini, ada pelbagai ragam manusia.

kite lihat ada manusia yg terlalu taksub menuntut ilmu hingga bergelar sarjana terhebat, profesor yg terulung! tetapi kemana ilmu tersebut dihalakan?

kite juga dapat melihat, golongan manusia yg terlebih obses mengejar harta, sanggup memerah keringat siang dan malam utk bekerja tanpa memikirkan penat lelah! Namun, kemana wang tersebut dilaburkan kemudiannya?

ada juga sekelompok manusia yg terlebih berhibur, memuaskan nafsu, berkejar2an kesana-sini demi merasi kenikmatan demi kenikmatan yg tidak pernah dirasakan puas.! Tetapi, kemana pengakhirannya?

Kawan,

Sedar ataupun tidak, kite punya matlamat utk hidup.! Dulu perjuangan kite adalah untuk mengengam segulung ijazah, dan kite merasakan itulah segala2nya. Padahal kite masih kabur bahawa itu hnyalah alat untuk mencapai matlamat. Allah telah tunjukkan kpd mansia krn matlalat hny itulah yg mampu utk memberi erti kpd alam yg dipanggil kehidupan. jika hidup tanpa matlamat, maka akn terus lah kite bergelumang dgn satu kitaran hidup yg tidak kesudahan yg dipanggil "kitaran bodoh". ibarat sang robot yg saban hari mengulang dan mengulang tindakannya tanpa "sedar" apakah matlamatnya. sehingga saat sampai ajal, tanpa menyumbang ape2 kpd tuanNya. 

leka mengejar cita2 nafsunya sehingga lupe ada titik penghujung hidup digelar kematian. alangkah selalu "lupe"nya manusia itu, sedangkn acap kali diperdengarkn kalimat tuhanNya. tp sering alpa

Kite perlu mengubah dunia yg sakit ini. Bermula dgn langkah yg pertama - perubahan diri! Kite mesti sedar, mesti berubah dahulu! kerana hakikat kehidupan ini adalah dgn cara "islah nafsak, wad'u ghairak" (perbaiki diri dan seru org lain). Mungkin dulu, kite rase kte sudah cukup sempurna dgn berkata "aku dh cukup solat", "aku dh puase", "aku dh baca AQ", namun adakah itu sudah cukup meletakkan kite disyurga Allah taala.

Alangkah mudahnya ia, sehinggakn nabi pun perlu ketuk pintu ke pintu utk sebarkan kalimah tauhid! tidak sempurnakah solat nabi sehingga perlu bersusah payah menyebarkan risalah Allah?, tidak sempurnakah puase nabi sehingga perlu bekerja lebih utk kejar syurga Allah? tidak cukupkah tilawatul quran nabi sehingga perlu mengalirkan keringat utk mencapai redho Allah?

Bile manusia hidup utk diri sendiri, maka inilah yg terjadi. jadi baik utk kebaikan diri sendiri, berjaya utk kejayaan diri sendiri! lupakah kite, bahawa diakhirat nanti manusia disekitar kite akan berusaha menuntut amal dari kite? lantas, sudah cukupkah kite solat sendiri, tanpa mengajak org2 lain bersolat sekali?

duhai teman,

jgnlah lalai dan leka dgn dunia! lupakah kamu ttg peradaban kite yg lampau! saat abassiyyah dirobek2 sehingga hilang ditelan zaman. saat manusia mula lupa apakah alat dan apakah matlamat. Sang khalifah mati dlm keaddan yg menghinakan, sehingga "rela" digulingkan dalam permaidani lantas dipijak2 oleh monggol si durjana. Dimanakah hilangnya semangat jihad! Kemana hilangnya sifat izzah kpd islam. owh! lembaran sejarah yg tidak pernah di ambil pengajaran oleh generasi kini.

Adakah kite merase pedihnya kehilangan "khalifah".? atau hati kite sebenarnya sedang keras membeku.! sudah tiadakah harapan utk merase kegemilangan islam kembali?


sahabat!

sungguh hidayah Allah itu berada dimana2. jgnlah krn maksiat dan keseronokan peribadi kite terus menolak hidayah itu pergi jauh dari hidup.

sungguh rugi, saat Allah pertemukan seseorang dgn kebaikan, lantas kite pula yg menepisnya!

-moga pertemuan kite sebelum dan selepasnya adalah pertemuan yg lebih mendekatkn kite dgnNya-

Sunday, January 5, 2014

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah, kita baru melepasi detik2 tahun baru tanggal 1/1/2014. Setahun telah berlaku, telah hilang juga setahun dari umurku. Kesyukuran perlu dipanjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan nafas kepada kite untuk terus berjalan diatas muka bumiNya

Sebagai hamba yg sering melakukan dosa, hendaklah kita sentiasa beringat kepada pencipta yg telah memberikan nikmat yg begitu byk kepada kita. Persoalannya, adakah kite sudah melaksanakan segala tuntutannya? Adakah kite sudah memanifestasikan tanda kesyukuran kite kepadanya semaksimalnya?

Mudah2an Allah memberikan kekuatan epada kite atas segala urusan yg kite laksanakan.

Ayuh, sempena tahun baru ni.. marilah kite sama2 mentajnid niat untuk menjadi lebih baik iA.



Monday, December 16, 2013

Menjelmakan Makna Tarbawi

Assalamualaikum,

Sudah lama juga blog ni bersawang. Aduh, rase amat kurangnya mujadah dalam diri, bile byk pula masa dihabeskan kpd perkara2 lain. iA akan cube mencoretkan sesuatu utk muhasabah bersama2.

Sebelum itu, sentiasalah kite melafazkan kesyukuran kpdNya krn hingga ke hari ini kite masih lagi diberikan kekuatan olehNya utk terus utuh melangkah pada jalan ini. Hakikatnya nikmat dakwah dan tarbiyah ini adalah nikmat yg terbesar yg tidak berikan oleh Allah kpd semua hambaNya. Krn sifatnya yg robbani, maka jalan ini juga memerlukan rijal2 yg robbani.

Tarbiyah yg berjaya melahirkan insan2 yg bergerak. Maksudnya, sifat tarbiyyah adalah merubah. Perubahan kpd sesuatu yg lebih baik. Dan perubahan tidak akan berlaku selagi mana hatinya tidak tersentuh, masih lagi tidak terbuka utk menerima hidayah Allah. Justeru aspek tarbiyah, fokusnya adalah dari hati. Bermula dgn hati lah, akan terjelma dalam bentuk amal.

"ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Segala2 bermula dgn tarbiyah. Tarbiyah menghidupkan hati-hati. Hati yg segar-bugar mampu ditempatkn dimana-mana. Dipegang agama sekuat-kuatnya biarpun terpaksa bergerak secara berkeseorangan. Itulah yg dizahirkn oleh org yg sempurna tarbiyyahnya.

Mudah2an kite dpt mencontohi rosulullah yg mendapat tarbiyah dari Allah dlm menyebarkn risalahnya